download Jom Explore app
Highland Tower: Tragedi Yang Meninggalkan Kesan Hitam

Highland Tower: Tragedi Yang Meninggalkan Kesan Hitam

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 11 Dec 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tarikh adalah 11 Disember, 1993 jatuh kepada hari Sabtu. Hujung minggu ramai orang mengambil masa untuk bangun sedikit lewat berbanding hari berkerja. Alangkah terkejutnya mereka apabila tidur yang nyenyak dikejutkan oleh sebuah bunyi kuat yang menyeramkan sehingga menjadi titik hitam dalam sejarah negara.

Insiden yang dikenali sebagai runtuhnya Highland Tower masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia. Walaupun sudah 30 tahun berlalu, persitiwa ini tidak dapat dilupakan malah masih kekal menjadi peringatan yang amat menyedihkan.

Sesiapa pun tidak boleh menjangka bangunan pangsapuri tingkat tinggi runtuh sehingga meragut nyawa penduduk sekitar kawasan tersebut. Pada mulanya, 3 blok pangsapuri dibina di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor.

Bangunan tersebut megah berdiri memberikan permandangan bandar Kuala Lumpur yang kian pesat membangun. Setiap blok mempunyai 12 tingkat dan dibina mengikut fasa sehingga siap sepenuhnya.

Fasa pembangunan dimulakan dari tahun 1974 dan siap pada tahun 1982. Dibina pula di lereng bukit menjadi rumah kediaman bagi orang kita dan beberapa expat menghidupakan suasana kawasan tersebut.

Namun, semuanya berlaku dalam sekelip mata apabila tanah runtuh telah menyebabkan salah satu blok runtuh menjadikan peristiwa ini salah satu trajedi runtuh bangunan tingkat tinggi paling teruk dalam sejarah negara.

Runtuhan Highland Tower masih segar dalam ingatan kitaPhoto from New Straits Times

Ini kisah peristiwa yang berlaku dan perlu sentiasa diingati dalam hidup kita.

Apa Yang Telah Berlaku Sebenarnya

Pelbagai faktor yang telah menyumbang kepada keruntuhan pangsapuri iniPhoto from FB | Discover ASEAN

Jam menunjukkan waktu 1:30 pm, kawasan perumahan pada hujung minggu dipenuhi dengan penghuni yang sedang giat menjalankan aktiviti rumah. Terlalu banyak faktor telah menyumbang kepada keruntuhan ini.

10 hari hujan tanpa henti menandakan musim hujan telah tiba dalam negara. Secara tiba-tiba berlakunya tanah runtuh telah meruntuhkan Blok 1 yang meragut nyawa seramai 48 orang dan mengejutkan penduduk di blok yang lain.

Seramai 500 perkerja bertugas untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tersebut. Bantuan daripada Singapura, Jepun, Perancis, Inggeris dan Amerika Syarikat giat menjalankan operasi menyelamatkan mangsa.

Mereka dengan pantas mengejar masa untuk mengesan dan menyelamatkan mangsa yang dijumpai walaupun faktor keselamatan dan kemungkinan akan berlaku keruntuhan pada 2 blok lagi akan berlaku.

Selepas 24 jam yang pertama berlalu hanya 3 sahaja mangsa berjaya diselamatkan daripada runtuhan tersebut. Operasi untuk mencari mangsa dihentikan tepat pukul 3 petang pada 17 Disember apabila didapati mangsa yang hidup.

48 mangsa dijumpa setelah operasi sepenuhnya dihentikan pada 22 Disember. Persoalan utama bagaimana sebuah bangunan boleh runtuh sehingga berlakunya sebuah trajedi seperti ini?

Tragedi tersebut telah meragut 48 mangsa Photo from Property Guru

Sebelum berlakunya runtuh, penduduk blok menyatakan terdapat rekahan di dinding dan siling. Kemudian, penyelenggaraan yang tidak mencukupi serta kecacatan struktur bercampur dengan hujan tanpa henti telah menghakis tanah. Ini menunjukkan bahawa struktur tersebut menunggu masa sahaja untuk runtuh.

Kisah Hitam Daripada Mata Mangsa

Masih ramai mangsa yang tidak dapat dilupakan peristiwa trauma tersebutPhoto from The Edge

Salah seorang mangsa yang tinggal di blok menceritakan peristiwanya dan apa yang dilihatnya. Ia berlaku ketika beliau pada usia muda namun masih segar dalam fikirannya walaupun sudah berlalu.

Beliau melihat berdirinya Highland Tower pada 10 Disember 1993 sebelum pergi menghadiri kurus pada hujung minggu bersama rakannya. Esoknya, beliau mendapat berita salah satu daripada tiga blok telah runtuh.

Tragedi ini memberikan kesan trauma kepadanya. Sehingga kini, beliau akan mula gusar dan tidak tenang apabila berlakunya musim hujung terutama pada penghujung tahun. Baginya, ujian paling berat adalah menghadiri majlis pengebumian jiran-jirannya.

Selain itu seorang wartawan yang bertugas melaporkan trajedi ini turut berkongsi kisahnya. "Pelbagai persoalan bermain di fikiran, berapa ramai mangsa apa keadaan terkini dan siapa mangsa,

Semuanya tidak ada jawapan. Saya hanya nampak seorang pembantu rumah memegang bayi di tempat kejadian," kata wartawan tersebut. Beliau sendiri tak sangka sebuah bangunan kukuh boleh tumbang. Perkara seperti itu tidak dapat dibayangkan langsung.

Memorial Untuk Kenangkan Trajedi Highland Tower

Peristiwa ini wajar diadakan pusat memorial bagi memperingatkan kisahnyaPhoto from ohbulan

Setelah berlakunya trajedi seperti ini, pihak kerajaan cekap mengendalikan situasi. Pada 20 Disember 1993, setiap projek pembinaan di lereng bukit dibekukan buat sementara. Pembekuaan itu diangkat semula pada 23 Jun 1994.

Kemudian terdapat pelan untuk perbaiki dan kuatkan struktur Blok 2 dan Blok 3 yang ada. Namun, setelah pelbagai pemeriksaan dijalankan mereka dapati bahawa struktur bangunan tersebut berada dalam keadaan kritikal dan tidak stabil.

Pada 15 Oktober 1994, 6 penduduk mengeluarkan surat sama kepada pemaju Highland Tower termasuk 8 pihak terlibat. Ini termasuk AmBank dan Ampang Jaya Municipal Council akibat kecuaian dan kelalaian mereka.

Seterusnya, 2 Jun 2004 kes tersebut mendapat keputusan. AmBank setuju untuk bayar RM52 juta kepada 139 penduduk dan pemilik unit Highland Tower. Mereka akan dimansuhkan hak mereka daripada banguna tersebut.

Kini, kawasan tersebut dibiarkan begitu sahaja. 2 blok tersebut masih gagah berdiri dan keadaan usangnya menyebabkan ramai penduduk di kawasan persekitaran tidak senang melihatnya. Terdapat beberapa projek ingin dilakukan pada kawasan tersebut.

Salah satunya adalah membina sebuah memorial yang mempunyai taman bagi memperinganti 48 mangsa yang telah hilang nyawa mereka. Walau bagaimanapun status tersebut masih lagi menjadi tanda tanya.

Terdapat sebuah filem yang mengisahkan tentang penerokaan bangunan highland tower yang terbiarPhoto from IMDB

Apa yang telah berlaku telah meninggalkan titik hitam dalam sejarah negara. Kita wajar membina sebuah peringatan tentang trajedi supaya generasi seterusnya tidak mudah lupa dengan apa yang berlaku.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok