download Jom Explore app
Penginapan Modern Dan Selesa Dengan Persekitaran Alam Semulajadi Di Villa Renai Resort, Janda Baik

Penginapan Modern Dan Selesa Dengan Persekitaran Alam Semulajadi Di Villa Renai Resort, Janda Baik

Jom! Cuti Staycation
By Ayunie Husna on 07 Dec 2023
Digital Editor

Janda Baik, Pahang mempunyai keindahan dan populariti dan semakin meluas di kalangan pelancong, tanpa mengira sama ada dari dalam negara atau luar negara. Destinasi ini bukan sahaja menawarkan kecantikan alam semulajadi yang menakjubkan, malah menjadi pusat destinasi perkahwinan terkemuka di Malaysia.

Salah satu tempat penginapan yang semakin dikenali di kawasan ini adalah Villa Renai Resort. Terletak di Kampung Sum Sum, Janda Baik, resort ini menawarkan pengalaman menginap yang unik dengan sentuhan moden dan keselesaan yang tinggi, semuanya diselit dengan pesona alam semulajadi.

Mempunyai Dua Villa Di Villa Renai, Janda baikPhoto from Villa Renai

Lokasi yang Memukau Di Villa Renai, Janda Baik

Villa Renai Resort menawarkan lokasi strategik di atas bukit, menjanjikan cuaca sejuk sepanjang hari. Dari ibu kota, anda hanya perlu mengambil masa kira-kira satu jam atau lebih sedikit untuk mencapai destinasi ini. Pemandangan berkabus pada siang hari dan suhu sejuk pada waktu malam menambah daya tarikan khas resort ini.

Kemas Dan BersihPhoto from Villa Renai

Sekitar resort, terlihat kemas dan teratur dengan lampu-lampu outdoor yang menerangi laluan tetamu pada waktu malam. Laman yang dihiasi dengan rumput hijau memberikan suasana yang selesa dan damai. Hutan-hutan alami dan sungai yang mengalir di sekitar resort menambahkan elemen keindahan alam semulajadi.

Pilihan Penginapan yang Mewah Di Villa Renai, Janda Baik

Villa-villa di sini dibina dengan gaya cottage dengan pilihan warna putih dan hitam. Bila dilihat dengan latar belakang hutan dan hiasan bunga-bunga yang ditanam di sekelilingnya, nampak cukup mewah dan eksklusif.

Bilik Yang DisediakanPhoto from Villa Renai Resort

Kedua-dua jenis villa didatangkan bersama 1 bilik mandi, ruang tamu dan ruang makan yang cukup kemas, selesa dan bersih. Malah, jika anda mempunyai tetamu extra, ruang tamu mereka cukup luas untuk dibentang tilam atau toto untuk penginapan.

Ruang Tamu Photo from Villa Renai Resort

Selalunya jika bercuti bersama kanak-kanak, kanak-kanak akan tidur beramai-ramai di ruang tamu, baru seronok. Ada lebih kurang 17 villa kesemuanya yang terbahagi secara rata antara villa 1 bilik dan villa 2 bilik. Jika anda nak sewa seluruh resort dan kesemua villa-villa pon best untuk adakan percutian family day secara besar-besaran.

Kemudahan Di Villa Renai Resort

Villa Renai Resort tidak sekadar menawarkan penginapan mewah; ia juga memperkayakan pengalaman percutian dengan pelbagai kemudahan yang disediakan. Kolam renang di resort ini menjadi tarikan utama dengan dua bahagian yang terpisah untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Ini memberi peluang kepada semua tetamu untuk menikmati masa berenang yang seronok dan menyegarkan.

Kolam Yang DisediakanPhoto from Villa Renai

Fasiliti BBQ di Villa Renai Resort adalah tempat yang ideal untuk pengunjung menikmati hidangan istimewa semasa berada di resort. Dengan peralatan dan kelengkapan yang disediakan, pengalaman BBQ di sini menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.

Kafe Dan Kebun Durian Juga Tersedia Di Villa Renai Resort

Cafe yang terletak bersebelahan dengan sungai menawarkan hidangan lezat sambil menikmati pemandangan sungai yang tenang. Tempat ini menjadi tempat yang sempurna untuk bersantai dan menikmati suasana alam semulajadi. Pada musim durian, Villa Renai Resort memperkenalkan pengunjung kepada durian khas dari Bentong. Ini memberikan sentuhan istimewa kepada pengalaman menginap di sini.

Di hadapan cafe ada sebuah sungai yang mengalir. Sungainya agak cetek tetapi deras. Dengan suasana sejuk Janda Baik, tentu segar rasanya dapat mandi sungai. Si kecil pon mesti seronok.

Villa Renai Mempunyai sungai untuk bermandi-mandaPhoto from Villa Renai

Secara keseluruhan, Villa Renai Resort adalah pilihan penginapan yang sesuai untuk pelancong yang menghargai keselesaan, keindahan alam semulajadi, dan pelbagai kemudahan yang ditawarkan. Jika anda merancang untuk mengunjungi Janda Baik, pastikan untuk menyertakan pengalaman unik ini di Villa Renai Resort dalam senarai destinasi anda.

Anda Pasti Suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok