download Jom Explore app
Kowloon Walled City: Sebuah Bandar Yang Cukup Terkenal

Kowloon Walled City: Sebuah Bandar Yang Cukup Terkenal

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 21 Dec 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Hong Kong merupakan sebuah negara cukup terkenal dengan bangunan tinggi memenuhi landskapnya. Walau bagaimanapun, tidak ada bangunan lain yang lebih terkenal daripada Kowloon Walled City yang menentang jangkaan dan batasan.

Tiada banyak tempat dalam dunia ini yang tidak mempunyai sebarang sistem undang-undang. Pergi sahaja ke mana-mana tempat, ia wajib mempunyai sistem perundangan yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan daripada melakukan perkara yang kurang siuman.

Namun, undang-undang atau peraturan tidak pernah wujud di sebuah tempat di Kowloon City. Lebih mesra dikenali sebagai Kowloon Walled City, tempat ini bebas daripada sebarang badan pentadbiran dan dianggap sebagai tempat paling padat dalam dunia.

Kalau korang lihat daripada gambarnya sahaja dah boleh bayangkan betapa sempitnya ruang pendudk ini ada. Namun begitu, walaupun tiada sistem peraturan masih wujud sebuah koloni yang pesat dengan penduduk.

Rupa dari atas Kowloon Walled CityPhoto from Ian Lambot

Gaya hidup mereka serta tempat tinggal mungkin tidak menepati standard norma. Namun, kisahnya cukup menarik sehingga hampir semua bentuk media sentiasa mengambil bandar ini sebagai rujukan dan inspirasi.

Sejarah Kowloon Walled City

Penduduk sekitar menjalankan kehidupan seharianPhoto from Wikimedia Commons

Pada satu tahap kemuncaknya, penduduk di bandar ini mencapai sekitar 35,000 orang yang memenuhi ruang satu blok bandar tersebut. Fizikal bloknya pula terlampau padat mengakibatkan kekurangan cahaya matahari.

Walaupun keadaan bandar ini jauh daripada status selamat, penduduknya dikatakan gembira memanggilnya sebagai rumah. Asalnya bandar ini bermula sebagai markas tentera yang dibina semasa Dinasti Song.

Pada akhir Opium Wars Pertama, China terpaksa menyerahkan sekeping tanah Hong Kong kepada British. Tetapi, mereka ingin melihat perkembangan tanah jajahan baru British ini menyebabkan mereka membina sebuah kubu merentasi Kowloon Bay.

Walaupun ia hanya sebuah kubu, ia dikeliling oleh dinding yang dikenali sebagai Kowloon Walled City. Apabila China kehilangan seluruh Hong Kong kepada Empayar British, bandar ini dikecualikan dan kekal di bawah kawalan China.

Asalnya sebuah kubu dijadikan bandar Photo from Atlas Obscura

Disebabkan itu, bandar ini kelihatan sangat janggal dan mudah untuk dilihat tetapi bebas daripada untuk melakukan apa sahaja.

Susun Atur & Seni Bina Kowloon Walled City

Menjadi rumah kepada segalah masalah kongsi gelapPhoto from Greg Girard

Perkara yang membuatkan bandar ini sangat menarik bergantung pada tiga faktor iaitu kepadatan, ketinggan dan seni bina yang huru-hara. Setiap bandar pasti mempunyai kod yang perlu dipatuhi untuk membina sebuah bangunan atau apa-apa sahaja.

Bandar ini pula sepanjang hidupnya kekal bebas daripada sebarang undang-undang. Sebagai contoh, jika korang ingin membina sesuatu, korang boleh bina sahaja tanpa menghiraukan tentang sebarang masalah.

Peraturan, kod bangunan, keselamatan semua tu bukan kebimbangan untuk penduduk sini. Memandangkan bandar ini tidak boleh diluaskan lebih daripada 6.4 ekar, salah satu cara untuk menampung populasi yang meningkat adalah membina ke atas.

Menjelang tahun 1960-an, peluasan ke atas melonjak dengan pembangunan yang menambah ketinggian bandar menyebabkan ia mudah bergoyang. Kemudian, ia juga dibina dengan sangat pantas tanpa sebarang perancangan.

Gambaran bagaimana bandar ini boleh berfungsiPhoto from South China Morning Post

Pembinaan terpaksa berhenti pada tingkat ke 13 dan 14 kerana menggangu laluan udara pesawat keluar masuk dari Lapangan Terbang Kai Tak. Bangunan ini dibina dengan tanpa kualiti menyebabkan mereka mampu bersandar antara satu sama lain.

Selain itu, ada juga yang bergabung bersama dan memberikan rupa unik bandar sebagai satu binaan. Bukan seperti ratusan modular digabungkan bersama. Kawasan ini amat terkenal sebagai kawasan setinggan.

Ia dipenuhi oleh pekerja seks, pengedar dadah. Jenayah dan kumpulan samseng berleluasa apabila berlakunya kebakaran pada tahun 1950 yang berjaya menjilat sebahagian bangunan.

Seorang perkerja surat ingin menghantar surat kepada pendudukPhoto from Greg Girard

Daripada sisa terbakar, penghuni bandar membina semula menjadikannya lebih berstruktur kali ini. Menjelang 1960-an, Kowloon Walled City merupakan sebuah bandar berdikari mampu mentadbir diri sendiri.

Kehidupan Seharian Di Bandar Ini

Salah satu kilang berada dalam bandar menyediakan bebola ikanPhoto from Greg Girard

Akibat tiada campur tangan daripada British dan China, bandar ini mencapai saiz terbesarnya pada tahun 1970-an dan 1980-an. Penduduk sekitar kawasan ini melihatnya sebagai pemandangan yang bruuk.

Walaupun ditadbir dengan sendiri bandar ini mempunyai pelbagai fungsi dapat mengejutkan korang tau. Maklumlah, apabila 300 lebih bangunan dalam satu bandar sempit mula bergabung membuatkan penduduknya menyesuaikan diri.

Contohnya, kerana tidak mendapat sebarang cahaya matahari. Seluruh kawasan dalamnya sangat gelap menyebabkan mereka perlu pasang lampu jalan perndarflou.untuk menerangi seluruh kawasan.

Lapan paip dipasang untuk membekalkan air bersih boleh digunakan. Bukan itu sahaja, terdapat tempat pengumpulan sampah didorang oleh komuniti bandar, perkhidmatan mel dan pelbagai kilang yang menyediakan barangan untuk mereka dan Hong Kong.

Nak rasa cahaya matahari kena panjat atas bumbungPhoto from Greg Girard

Sekolah, doktor dan doktor gigi pun ada muncul secara tidak terkawal. Jenayah pula mula mengurang buat seketika. Tidak dinafikan ia sangat sempit dan tidak terkawal namun masih aman.

Apa Yang Jadi Pada Bandar Ini?

Perobohan dilakukan pada 1993 Photo from Robert Ng

Walaupun penduduk di bandar ini gembira dengan keadaan hidup mereka. Berlakunya pergolakan di luar yang tidak setuju dengan kawasannya dan kualiti hidup yang tidak boleh diterima mengikut piawaian di Hong Kong.

Pada tahun 1984, kerajaan China dan British bersetuju untuk menghapuskan bandar ini. Perkara ini ditentang dengan protes namun perobohan bandar diumumkan pada tahun 1987. Reaksi penduduk pula tidak gembira mendengar keputusan ini.

Kerajaan melegakan keadaaan dengan membayar pampasan sebanyak HK $2.7 billion (RM 1.6 billion) kepada penduduk dan perniagaan menapak di situ. Bagi sesetengah individu ini sudah cukup untuk mereka berpindah keluar tanpa masalah.

Menjelang 1993, semua penduduk telah keluar dan meninggalkan bandar ini. Perobohan bermula pada 23 Mac 1993 dan berakhir setahun kemudian mengambil masa 13 bulan untuk menghapuskan sebuah tempat yang cukup menarik.

Ini rupa kawasan Kowloon yang diubah menjadi tamanPhoto from Greg Girard

Walaupun tinggal dalam kenangan, legasi Kowloon Walled City masih kekal dan segar dalam ingatan penduduk Hong Kong. Tetapi bagaimana kalau korang sendiri nak melihat sendiri kawasan bandar ini depan mata? Bukan tiket penerbangan ke Hong Kong mahal ke min.

Haa.. min ada berita baik untuk korang kerana Trip.com sedang melakukan promosi tiket penerbangan ke HK tau! Korang berpeluang untuk dapat tiket penerbangan pergi balik secara percuma dan diskaun sebanyak 20% pada hotel 5 bintang yang popular.

Tempoh penerbangan promosi ini bermula 5th January 2024 sehingga 30th Jun 2024. Korang boleh pilih untuk terbang daripada Kuala Lumpur (KUL) atau Penang (PEN) ke Hong Kong (HKG) untuk melihat peninggalan Kowloon Walled City.

Korang tekan sahaja link ini untuk melakukan pembelian tiket sekarang. Tunggu apa lagi, bukan senang nak dapat tamaran sehebat ini tau.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok