download Jom Explore app
Sukan: Siapa Sangka Ini Sukan Paling Mahal Dalam Dunia

Sukan: Siapa Sangka Ini Sukan Paling Mahal Dalam Dunia

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 19 Dec 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Salah satu aktiviti yang digemari adalah bersukan. Setiap individu pasti mempunyai sukan kegemaran mereka yang ditonton atau bermain pada masa lapang. Namun, pernah tak korang terfikir sukan yang paling mahal dalam dunia?

Lihat sahaja kedai mamak pada hujung minggu betapa ramainya orang setia menonton perlawanan bola sepak walaupun sudah lewat malam. Sukan mampu memikat serta memberi inspirasi kepada orang dengan tarikannya sahaja.

Industri ini mempunyai impak yang sangat besar serta menyeleruh. Pengaruh mereka untuk menarik peminat amat berpengaruh berbanding industri lain. Lihat sahaja keuntungan daripada beberapa liga sukan yang wujud dalam dunia.

Sebagai contoh, liga bola sepak Liga Perdana Inggeris telah mengaut keuntungan sebanyak £5.5 billion (RM 32 billion) dan liga National Basketball Association (NBA) pula telah mendapat keuntungan sebanyak $10.58 billion (RM 49 billion).

Dari sudut ini sahaja kita dapat lihat betapa ramai peminat sukan yang sanggup mengeluarkan duit untuk melihat pasukan kegemaran mereka bertanding. Sifat ini cukup sinonim kerana ia dapat menyatukan sesiapa sahaja tidak kira siapa sekalipun individu tersebut.

Sukan memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorangPhoto from Majoriti

Disebabkan itu terlalu banyak sukan telah wujud dalam dunia ini. Lebih menarik lagi adalah ada sukan yang memerlukan kos tinggi untuk bermain dan boleh dianggap sebagai sukan mahal. Baca sampai habis untuk ketahui sukan paling mahal dalam dunia!

1. Formula 1

Formula 1 semakin popular dan terkenal sebagai antara sukan paling mahalPhoto from Monster Energy

Industri automotif cukup terkenal dengan menghasilkan pelbagai kenderaan yang mampu mencecah kelajuan melebih 200 km/j. Oleh itu, bukanlah perkara asing untuk melihat peminat kereta mula berlumba untuk melihat kereta siapa paling laju.

Wujudnya Formula 1 yang semakin popular sejak kebelakangan ini. Dahulu ia hanya menarik perhatian peminat automotif dan berlumba sahaja tetapi sejak tahun 2017, mereka mula mengubah persepsi berlumba untuk menarik lebih ramai peminat baru.

Sejak itu, Formula 1 menjadi popular dalam kalangan peminat berlumba dan peminat biasa. Perasaan teruja apabila melihat kereta tersebut bersaing di atas trek lumba mampu menaikkan kadar adrenalin kita dengan begitu cepat.

Tetapi jangan terkejut kalau kebanyakkan pasukan mempunyai bajet sehingga $145 juta untuk bersaing dalam liga ini. Kos untuk membina kereta mereka sahaja sudah capai sebanyak $12 sehingga $15 juta.

Kereta F1 sahaja sudah boleh mencecah kos setinggi $12 jutaPhoto from Wikipedia

Masih ada lagi yang mahal daripada ini tau.

2. Bobsledding

Sukan ni cukup popular di negara musim sejuk kerana risikonyaPhoto from Wikipedia

Mujur negara bukan negara empat musim kerana sukan ni mungkin dapat menarik perhatian ramai anak muda yang gilakan sensasi memandu laju. Kalau Formula 1 memandu kereta, bobsledding pula menggunakan bobsleds yang boleh mencapai kelajuan sehingga 150 km/j

Ia dimainkan ketika musim sejuk sahaja dan mempunyai trek khas. Bobsleds sahaja boleh mencapai kos setinggi $100 ribu dan tidak termasuk dengan beberapa kos tambahan yang boleh menaikkan lagi kos ini.

Treknya pula tidak terlalu banyak dan setiap atlet memerlukan trek tersebut untuk berlatih. Selain itu, kos penginapan serta perjalanan membuatkannya antara paling mahal dalam sukan Olimpik.

Sukan ini memerlukan ketangkasan serta kecekapan untuk mengawal kelajuanPhoto from GQ

Katanya dicipta di Switzerland pada sekitar 1860s apabila pelancong kaya mula menggunakan sleds untuk berlumba menurun bukit. Perlumbaan pertama yang diiktiraf berlaku di St. Moritz, Switzerland pada tahun 1884.

3. Hot Air Balloon Racing

Tak sangka, belon panas pun boleh buat berlumba kanPhoto from renoballoon

Senang kata apa-apa permainan yang melibatkan aktiviti seperti berlumba dan mempunyai risiko tinggi akan membuatkannya lebih mahal. Bukan senang dan murah untuk memiliki belon panas untuk bawa pergi berlumba.

Kemudian, atlet pula perlu berlatih untuk mahirkan diri mengendalikan belon panas. Itu sahaja sudah susah apatah lagi kalau nak pergi berlumba menggunakannya. Kerana itu, untuk mencapai tahap professional memakan masa sangat lama.

Untuk terbang ke ruang udara sahaja bukan perkara yang mudah. Jadi kalau nak mencuba sukan ini pastikan korang mempunyai wang yang cukup serta beberapa peralatan supaya tidak terperangkap membahayakan diri di ruang udara nanti.

Tetapi nak mengendalikan belon panas bukan senang tauPhoto from Travel Nevada

Tak lupa juga, kalau mahukan peralatan yang terbaik kita kena laburkan lebih banyak duit untuk mendapat segala teknologi baru untuk belon panas sebelum wakilkan diri dalam untuk pergi bertanding.

4. Golf

Golf cukup terkenal dengan sukan bangsawan dipenuhi Datuk'Photo from Northumbria Coast and Country Cottages

Rasanya hobi kegemaran datuk', tan sir, taikun perniagaan dan tokey balak. Golf amat sinonim sebagai sukan orang kaya kerana kos untuk main sahaja sudah cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan kita.

Kalau korang kena tanya berapa harga untuk mendaftar masuk ke kelab golf maksudnya korang tidak mampu lagi buat masa ni. Sukan ini bukan sahaja bermain memukul bola sahaja malah ia digunakkan untuk bergaul dengan golongan atasan.

Walaupun korang ingin bermain secara suka atau professional, kena sediakan sejumlah wang yang banyak terlebih dahulu. Ingat, bukan kad ahli kelab sahaja perlu dibayar, peralatan pun kena ada.

Peralatan golf sahaja sudah mahal bukan murah pulakPhoto from Sunday Golf

Bukan satu dua batang sahaja, mesti ada banyak untuk digunakan ketika main. Jadi tak terkejut kenapa kebanyakkan yang main adalah orang yang memiliki aset yang banyak berbanding anak muda yang baru memijiak dunia.

5. Equestrian

Menunggang kuda memerlukan kepakaran yang dilatih sejak kecilPhoto from FEI

Mesti ramai orang termasuk korang merasakan golf adalah sukan paling mahal dalam dunia. Haa.. sebenarnya ada lagi mahal iaitu Equestrian yang kita selalu lihat dalam tv menunjukkan kelincahan penunggan kuda.

Sukan ini memberi tumpuan kepada keupayaan untuk menunggang, mengawal, berlari dan melakukan aksi dengan kuda. Nampak macam senang kan? Tetapi memerlukan latihan yang sangat banyak dan selalunya bermula sejak umur yang kecil lagi.

Namun tidak semua kanak-kanak mampu memiliki seekor kuda di belakang rumah apatah lagi mewakili diri dalam dunia Equestrian. Sejak dulu lagi, kuda melambangkan kemewahan kerana kos untuk menjaga sahaja bukan murah.

Selain itu, untuk bertanding pula korang perlu membawa kuda ke mana-mana sahaja dan perlu mengupah beberapa pelatih untuk menjaganya juga. Itu sahaja sudah boleh mencapai kos sebanyak $200,000 setiap tahun.

Sejak dulu lagi, kuda sinonim dengan golongan bangsawanPhoto from Olympics

Tak campur lagi dengan beberapa aspek yang kita tak nampak. Jadi jangan terkejut dunia Equestrian masih didonimasikan oleh golongan bangsawaan.

6. Whitianga Festival of Sports

Sukan paling mahal berada di New ZealandPhoto from PaidForArticles

Whitianga Festival of Sports adalah acara tahunan yang diadakan di New Zealand. Ia merupakan sukan paling mahal dalam dunia dan masih ramai orang tidak tahu tentangnya kerana apa yang min nak ceritakan mungkin kendengaran pelik.

Ia merangkumi pelbagai aspek sukan melalui gabungan helikopter, kenderaan, bot berlumba, jet ski dan payung terjun. Dalam kata mudah, segalanya yang mempunyai risiko tinggi akan dimain dalam festival ini.

Korang lihat sahaja perlatan yang digunakan boleh tahu ia adalah sukan paling mahal dalam dunia. Membeli dan menjaga setiap satu peralatan pula bukannya mudah malah boleh meninggalkan lubang besar pada dompet kita.

Trofinya sahaja sudah mahal apatah lagi atlet yang bertanding. Disebabkan itu Whitianga Festival Sports mendapat gelaran gelaran sukan paling mahal dunia yang tidak dikalahkan oleh mana-mana sukan.

Mana korang nak lihat helikopter bertanding dan berlumba kan?

Mana nak cari sukan yang mempunyai banyak peralatan mewahPhoto from Sail-World

Pada pendapat korang wajar ke sesetengah sukan mempunyai harga yang mahal untuk main sebagai aktivti riadah? Atau semua sukan wajar mempunyai harga mampu milik supaya lebih ramai orang berpeluang untuk mencuba.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok