F1 Akan Kembali Berlumba Di Sepang Selepas 7 Tahun?
Berita baik untuk peminat Formula 1 (F1) apabila Petronas telah setuju menandatangani perkongsian hak penamaan selama tiga tahun bersama Sepang International Circuit (SIC) dapat menambah baik kepada trek kesayangan orang Malaysia ini.
Dunia sukan permotoran bukan sesuatu yang asing dalam negara kita. Sama seperti sukan lain, dunia permotoran turut mempunyai peminat berdedikasi menyokong serta melahirkan atlet bertaraf dunia.
Setelah siap dibina pada tahun 1999, trek ini menjadi hos kepada pelbagai perlumbaan bertaraf antarabangsa. Kemudian, sokongan daripada peminat tempatan turut membuatkan trek ini kekal popular.
Photo from AutoBuzz
Tahun lepas sebanyak 163,000 peminat membanjiri trek ini untuk melihat perlumbaan MotoGP. Fakta ini menunjukkan budaya permotoran sangat kuat dalam negara kita dan perlu diteruskan sokongan bagi memastikan trek ikonik dapat diselenggarakan dengan baik.
Selain itu, nama trek ini akan ditukar menjadi Petronas Sepang International Circuit setelah syarikat terkemuka setuju untuk kerjasama. Manakala, untuk peminat F1 mereka menaruh harapan untuk lihat sukan perlumbaan terkemuka dapat kembali semula ke tanah air kita.
Perlumbaan Terakhir F1 Diadakan Pada Tahun 2017
Photo from lastwordonsport
Tahun 2017 merupakan kali terakhir F1 berlumba dalam kalendar musim di negara kita. Ini telah menghancurkan hati ramai peminat dalam negara kerana kehilangan peluang untuk melihat perlumbaan untuk tahun seterusnya.
Sudah 7 tahun berlalu dan setiap tahun pasti ada desas dusus untuk kembalikan F1 ke negara kita. Walaubagaimanapun, perkara ini sukar untuk dilakukan kerana faktor utamanya adalah status kewangan.
Menurut Menteri Sukan, Hannah Yeoh "Sukan F1 sangat mahal. Kami terpaksa menunggu dana sebanyak RM20 Juta daripada kerajaan hanya untuk menambah baik trek sahaja. Jika kami boleh mengajurkan perlumbaan F1,
Kami sudah melakukannya. Tetapi buat masa ini, kami tidak mampu mengadakan perlumbaan." menunjukkan nasib yang perlu ditelan untuk peminat. Namun, persetujuan daripada Petronas berkemungkinan dapat menghidupkan semula trek ini dalam kalendar mereka.
Photo from xinhuatnet
Populariti F1 melonjak dalam beberapa tahun lepas setelah rancangan Netflix, "Drive To Survive" disambut dengan baik. Rancangan ini telah menghidupkan semula sukan ini dengan menarik lebih ramai peminat baru berbanding sebelum ini.
Itu tidak kurang juga dalam negara kita. Petronas merupakan antara penaja utama untuk salah satu pasukan F1 berjaya menarik perhatian daripada generasi sebelum ini sehingga generasi muda.
Walaupun tiada kata putus tentang status ini. Untuk peminat masih boleh menaruh harapan agar kerjasama ini dapat membuatkan Malaysia kembali menjadi hos semula.
Kerjasama Yang Dapat Mengubah Landskap Permotoran Negara
Photo from Paul Tan
Pengumuman yang baru dilakukan adalah berita baik kerana masanya. Pada November 10-12, Sepang akan menjadi tuan rumah untuk Grand Prix Petronas Malaysia 2023 bagi sukan MotoGP.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif, "beliau percaya kerjasama ini akan membawa lebih banyak impak terhadap landskap perlumbaan. Lebih banyak jenama akan mendapat manfaat serta nilai bertambah kepada perniagaan dan pelanggan mereka,
Kerjasama ini mewakili visi bersama iaitu komitmen terhadap kecemerlangan, inovasi. Penyampaian pengalaman luar biasa kepada peminat tempatan dan antarabangsa dapat ditingkatkan dengan lebih banyak.
Ini juga dapat kukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi sukan dan hiburan," kata Beliau. Perkembangan ini juga dapat membuka pintu untuk menerima peluang baru untuk menganjurkan lebih banyak acara bertaraf dunia di trek bertaraf dunia ini.
Seterusnya, Petronas Senior General Manager of Group Strategic Relations and Communications, Datin Anita Azrina Abdul Aziz turut berkongsi pendapat. Beliau amat besar hati untuk mulakan kerjasama ini.
Photo from Pinterest
Pelabruan ini mewakili kemuncak hubungan dan komitmen mereka (Petronas) untuk menyokong pembangunan industri sukan dan hiburan di Malaysia. Kerjasama ini lebih daripada berkongsi nama sahaja.
Ia merupakan dedikasi Petronas untuk memupuk pembangunan bakat dan pamerkan keupayaan negara di pentas global turut ditambah oleh beliau. Oleh itu, kita mungkin dapat melihat fasa baru dalam dunia permotoran untuk negara kita!
Mengharapkan Yang Terbaik Untuk Peminat F1
Photo from Zero Throttle
Bukan sahaja peminat tanah air. Malah, peminat antarabangsa dan satu dunia turut mengharapkan trek ini kembali dalam kalendar F1 kerana telah menghasilkan perlumbaan yang sukar dilupakan untuk peminat.
Selain itu, pemandu sendiri pernah menyatakan hasrat mereka untuk kembali berlumba di tanah air kita. Faktor seperti susun atur trek yang mencabar dan cuaca yang tidak menentu membuatkan ia digemari oleh pemandu jugak tau.
Hanya masa sahaja dapat menentukan jika berlakunya rundingan bersama F1 untuk kembali berlumba di sini. Paling peniting adalah sokongan yang akan datang pasti dapat menghasilkan sebuah acara yang tidak dapat dilupakan sama seperti tahun sebelum ini.
Photo from Pinterest
Sebagai peminat F1 apa pendapat korang tentang perkara ini? Adakah korang juga mengharapkan trek ini dapat kembali semula untuk melihat 10 pemandu dunia bersaing di tanah air kita!
Mungkin korang suka baca: