Memanjakan Diri Bersama Keluarga di Serendah River Retreat
Serendah River Retreat, terletak di dalam hutan dan ladang buah dengan luas mencapai 5 ekar. Sungai semulajadi mengalir melaluinya, memberikan sentuhan semula jadi kepada tempat ini. Terdapat juga peluang untuk bertemu haiwan-haiwan seperti monyet yang menjadikan pengalaman ini lebih memikat.
Photo from Serenda River Retreat
Bercuti di tengah suasana kehijauan hutan sering kali dikaitkan dengan pengalaman berkemah. Namun, di Serendah, terdapat suatu penginapan dalam hutan yang menawarkan keselesaan dan keunikan luar biasa bagi Anda dan keluarga.
Akses Mudah Dengan Keselesaan Optimum
Walaupun berada di tengah-tengah hutan, Ia hanya berjarak 5 minit memandu dari sebuah taman perumahan. Ini bermakna, anda dapat menikmati suasana hutan tanpa perlu melakukan perjalanan jauh.
Penginapan yang Unik: Brick House dan Wood House
Ia menawarkan dua pilihan penginapan homestay, iaitu Brick House dan Wood House. Brick House, Dengan konsep batu bata dan sentuhan industri, Brick House dapat menampung hingga 16-30 orang. Enam bilik lengkap dengan bilik mandi persendirian, ruang tamu yang dilengkapi Smart TV 65" dengan Netflix dan YouTube, serta dapur outdoor yang lengkap.
Photo from Serendah River Retreat
Wood House, Rumah berkonsep kayu ini menawarkan pengalaman seperti kabin Amerika dengan 4 bilik untuk 10-18 orang. Dengan suasana yang lebih rustic, Wood House menyediakan bilik mandi persendirian, penghawa dingin, Smart TV, dan dapur luaran yang lengkap.
Photo from Serendah River Retreat
Peraturan dan Fasiliti untuk Keselesaan Anda
Photo from Serendah River Retreat
Tempat Ini menetapkan beberapa peraturan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan penginap, seperti larangan merokok di dalam rumah dan menjaga keheningan pada waktu malam. Fasiliti yang disediakan termasuk akses ke sungai, tuala, peralatan BBQ, WiFi, dan TV dengan slot HDMI dan USB.
Pengalaman Menarik di Sekitar Penginapan
Selain itu, anda juga dapat menikmati aktiviti seperti mandi sungai, memancing, atau berkelah dengan akses langsung ke sungai dari penginapan. Restoran Melayu yang menyediakan khidmat katering turut disediakan jika anda tidak merancang untuk memasak sendiri. Terdapat juga peluang untuk hiking dan menjelajahi air terjun terpencil hanya dalam jarak satu jam dari rumah.
Photo from Serendah River Retreat
Bukan sekadar tempat penginapan, tetapi suatu pengalaman mendalam dalam alam semula jadi. Kebersamaan dengan keluarga dan ketenangan alam sekitar akan memberi anda pengalaman bercuti yang tak terlupakan. Jangan lepaskan peluang untuk merasai keunikan di tempat ini , tempat yang memadukan keselesaan dan keindahan alam
📍 Serendah River Retreat, 48200 Serendah, Selangor
📞016-367 0067
Anda Mungkin Suka: