Bakso Klengar Ratu Sari Terkenal Bebola Daging Saiz Gergasi!
Bebola daging merupakan komponen penting dalam Bakso. Ia merupakan salah satu hidangan popular datang daripada Indonesia yang turut menjadi kegemaran termasuk beberapa makanan popular yang lain. Cuma, hanya Bakso Klengar Ratu Sari sahaja mampu menghasilkan bebola daging gergasi dalam bakso mereka.
Min tahu ada segelintir orang yang tidak pernah mencuba makanan ini. Dalam kata mudah ia adalah bebola daging dalam sup yang berperisa serta mempunyai pelbagai variasi menjadikannya makanan kegemaran dan keselesaaan untuk rakyat Indonesia.
Tekstur bebola dagingnya lembut sama seperti bebola ikan yang kita biasa makan. Selain daripada bebola itu, sup akan dihiasi dengan mee kuning atau bihun dengan beberapa pilihan sayur dan sambal!
Kalau di Indonesia korang boleh menikmatinya daripada peniaga jalanan sehingga restoran mahal pulak tu. Ia boleh dikatakan lebih kurang sama macam nasi lemak di mana kita boleh menikmatinya bila-bila masa.
Biasanya diperbuat daripada daging lembu yang dikisar halus dengan tepung ubi kayu, garam dan beberapa rempah ratus. Namun ada juga yang menghasilkan bebola menggunakan daging ayam, ikan, udang atau campuran daging lembu dengan ayam.
Photo from Cardo
Kalau tengah mencari yang paling unik, Bakso Klengar Ratu Sari di Yogyakarta adalah kedai yang wajib korang singgah apabila bercuti di wilayah ini. Jangan terkejut melihat betapa besarnya saiz bebola daging yang mereka mampu menghasilkannya. Boleh kenyang 3 bulan tau!
Bebola Daging Sebesar 40 kg Untuk Korang Cuba!
Photo from M Setiabudi
Kedai ini terletak di wilayah Yogyakarta yang cukup terkenal dalam negara Indonesia. Min pernah tulis fakta menarik tentang wilayah ini untuk memberi korang gambaran betapa menariknya bandar ini.
Terletak 521.5 kilometer di Jakarta. Perjalanan jauh mungkin meletihkan tetapi jangan risau ia sangat berbaloi setelah korang sampai ke bandarnya yang terkenal dengan kekayaan seni dan budaya jawa masih kuat.
Oleh itu makanan yang dihasilkan mempunyai akar rumbi daripada budaya ini. Dimiliki oleh Fardiansyah Taufik, beliau mengusahakan kedai makannya dengan menghidangkan bakso sedap di wilayah ini.
Kepakarannya bukan dari menghasilkan bakso. Malah, ia adalah menghasilkan pelbagai saiz bebola daging yang menyelerakan! Paling kecil bermula saiz 250g dan boleh pergi sehingga 5XL beranggaran 5kg.
Boleh bayangkan sendiri betapa besarnya saiz tersebut untuk korang makan. Tetapi ada yang lagi besar yang pernah dihasilkan menyebabkan kedai ini menjadi viral di negaranya sehingga min terkejut melihatnya ketika menulis.
Photo from Embun Citra
Saiz paling besar yang pernah dihasilkan mencecah berat sehingga 40 kg tau! Terlampau besar sampai 5 buah keluarga boleh makan dengan kenyang pulak tu.
Saiz Gergasi Camni Rasanya Sedap Ke?
Photo from Aifa Humaira
Seram betul tengok saiz bebola daging yang dihasilkan betul tak? Haa.. itu merupakan tujuan kedai ini ditubuhkan kerana dalam namanya dalam bahasa jawa, 'klenger; membawa maksud pengsan.
Untuk konteks ini, ia merujuk kepada keadaaan perut korang terlalu penuh sehingga dah tak boleh nak makan langsung. Ini akan menyebabkan korang akan terkena fasa koma makanan. Itu yang jadi kenyang sampai pengsan tu.
Tetapi kalau saiznya terlampau besar, bebola daging tu masak sempurna tak? teksturnya pula bagaimana? masih kenyal atau mula keras dan paling penting sedap ke tidak rasanya apabila dibesarkan sehingga begitu sekali.
Jangan risau, menurut pelanggan yang pernah menikmatinya meninggalkan ulasan yang baik. Majoriti pelanggan kata, sangat berbaloi nak menikmati bakso di restoran ini dan jika ambik saiz besar sekalipun memang sedap!
Rasanya penuh berperisa dan lembut. Setiap bebola daging dimasak dengan sempurna dan kualitinya dijamin. Selain itu, kita selalu dapat bebola daging yang intinya kosong kan? Kalau di kedai ini mempunyai pelbagai inti untuk dipilih.
Photo from Yopie
Setiap inti yang korang pilih akan menambah rasa lebih unik dalam mangkuk bakso korang tu. Antara inti yang popular adalah inti telur ayam, daging ayam dan banyak lagi untuk korang pilih masa lihat menu mereka.
Korang boleh rujuk di bawah yang min dah sediakan untuk lihat harga makanan ditawarkan di restoran ini:
- Bakso Klenger: Rp. 28,000 (RM 8.41)
- Bakso Klenger Komplit: Rp. 33,000 (RM 9.92)
- Bakso Klenger Kentir: Rp. 37,000 (RM 11.12)
- Bakso Kelon: Rp. 37,000 (RM 11.12)
- Bakso Londo: Rp. 20,000 (RM 6.01)
- Bakso Petir: Rp. 20,000 (RM 6.01)
- Bakso Kencang: Rp. 32,000 (RM 9.61)
- Bakso Klenger Extra: Rp. 55,000 (RM 16.53)
- Bakso Klenger Dahsyat (1 Kg): Rp. 90,000 (RM 27.04)
Seterusnya, korang ada menu tambahan seperti nasi putih, pangsit goreng (wonton goreng) dan tambahan mi kuning.
Ruang Makan Pula Yang Selesa & Cantik
Photo from Judith
Bukan sahaja bebola daging sedap untuk dinikmati di restoran ini. Seluruh kedainya pula mempunyai ruang makan yang selesa dan cukup cantik pulak tu. Ia dihiasi dengan pelbagai hiasan berwarna-warni.
Selain itu, menggabungkan perabot kayu dan banyak motif budaya jawa yang boleh dilihat ketika makan. Dalam kata mudah, ibarat korang makan di rumah kampung jawa di Indonesia yang sangat nyaman.
Menariknya tentang kedai ini adalah ia turut menyediakan ruang solat untuk orang muslim. Andai kata takut terlepas waktu sembahyang, boleh singgah sekejap ke surau disediakan untuk sembahyang terlebih dahulu.
Photo from Nirmala
Oleh kerana mampu menghasilkan saiz bebola daging yang tidak masuk akal. Bakso Klengar Ratu Sari bukan tempat viral semata-mata sahaja malah ia mampu memberikan rasa sedap yang berbaloi untuk menyinggah ketika kita bercuti di wilayah ini karang.
📍 Jl. Perumnas, Mundu Saren Jl. Seturan, Nologaten, Caturtunggal, Kec. Depok, Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta 55281, Indonesia
⏰ Setiap hari (8:00 am - 8:30 pm)
Mungkin korang suka: