download Jom Explore app
2 Negeri Ini Pernah Sambut Raya Sehari Awal Daripada Negeri Lain?

2 Negeri Ini Pernah Sambut Raya Sehari Awal Daripada Negeri Lain?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 04 Mar 2024
Digital Editor

Tahun ini kita akan mula berpuasa pada 12 Mac (Khamis) tetapi cuba bayangkan kalau ada negeri lain yang berpuasa lebih awal. Mesti mereka pun akan sambut hari raya lebih awal dan peristiwa ini pernah berlaku satu ketika dahulu disebabkan tersalah kira?

Pada tahun 1983 banyak peristiwa telah berlaku dalam negara. Kemunculan jenama Proton, Bank Islam Malaysia ditubuhkan dan kematian Saloma menjadikkan ialah antara peristiwa berlaku.

Namun tiada satu yang boleh menandingi apabila Utusan Malaysia menulis satu berita bertajuk, "KEADAAN SERBA SALAH DI JOHOR DAN PERAK". Berita ini muncul kerana umat islam dalam dua negeri ini sudah sambut Ramadhan lebih awal daripada negeri-negeri lain iaitu pada 12 Jun 1983.

Keratan akhbar menceritakan persitiwa ituPhoto from FB | SRITI DARUL AMILIN

Peringkat kebangsaan sudah tetapkan pada 13 Jun 1983. Ini bermaksud 2 negeri tersebut akan menyambut raya aidilfitri sehari awal menyebabkan berlakunya kekecohan dan sedikit pertelingkahan. Bagaimana boleh terjadi?

Gara-Gara Nelayan Ternampak Anak Bulan

Haa begini rupa anak bulan!Photo from Petrosains

Menurut apa yang sudah berlaku, sekumpulan nelayan telah ternampak anak bulan ketika menangkap ikan dilautan. Ia telah dilaporkan kelihatan di Pelabuhan Ratu dan Purwakarta, Jawa Barat.

Bila mereka naik ke darat, berita ini mula tersebar. Ia diakui sah oleh pihak marin yang bertugas dilaut pada ketika itu namun tiada rekod atau bukti khas untuk mengukuhkan kenyataan membenarkan negeri Perak dan Johor menyambut raya sehari awal.

Sebab kalau ikut syarat falak dan kiraan, 1 Ramadan jatuh pada 13 Jun 1983 dan bukannya 12 Jun 1983.

Mufti Pun Pasang Telinga Apa Lagi

Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah melakukan keputusan setelah mendengar berita ternampak anak bulanPhoto from Orang Perak

Kekecohan mula berlaku akibat berita ini mula tersebar sehingga diketahui oleh mufti. Mufti pula mengeluarkan kenyataan mengatakan ia harus dimaklumkan terus kepada Tuanku Sultan (Sultan Perak) kerana baginda mempunyai kuasa penuh dalam mengistyiharkan hari raya.

Baginda yakin dengan berita tersebut dan memaklumkan kepada semua rakyat dalam negeri tersebut. Maka, negeri Perak dan Johor akan menyambut 1 Syawal awal sehari berbanding negeri-negeri lain.

Jabatan Penerangan dan pihak polis menggunakan pembesar suara untuk umumkan hari raya di bandar dan pelusuk kampung. Tambahan pula, keputusan dilakukan oleh Baginda yakin dengan kelihatan anak bulan oleh nelayan serta marin sebagai betul dan sahih.

Bagaimana Pula Dengan Reaksi Orang?

Bayangkan negeri sebelah raya negeri korang puasaPhoto from Utusan

Disebabkan pengumuman secara mengejut, ramai orang mula jadi panik! Sama seperti tahun 2022 kita raya secara mengejut ramai orang mula berebut serta kecoh untuk menyiapkan juadah raya.

Ramai orang memang belum bersedia dengan bahan-bahan masakan kerana menyangka tinggal lagi satu hari untuk berpuasa. Walaubagaimanapun, kekecohan ini turut menyebabkan pertelingkahan di kawasan sempadan Perak dan Selangor iaitu di Tanjung Malim.

Suasana orang menyambut kemeriahan rayaPhoto from Orang perak

Ia berpunca kerana penduduk di Perak telah beraya, orang Selangor pula masih berpuasa. Tetapi tiada pergaduhan teruk berlaku akibat perkara ini dan hanyalah kekecohan semata-mata.

Hanya Berlaku Sekali Sahaja Dalam Sejarah Negara

Disebabkan teknologi semakin maju maka peristiwa ini tidak akan berlaku lagiPhoto from Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku lagi dan hanya insiden semata-mata. Ini kerana negara kita mempunyai kaedah pengiraan yang lebih sistematik serta tepat untuk menentukan tarikh Hari Raya.

Menurut cendikiawan Islam, Dr Yusuf al-Qaradwi ada tiga cara untuk melihat anak bulan iaitu:

  1. Rukyah: Cara cerapan anak bulan
  2. Istikmal: Jika tak nampak anak bulan, jadinya disempurnahkan bulan kepada 30 hari
  3. Hisab: Ikut kiraan astronomi

Malaysia menggunakan cara hisab dan rukyah untuk mendapat keputusan lebih tepatPhoto from Kosmo Digital

Kaedah rukyah dan istikmal masih lagi terdedah dengan keraguan dan masih boleh dipertikaikan. Lalu cara paling terbaik dan tepat ialah melalui kaedah hisab. Menurut ulama al-Subkhi, penampakan anak bulan dengan mata kasar boleh diperkuatkan dengan kiraan astronomi.

Bagaimanapun, penampakan itu bercanggah dengan hisab maka ia akan tertolak. Ini kerana rukyah bersifat sangkaan, hisab bersifat tepat. Negara kita pula ambil cara rukyah dan hisab.

Sejak diamalkan, negara kita tiada lagi kedengaran masalah seperti min ceritakan pada awal artikel. Kini, kita akan menyaksikan tarikh puasa dan raya akan diumumkan di televisyan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang sentiasa dinanti-nantikan.

Tak lama lagi kita akan menunggu keputusan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-RajaPhoto from Bernama

Peristiwa tersebut sudah berlaku 41 tahun yang lepas, teknologi pula semakin canggih. Tuntasnya tak dapat kita menyaksikan perkara seperti berbuah kali kedau namun tidak dinafikan mesti kecoh betul platform media sosial jika wujud di zaman itu.

Bayangkan sendiri kampung korang sudah beraya tetapi korang berkerja di Lembah Klang tengah sibuk berkerja menahann rasa lapar dan dahaga.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok