10 Fakta Mengejutkan Tentang Tamadun China Purba!
Tamadun China adalah antara yang tertua di dunia tanpa kita sedar mempunyai sejarah yang luar biasa. Dengan kekayaan budaya serta tradisi yang mampu bertahan kita tak sedar betapa banyak ciptaan yang telah mereka hasilkan diguna pakai sehingga hari ini. Ini 10 fakta menarik tentang tamadun purba China.
Sejak beribu-ribu tahun sebuah peradabaan yang wujud terletak di antara gunung-ganang, dataran tinggi dan lautan mekar di sepanjang tebing subur Sungai Kuning dan Sungai Yangtze.
Daripada kawasan ini munculnya pelbagai ciptaan yang menjadi penting dalam sejarah manusia. Bukan itu sahaja, falsafah mendalam yang pelbagai, budaya serta tradisi dinasti yang telah wujud memberi kesan bukan sahaja di Asia Timur.
Tetapi di seluruh dunia pulak tu. Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi kita mempunyai hubungan diplomatik bersama Tamadun China terhasil daripada pelayaran Laksamana Cheng Ho.
Photo from history skills
Bak kata pepatah, "carilah (tuntutlah) ilmu walaupun ke negara Cina" apa kata kalini kita belajar fakta menarik tentang tamadun purba ini yang mungkin akan mengejutkan korang betapa besarnya kesan tamadun ini dalam sejarah manusia.
1. Penggunaan Chopstick Untuk Makan
Photo from Pinterest
Benda pertama yang kita selalu nampak tentang Tamadun China adlaah penggunaan chopstick ketika makan. Bukan mereka sahaja, orang Jepun, Korea dan Vietnam turut menggunakannya untuk makan.
Asalnya ia digunakan untuk masak bukan makan. Ia mula digunakan sekitar 5,000 tahun dahulu yang diperbuat daripada ranting ringkas sahaja dan contoh pertama yang dapat dijumpai di wilayah Henan dengan umur sekitar 1200 B.C.
Photo from Pinterest
Selain itu, ia dikatakan dicipta semasa era Neolitik. Menjelang zaman dinasti Han, (206 BCE - 202 CE) mula menggunakannya sebagai peralatan makan dan bukan masak sahaja. Menariknya, kalau kita pegang chopstick dengan betul, kita telah menggunakan lima puluh otot dalam badan sekaligus.
2. Tamadun Pertama Menggunakan Wang Kertas
Photo from Flickr
Haa.. sekarang ni kita mula meninggalkan wang kertas dan mula beralih kepada cashless payment untuk memudahkan transaksi pembelanjaan harian. Dahulu kala, wang kertas adalah salaah satu cara paling senang untuk melakukan proses jual beli.
Cuba bayangkan kalau tak pernah wujud sistem wang kertas dalam hidup kita mesti payah kan. Sebab itu mereka adalah tamadun pertama menggunakan sistem ini yang dikenali sebagai jiaozi.
Photo from WargaBiz
Ia dicetak pada 1023 CE semasa dinasti Song di wilayah Chengdu. Sebelum itu, terdapat pelbagai bentuk mata wang digunakan seperti syiling, perak, emas dan cengkerang pun ada.
3. Kertas Dicipta Oleh Mereka
Photo from Pinterest
Antara ciptaan yang digunakan oleh setiap manusia sampai ke hari ini adalah kertas. Tanpa kertas kemungkinan banyak dokumen dan rekod penting tak dapat nak dicatatkan serta disimpan dengan baik.
Oleh kerana Tamadun ini sentiasa menyimpan segala rekod dan dokumen penting melalui sistem penulisan. Mereka telah berjaya mencipta kertas untuk memudahkan proses penulisan tersebut.
Photo from Quora
Ini telah menggantikan penggunaan kayu pokok, skrol, kain, gangsa, pokok buluh.
4. Dinasti Empayar Pertama, Dinasti Qin
Photo from Pinterest
China mempunyai banyak dinasti semasa zaman pemerintahannya. Sama sahaja seperti zaman Kesultanan Melayu dahulu, mereka mempunyai raja yang akan mentadbir, menjaga serta membangunkan negaranya.
Mereka pernah melalui fasa perang saudara yang dikenali sebagai China Warring States Period (475 BCE to 221 BCE). Terdapat 7 buah kerajaan iaitu Qin, Zhao, Wei, Han, Chu, Yan dan Qi berperang antara satu sama lain untuk menguasai tanah China.
Photo from Pinterest
Konflik ini berakhir apabila raja Qin, Qin Shi Huang berjaya mengalahkan semua kerajaan tersebut dan menyatukan China di bawah kerajaannya. Beliau telah menjadi empayar pertama dan memerintah antara 221 dan 206 SM.
5. Sebelum Wujudnya Bola Sepak, Ada Cuju
Photo from Chinaculture
Bola sepak merupakan Sukan paling popular dalam dunia. Pergi sahaja ke mana-mana pelusuk negara sekalipun mereka pasti mengenali serta turut main semasa waktu lapang sebagai hobi.
Cuju pula adalah versi purba kepada bola sepak yang dicipta semasa pemerintahan dinasti Han. Peraturannya pula lebih kurang sama dengan bola sepak moden iaitu pemain wajib menggunakan kaki untuk menyepak bola sahaja.
Photo from International Football Academy In Spain
Tangan langsung tidak boleh digunakan.
6. Kehebatan The Great Wall Of China
Photo from Pinterest
Min boleh kata yang semua orang pasti kenal tentang The Great Wall of China yang berdiri tinggi dan megah. Ia merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang kita boleh pergi lihat depan mata.
Asalnya tembok besar digunakan sebagai benteng pertahan semasa zaman Warring States Period semasa 475 sehingga 221 BCE. Maharaja Qin Shi Huang telah membinanya dan menyambungkan antara satu sama lain dengan sebuah tujuan.
Photo from Pinterest
Tujuannya adalah untuk elakkan bahagian utara negaranya dijajah. Kalau pergi bercuti ke sana ia merupakan salah satu tarikan utama negara tersebut.
7. Sambutan Tahun Baru Cina
Photo from EMGS Connect
Selepas sahaja masuk Tahun Baru kita pasti tak sabar nak tunggu sambutan Tahun Baru Cina di negara. Bukan sahaja dapat cuti, kita berpeluang untuk melihat kecantikkan perayaan orang Cina.
Bukan itu sahaja, selalunya kita dapat peluang untuk nikmati kuih sedap dan limau manis. Kalau korang nak tahu ini merupakan perayaan yang amat penting dalam budaya mereka kerana ia berkait rapat dengan haiwan bernama Nian.
Ia adalah seekor binatang buas yang hidup dalam air dan akan datang pada awal Tahun Baru Cina untuk menyebabkan bencana. Untuk mengelak perkara ini berlaku, orang ramai memakai pakaian warna merah dan menyalakan lampu serta mercun.
8. Kena Belajar Pandai Tau!
Photo from The World of Chinese
Korang ingat zaman sekarang je kena rajin belajar sampai masuk universiti semata-mata untuk dapat kerja yang bagus? Haa.. dari dulu lagi tamadun ini menitikberat terhadap tahap edukasi seorang individu.
Pendidikan adalah sesautu yang paling bermakna kerana ia menjamin kejayaan ramai orang. Dahulu kala, kanak-kanak lelaki akan dihantar ke sekolah sejak umur yang kecil lagi, manakala perempuan turut mempunyai sekolah mereka sendiri.
Photo from World History Encyclopedia
Belajar bersungguh-sungguh dan dapat capai markah tinggi ada kemungkinan hidup korang akan lebih selesa setelah mendapat kerja yang bagus melalui kabinet kerajaan.
9. Sumbangan Penulisan Sun Tzu, The Art of War
Photo from Pinterest
Siapa sangka penulisan Sun Tzu masih relevan dan diguna pakai sehingga ke hari ini walaupun bukan di medan perang. Kita pernah belajar tentang beliau ketika di bangku persekolah dahulu.
The Art of War adalah buku yang cukup terkenal berkisah tentang strategi pertempuran. Ia diterbitkan pada abad ke-5 dan masih boleh dibeli di mana-mana kedai buku pada masa kini.
Photo from Pinterest
Jangan terkejut kalau kawan korang yang ada perniagaan berjaya pernah membaca buku ini.
10. Penemuan Kain Sutera
Photo from Pinterest
Apa yang membezakan rakyat biasa dengan orang bangsawan adalah pemilihan pakaian dan kain mereka. Kain sutera merupakan salah satu kain paling mahal dalam dunia kerana dihasilkan mengunakan ulat sutera.
Nak hasilkannya sahaja mengambil masa yang cukup lama menyebabkan lebih ramai lagi orang mahukannya. Tidak dinafikan kain ini mempunyai karakter yang cukup menarik dengan kelembutannya membuatkan sesiapa sahaja nampak mewah.
Menurut legenda, sutera ditemui di taman maharaja pada 2700 BCE oleh Hsi-Ling Shi iaitu isteri kepada Maharaja Huang-Ti.
Photo from Pinterest
Haa.. apa korang rasa setelah mempelajari 10 fakta menarik ini? Tak sangka sebenanrya banyak penciptaan dihasilkan daripada tamadun China diguna sehingga harini pulak tu. Mana tau lepas ni korang nak pergi bercuti ke sana untuk mempelajari sejarahnya pula.
Mungkin korang suka: