The Jerai Hill Resort Gurun, Kedah Penginapan Serba Mewah dengan Pemandangan yang Mengagumkan
The Jerai Hill Resort destinasi penginapan mewah berbintang 3 yang menawarkan pengalaman unik di kaki Gunung Jerai. Terletak di Jalan Kaki Bukit dan dikelola dengan cemerlang oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, resort ini tidak hanya menggabungkan kemewahan dengan keselesaan, tetapi juga menawarkan lokasi yang sangat strategik.
Photo from Agoda
Pilihan Penginapan yang Ideal
The Jerai Hill Resort adalah pilihan ideal bagi pelancong yang menghargai kecantikan alam sambil menikmati kemudahan moden. Dengan pemandangan spektakuler dari ketinggian Gunung Jerai, penginapan ini memberikan suasana tenang dan eksklusif untuk pengalaman penginapan yang memuaskan.
Photo from Rose Dianty
Bilik yang Disediakan Di The Jerai Hills
Terdapat 5 jenis bilik The Jerai Hills penginapan yang dapat dipilih, bermula dari Bilik Superior yang menawarkan keselesaan menjimatkan hingga ke Bilik Suites yang menyajikan kemewahan tertinggi.
Photo from The Jerai Hills
Bilangan pilihan ini membolehkan pengunjung memilih bilik yang paling sesuai dengan keperluan dan keinginan mereka. Bilik Superior mungkin menjadi pilihan yang ideal bagi mereka yang mengutamakan keselesaan menjimatkan, sementara Bilik Suites memberikan pengalaman penginapan yang mewah dan eksklusif.
Photo from The Jerai Hills
Tidak ketinggalan, resort ini juga menyediakan ruang untuk acara dan seminar dengan kapasiti yang dapat menampung hingga 200 orang. Ini memudahkan penggunaan resort sebagai tempat untuk perhimpunan perniagaan atau acara berskala besar.
Fasiliti Selesa Di The Jerai Hills
Pengalaman bercuti anda lebih serba lengkap, anda boleh menikmati kesegaran dan keselesaan di kolam renang yang terjamin bersih dan menyegarkan, memberikan peluang untuk bersantai dan menikmati keindahan sekeliling The Jerai Hills. Selain itu, keluarga dengan kanak-kanak boleh menikmati taman permainan yang dirancang khusus untuk memberikan hiburan kepada mereka.
Photo from The Jerai Hills
Rata-rata review yang diberikan sangat berpuas hati kerana sangat selesa dan memudahkan pengunjung untuk tidur disana. Bagi min, Tempat ini memag sejuk kerana di atas gunung. Boleh Feeling seperti luar negara.
Nikmati Santapan di Kafe Kami!
Pengalaman Makan di Kafe The Jerai Hill Resort sangat menarik dengan pelbagai hidangan yang lezat, termasuk set buffet, pastri, makanan Melayu, dan makanan Barat. Yang menariknya, semua hidangan ini adalah Halal dan harganya berpatutan.
Photo from The Jerai Hills
Berada di kafe ini di lereng bukit sambil menikmati secawan kopi adalah pengalaman yang sangat tenang dan damai. Pemandangan gunung yang indah dan udara segar dapat membantu menghilangkan beban fikiran dan memberikan ketenangan kepada pengunjung.
Photo from The Jerai Hills
Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan
Selain itu, resort ini menawarkan aktiviti luar seperti trekking atau hiking di tengah keindahan semula jadi Gunung Jerai. Udara segar dan sejuk di ketinggian Gunung Jerai menciptakan suasana yang nyaman dan menyegarkan, menjadikan setiap langkah lebih bermakna.
Photo from The Jerai Hills
Dengan fasiliti dan aktiviti yang pelbagai, The Jerai Hill Resort bukan hanya tempat penginapan yang selesa, tetapi juga destinasi yang menyeluruh untuk melarikan diri dari rutin harian dan menikmati kecantikan alam semula jadi, sambil mengeksplorasi keunikan tempatan.
📍Kaki Bukit, Lebuhraya Utara - Selatan, 08300 Gurun, Kedah
📞04-466 7777
Anda Mungkin Suka:
❤️Solesor Kampung Beach Resort, Penginapan Kontena Unik di PD
❤️Sekeping Kong Heng: Butik Hotel Di Ipoh Yang Berhantu?