download Jom Explore app
10 Kasut Paling Mahal Yang Pernah Dijual Dalam Dunia!

10 Kasut Paling Mahal Yang Pernah Dijual Dalam Dunia!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 10 Jan 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Kasut adalah salah satu aset penting dalam kehidupan seharian seorang individu. Rata-rata generasi kini lebih selesa untuk berbelanja besar untuk mendapatkan kasut idaman mereka untuk tampil lebih bergaya dan trendy. Ini pula senarai 25 kasut paling mahal yang pernah terjual dalam dunia!

Haa.. kalau lihat perkembangan fesyen dalam negara semakin ramai orang memberi fokus kepada kasut. Kasut apa yang korang pakai dapat menceritakan apa personaliti korang termasuklah status kekayaan.

Mungkin kita lihat perkara seperti ini sebagai sesuatu yang negatif kerana menitikberatkan produk untuk menceritakan diri kita. Namun begitu, kasut yang mahal itu juga boleh dijadikan sebagai satu pelaburan.

Ini kerana beberapa kasut mampu mengekalkan harga pasarannya tau. Ada juga nilainya akan melambung naik sejak dikeluarkan membuatkan ramai orang ingin memiliki beberapa pasang kasut yang rare ini.

Selain itu, tidak semua orang ingin memiliki kasut semata-mata untuk menunjukkan mereka mampu beli yang mahal sahaja. Ada juga segelintir individu yang akan membeli model yang mereka minat sahaja.

Kasut menjadi elemen penting bagi orang zaman sekarang. Sebab tu semakin ramai jadi gila kasut!Photo from retaildesignblog

Ada jua yang beli atas faktor nostalgia, kenangan kanak-kanak dan sebagainya. Memang sukar untuk dinafikan kasut mempunyai emosi yang kuat pada pemiliknya, oleh itu jom tengok senarai kasut paling mahal dalam dunia.

10. Air Jordan 12 OVO (Drake Edition) - $100,000 (RM465,100)

Air Jordan OVO 12 yang dihasilkan oleh DrakePhoto from Goldeye.org

Memiliki kasut berwarna putih adalah satu kewajipan untuk pengemar kasut dan fesyen. Warna putih yang bersih membuatkan gaya korang lebih kemas, matang dan juga formal walaupun bukan kasut berkulit.

Kalau korang tengah mencari kasut berwarna putih yang sempurna apa kata cuba beli kasut ini. Ini adalah hasil kerjasama antara jenama Jordan dan penyanyi rap, designer serta seorang peminat sukan bola keranjang, Drake.

Walaupun daripada mata kasar iannya warna putih sahaja. Fokusnya pada bahan kualiti yang digunakan untuk menghasilkannya kerana diperbuat daripada kain kulit berwarna putih untuk memberikan korang keselesaan sepanjang masa.

Harga pasarannya bermula $225 (RM 1046.47)

9. Air Jordan 12 (Flu Game) - $104,765 (RM487,262.01)

Air Jordan 12 Flu Game adalah salah satu daripada kasut ikonik dari Michael JordanPhoto from WearTesters

Antara kasut paling mahal yang dimiliki oleh bekas pemain bola keranjang lagenda, Michael Jordan. Model ini mempunyai tandatangan beliau ketika bermain untuk 1997 NBA Finals.

Mengapa harganya sangat mahal? Ini kerana kasut ini dipakai ketika perlawanan di mana Jordan tengah mengalami masalah jangkitan virus perut. Oleh itu ia diberikan nama gelaran, Flu Game.

Dikatakan sedang menghadapi jangkitan virus dalam perut diberikan gelaran 'Flu Game'Photo from Bleacher Report

Gelaran ini menyebabkan model ini mempunyai nilai harga yang sangat tinggi. Harga pasarannya bermula $190 (RM883.69)

8. Buscemi 100mm Diamond - $132,000 (RM613,932.00)

Percaya atau tidak kasut ini boleh dipakai ketika main tenisPhoto from Pinterest

Lihat harganya sahaja sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja tercunggap. Model ini sahaja sudah cukup untuk korang beli sebuah kereta atau rumah pulak tu tetapi ada individu menghabiskannya untuk ini.

Ia dicipta untuk sukan tennis tetapi min tak rasa ada orang akan gunakannya untuk tujuan itu. Model ini dipenuhi dengan 11.5 karat berlian bersama emas 18-karat dan sebab itu nilainya naik begiu tinggi.

Ia dikatakan diperbuat daripada berlian dan emasPhoto from Hypebeast

Warna putihnya yang bersinar tak sesuai di atas padang tennis tetapi sesuai untuk berjalan-jalan di pusat bandar. Cuma jangan kasi orang pijak sahaja kalau tak rugi nanti dan harga pasarannya bermula $132,000 (RM613,932)

7. Michael Jordan Game Worn Converse Fastbreak - $190,373 (RM885,424.82)

Kasut yang dipakai oleh Michael Jordan ketika bermain dalam sukan OlimpikPhoto from Robb Report

Pada tahun 1984, Michael Jordan dan Pasukan Amerika Syarikat berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan Olimpik di Los Angeles. 30 tahun kemudian, sepasang Converse Fastbreaks yang ditandatangani oleh Jordan dijumpai di pusat lelongan.

Ia dikatakan dipakai oleh Jordan ketika bertanding dalam pertandingan Olimpik. Ramai orang berpendapat harganya mungkin dapat dijual sekitar $100,000 (RM465,100.00) namun ia berjaya meraih lebih daripada $190,000.

Model kasut ini adalah yang terakhir sebelum memulakan karier profesionalnyaPhoto from Sneaker Bar Detroit

Itu menyebabkan model ini antara paling tinggi nilainya dalam dunia dan menjadi model terakhir Jordan pakai sebagai pemain amateur.

6. Jordan 1 Retro High Charlotte Hornets Foundation Black/White - $250,000 (RM1,16,2750.00)

Dikatakan kasut yang direka khas oleh Michael JordanPhoto from Complex

Pada tahun 2019, Michael Jordan telah dilihat menyarung sepasang model Air Jordan 1 yang tidak pernah dilihat oleh orang ramai. Waktu itu sedang berlangsung NBA All-Star Weekend di Charlotte.

Ia dikatakan direka oleh dirinya sendiri dan dikeluarkan sempena hari jadinya yang ke 56. Hanya 300 pasang sahaja dikeluarkan oleh Nike menggunakan tema warna hitam dan putih.

Keunikkan model ini pula menggunakan quilted leather di bahagian atas bersama tag berbentuk bintang yang ditutupi dengan motif sarang lebah. Harga pasarannya bermula $88,071 (RM409618.22)

5. Air Jordan Retro 'Kobe Pack' - $800,000 (RM3,720,800.00)

Dihasilkan untuk menyambut tahun ke-20 Kobe Bryant dalam liga NBA. menggunakan warna pasukannyaPhoto from Sneaker Bar Detroit

Hanya dikeluarkan kepada rakan dan keluarga terdekat sahaja pada tahun 2016. Air Jordan 8 Retro 'Kobe Pack' telah dihasilkan sebagai tribut kepada bekas pemain bola keranjang, Kobe Bryant.

Beliau merupakan seorang ikon yang disanjungi dalam sejarah sukan ini. Koleksi ini bukan satu model sahaja tetapi dua replika model yang pernah dipakai oleh arwah iaitu Air Jordan 3 dan Air Jordan 8.

Sebelum memiliki koleksi kasutnya sendiri. Beliau memilih untuk menyarung Air JordanPhoto from KicksOnFire

Ia dihasilkan untuk menyambut tahun ke-20 Kobe Bryant dalam liga NBA. Ia dihasilkan dalam warna Los Angeles Lakers, pasukan Kobe iaitu emas dan ungu.

4. Michael Jordan Game-Worn Nike Air Ship - $1.47 Million (RM6,839,028.00)

Nike Air Ship adalah model sebelum Nike mengeluarkan koleksi Air JordanPhoto from Sothebys

Sehingga ke hari ini model ini menjadi paling mahal sepanjang masa yang pernah dijual dalam secara lelongan. Nick Fiorella telah membayar sebanyak $1,472,000 (RM6,847,744) untuk memiliki Nike Air Ship di Sotheby's Las Vegas pada 24 Oktober 2021.

Menurut Brahm Wachter, Ketua Sotheby's Streetwear and Modern Collecatables berkata keputusan untuk memecahkan rekod ini terhasil daripada kekuatan komuniti pengumpul kasut untuk bersatu telah melangkaui jangkaan ramai.

3. Kanye West Nike Air Yeezy 1 'Prototype' - $1.8 Million (RM8,373,600.00)

Kerjasama bersama Nike dan Kanye telah menghasilkan banyak kasut yang menarikPhoto from Rolling Stone

Antara hasil kerjasama yang paling menguntukan untuk jenama terkenal Nike bersama penyanyi rap Kanye West. Kerjasama tersebut telah menghasilkan Nike Air Yeezy dan model ini adalah prototype yang pertama dipakai oleh West.

Keistimewaan model ini apabila dipamerkan ketika West melakukan persembahan di pentas Grammy pada tahun 2008. Sekaligus memberitahu satu dunia tentang projek kerjasamanya bersama Nike.

Melakukan persembahan di pentas Grammy adalah salah satu cara untuk pasarkan produk korangPhoto from US Weekly

Jenama Yeezy telah menghasilkan bukan satu tapi banyak model yang digilai ramai sehingga ke hari ini.

2. Solid Gold OVO x Air Jordan - $2 Million (RM9,304,000.00)

Kasut yang dihasilkan oleh Drake menggunakan emas tulen 24kPhoto from Billboard

Bila penyanyi rap tersohor Drake ingin menjejak langkah sama seperti Kanye West. Drake melakukan keputusan untuk berkerjasama bersama jenama Jordan untuk menghasilkan sesuatu.

Lalu Drake mengambil keputusan untuk menghasilkan model ini yang diperbuat daripada emas tulen 24K. Ini adalah model paling mahal yang pernah dihasilkan oleh Nike dalam dunia dan setiap satu mempunyai berat lebih daripada 22kg!

Memiliki berat melebihi 22kg memang sakit kaki kalau guna untuk berjalanPhoto from godly soles

Maksudnya, korang tak boleh berlari, melompat apa tah lagi berjalan dengan model ini di kaki. Tetapi, korang dapat mengambil perhatian semua orang dalam dunia.

1. 'Bred' Air Jordan 13 - $2.2 Million (RM10,233,300.00)

Kasut yang disarung oleh Michael Jordan ini adalah paling mahal dalam duniaPhoto from Complex

Kasut apa yang lebih mahal daripada model Jordan yang diperbuat daripada emas tulen? Model yang dipakai oleh Michael Jordan ketike Perlawanan kedua (Game 2) 1998 NBA Finals melihat pasukannya, Chicago Bulls berjaya menang musim tersebut.

Ini telah membuatkan Jordan meraih kemenangan keenam dalam kariernya dalam musim NBA. Lebih menarik apabila kemenangan tersebut adalah yang terakhir bersama pasukannya.

Dokumentari The Last Dance daripada Netflix/ESPN telah mempamerkan perlawanan ini. Sotheby's, rumah lelongan yang terkenal meletakkan model ini untuk dilelong pada April 2023 setelah popularitinya melonjak semula.

Air Jordan 13 ini menjadi kasut paling mahal dalam duniaPhoto from Hypebeast

Menjadi kasut paling mahal pernah dijual dalam sejarah lelongan mereka. Sehingga kini takda siapa tahu dari mana mereka berjaya dapat memiliki pasangan ini. Dalam senarai ini mana satu yang korang mampu untuk memiliki?

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok