Roti Canai: 10 Jenis Roti Paling Popular Dekat Kedai Mamak
Roti canai kekal menjadi kegemaran ramai orang ketika melepak di kedai mamak. Menariknya adalah pelbagai versi yang ada untuk kita nikmati dan belum tentu kita dah cuba hampir semuanya. Kalau camtu, ini jenis-jenis roti yang ada untuk korang cuba masa nak lepak nanti!
Makanan unik yang menggunakan bahan asas sahaja iaitu gandum untuk menghasilkannya menjadi simbol kepada budaya negara kita. Bukan sahaja di negara kita, beberapa negara asia tenggara turut mempunyai versi mereka juga.
Asal usul makanan ini mempunyai banyak pandangan kerana ada kata dilahrikan di negara kita. Ada juga mengatakan berasal dari India kerana sama sahaja dengan prata. Tetapi
Asal usul makanan ini mempunyai banyak pandangan kerana dikatakan dilahirkan di negara kita. Pendapat lain pula berasal daripada India kerana hampir sama dengan roti prata yang lebih popular di Singapura.
Perkataan 'Canai' dikatakan diambil dari nama sebuah bandar di India iaitu Chennai. Kehadiran masyarakt India dalam negara kebanyakannya berasal daripada kawasan ini. Oleh kerana mereka turut membawa budaya masakan, maka roti canai mula tersebar secara meluas.
Photo from Murai My
Kini, bukan sahaja satu jenis korang boleh pesan kat kedai mamak. Malah, ada 10 jenis yang sentiasa popular boleh pesan dekat mana-mana kedai mamak berdekatan. Rugi betul kalau tak ambil peluang nak menikmati semua versi dalam hidup.
1. Roti Canai
Photo from The Flavor Bender
Kita mulakan dengan pilihan paling popular yang kita dah pesan dari umur kecil. Canai dalam bahasa Melayu bermaksud meleperkan, menganginkan serta menebar tepung roti tersebut.
Sedap dinikmati pada waktu pagi dan malam memang sesuai untuk jadikan snek atau makan berat. Campur pula dengan pilihan kuah yang diberikan, rasa ranggup panas memang cukup membuatkan kita gembira.
Selain itu, ini merupakan pilihan paling sesuai kalau dah takda idea nak makan apa. Kerap berlaku dalam hidup kita tanpa sedar pulak tu!
2. Roti Telur
Photo from Taste Atlas
Ada orang suka versi kosong, ada orang suka versi yang ini. Telur dipecahkan ke dalam tepung doh sebelum digoreng atas kuali membuatkan setiap gigitan ranggup dipenuhi dengan isi protein.
Kalau makan 2 keping untuk sarapan boleh kenyang sampai lewat petang pulak tu! Selalunya, kedai mamak akan gaulkan telur bersama doh roti tetapi ada juga berikan secara berasingan.
Telur rebus akan dipecahkan ke atas roti korang kemudian dicicah dengan kuah kari memang sedap rasanya. Tak kisah macam mana korang suka, rasanya tetap sedap.
3. Roti Bawang
Photo from Foodpanda
Selesai je menikmati roti ni jangan lupa nak berus gigi. Kalau tidak memang semua orang nak dekat berkenalan dengan kita. Min memain sahaja tetapi versi yang ni pun menjadi pilihan ramai.
Hirisan bawang merah dipotong kemudian dicampurkan bersama doh tersebut. Kuali panas akan mengeluarkan rasa manis daripada bawang tersebut menambah elemen baru kepada roti yang kosong itu.
Photo from Asian Food
Sedikit berbeza tetapi mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia. Cuma, bagi min kalau korang pesan telur bawang itu lebih sedap untuk dinikmati.
4. Prata
Photo from Singapore Tourism Board
Kenapa jiran kita suka sebut prata walhal sama sahaja dengan roti kosong. Bentuk, rasa, tahap garing serta cara makan pun takda beza namun kenapa namanya berlainan, adakah untuk nampak perbezaan antara dua negara?
Haa.. sebenarnya tak ramai pun orang kita tahu bahawa jiran kita menyebut makanan ini sebagai 'Prata'. Sebabnya menurut Visit Singapore, prata atau paratha bermaksud rata dalam bahasa Hindi.
Ramai percaya bahawa resipi asal makanan ini datang dari Punjab, India. Oleh itu, makanan yang kita panggil roti canai, dipanggil prata di jiran kita. Setiap restoran prata di Singapura akan menggunakan doh berbeza untuk menghasilkan tekstur yang unik.
Ada yang menghasilkan lembut sehingga ranggup macam kita biasa makan. Kalau ada masa, singgah ke sana untuk mencubanya tau.
5. Roti Bom
Photo from Jackie M
Walaupun memiliki saiz yang kecil berbanding versi roti yang lain. Kelemahannya digantikkan dengan ketebalan roti yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan pilihan roti kita selalu makan.
Kalau tak pernah mencuba jangan terkejut kalau mengalami kesusahan untuk habiskannya. Roti bom memang cepat betul buat kita kenyang dengan memberikan rasa manis dan savoury berbanding roti lain.
Bentuknya yang melingkar nampak seperti bom di atas meja korang. Lagi sedap kalau makan pada waktu malam setelah penat bersukan bagi pendapat min.
6. Roti Tampal
Photo from Twitter
Bagi mereka yang peminat setia roti telur boleh cuba versi ini. Roti Tampal nampak sama dengan roti telur sekali pandang. Perbezaannya adalah pada cara masaknya yang membuatkannya unik juga.
Kalau roti telur sebelum ini dihasilkan melalui telur dimasukkan ke dalam adunan tepung doh. Kalini pula masak telur terlebih dahulu di atas kuali. Kemudian, ambil roti dan tampal di atas telur tersebut.
Hasilnya adalah roti ranggup bersama telur yang tengah cair terutama dibahagian tengah. Sesuai kalau korang dah mula jemu makan benda yang sama.
7. Roti Sardin
Photo from MIM Streetfoods
Kalau tanya pendapat min, siapa yang mencipta versi roti ni memang wajib diberikan anugerah. Daripada menggunakan telur sebaliknya menggunakan ikan sardin yang dihancurkan gaul bersama tepung doh tersebut.
Setiap gigitan akan dipenuhi dengan isi sardin yang cukup padat pulak tu. Rasanya memang tak perlu kata, sedap sungguh apabila dicicah dengan kuah kari kambing yang tidak boleh digambarkan kalau tak pernah cuba.
Roti tersebut tidak terlalu garing kerana sos daripada ikan sardin membuatkannya sedikit lembap tapi tidak terlalu lembik. Kalau tak pernah cuba, min sarankan untuk korang cuba dan nikmati kesedapannya.
8. Roti Tisu
Photo from Taste Atlas
Rasanya bukan min sorang sahaja yang akan termenung seketika melihat roti tisu dihantar kepada meja pelanggan. Roti yang mempunyai bentuk yang sangat unik dengan rupa kon tinggi membuatkannya lain daripada lain.
Selalunya disediakan bersama susu cair dengan gula memberi rasa manis! Mungkin bukan untuk semua orang tetapi masih diminati ramai kerana saiznya serta boleh dianggap sebagai pencuci mulut.
Kalau dah puas makan benda yang berat, boleh pesan ni untuk menghabiskan hari kita.
9. Naan
Photo from RecipeTinEats
Untuk menghasilkan roti naan wajib pakai belanga yang khas. Kalau tidak memang takkan dapat rasa, rupa dan tekstur yang membuatkannya berbeza daripada roti canai kita biasa makan.
Selalu dihidang belah malam dengan pelbagai versi tersendiri juga. Kerap dipesan bersama ayam tandoori memberikan rasa berbeza melalui proses membakar berbanding digoreng atas kuali.
Antara versi yang pernah viral dahulu adalah roti naan keju mozarella!
10. Thosai
Photo from Nyonya Cooking
Thosai merupakan makanan tradisional daripada India. Turut dikenali sebagai dosa di beberapa kawasan di negara itu diperbuat menggunakan adunan beras dan kacang dal hitam yang ditapai.
Ini meruapakan makanan ruji untuk orang India. Ia dihidangkan untuk sarapan bersama pelbagai jenis kuah seperti kuah dal, kari dan wajib ada adalah kuah cutni. Kuah pekat yang diperbuat daripada campuran kelapa dikisar bersama rempah dan cili.
Rasanya yang sedikit masam dengan tekstur ranggup membuatkannya sangat sedap! Korang boleh pesan kat kedai mamak nak thosai ghee kalau nak mencuba buat kali pertama.