download Jom Explore app
Jangan Lepaskan Peluang Untuk Pergi Travel! Bersama Tawaran FREE Seats Of The Year Bersama AirAsia, Harga Tiket Sehala Semurah RM25!

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Pergi Travel! Bersama Tawaran FREE Seats Of The Year Bersama AirAsia, Harga Tiket Sehala Semurah RM25!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 17 Oct 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Haa.. tahu tak korang berpeluang untuk pergi bercuti ke destinasi menarik dengan penerbangan percuma? AirAsia kini kembali lagi dengan tawaran yang hebat tau. Jom serbu sebelum korang terlepas peluang untuk pergi bercuti ke destinasi impian korang!

Kenikmatan pergi bercuti ke tempat kita idamkan memang sukar digambarkan perasaanya. Semua orang pasti menunggu waktu sesuai untuk pergi bercuti dan tinggalkan segala stress yang terkumpul.

Maklumlah, nak pergi bercuti kena ada pelan dan bajet terlebih dahulu. Kalau tidak, menangis tak berlagu lah kita nanti kan. Haa.. sebab itu AirAsia adalah rakan baik korang!

Mereka kekal komited untuk memberikan korang pengalaman percutian yang takkan dilupakan melalui servis penerbangan terbaik dalam industri. Selain itu, mereka juga memastikan perjalanan korang kekal selesa dari mula sampai habis.

AirAsia kembali menawarkan penerbangan harga yang murah!Photo from AirAsia

Oleh itu, korang masih berpeluang untuk rebut tiket percuma dengan tawaran FREE Seats of the year AirAsia untuk pergi ke pelbagai destinasi percutian yang best! Haa.. paling penting tak perlu nak ada bajet tinggi pun untuk pergi bercuti kali ini.

Apa kata masa ini korang siap sedia untuk pergi bercuti pulak dan tinggalkan semua kerja yang memang takkan habis tu.

Jom Beli Tiket AirAsia Sekarang!

Kapal terbang AirAsia sangat cantik!Photo from AirAsia Newsroom

Setiap orang pasti memiliki impian untuk pergi pusing satu dunia untuk melawat negara kegemaran mereka. Sebab itulah kita ada tabung untuk pergi bercuti untuk pergi tenangkan fikiran buat sementara.

Tetapi sebelum nak beli tiket penerbangan kita mestilah perlukan pelan yang kukuh. Kalau takda pelan kukuh takut tak menjadi pulak kan.

Apa yang perlu bersedia adalah pastikan tak terlepas tarikh pembelian tau. Promosi ini akan bermula daripada 16 Oktober 2023 sehingga 25 Oktober 2023 [9 am]. Jangan terlepas tau nanti tak dapat tawaran terbaik ini.

Kemudian, rancang perjalanan korang ke mana pula. Negara mana yang bertuah untuk menerima pengembaraan korang. Adakah korang ingin jelajah ke negara iklim sejuk ataupun melihat kecantikkan nusantara di kawasan Asia Tenggara.

Takkan korang nak solo travel kan? Jangan lupa ajak kawan untuk pergi bercuti sekali tau. Baru seronok kalau nak cipta kenangan baru kan. Takdalah korang bosan lawat kawasan cantik sorang-sorang kan.

Mestilah kita nak melawat satu dunia kan?Photo from Pinterest

Selain itu, jangan lupa untuk sediakan bajet juga sebelum nak pecah tabung tu.

Nak Travel Ke Mana Kali Ini?

Kecantikkan Krabi memang sukar digambarkan melalui gambar sahajaPhoto from Pinterest

Persoalan yang paling susah nak jawab adalah destinasi mana yang akan jadi pilihan untuk kita mulakan pengembaraan. Maklumlah, setiap destinasi mempunyai kecantikkan dan keistimewaan tersendiri yang membuatkannya menarik untuk kita berjalan-jalan.

Antara lokasi menarik yang ditawarkan seperti Krabi, Bali, Bangkok, Pekanbaru, Phnom Penh, Da Nang, Phu Quoc, Quanzhou, Busan dan banyak lagi tau. Sebut sahaja nak ke mana sudah tentu AirAsia akan bawa ke tempat kegemaran korang.

Mungkin korang ingin menikmati kecantikkan pulau serta pantai di Phuket? Ataupun ingin melihat kecantikkan dalam drama Korea di bandar Busan. Paling penting adalah untuk bawa mood gembira sahaja.

Golden Bridge terletak di Da Nang, Vietnam menawarkan permandangan sangat cantikPhoto from Pinterest

Tiket penerbangan Asean semua dalam sehala serendah MYR 69 je tau! Kemudian, penerbangan Domestik semua dalam sehala serendah MYR 25 sahaja. Memang rugi betul kalau tak rebut peluang beli tiket ini.

Selain itu, tawaran promosi ini tidak termasuk pembayaran cukai lapangan terbang, yuran MAVCOM, surcaj bahan api, bayaran lain yang berkenaan dan T&C turut dikenakan.

Kabin krew AirAsia sedia membantu korang untuk memberikan penerbangan yang sangat selesaPhoto from AirAsia

Haa.. takkan lah nak tengok orang lain sibuk beli tiket penerbangan kan. Apa kata korang buat pilih lokasi yang min dah bagitau untuk pergi bercuti. Nanti semakin mudah nak pelan itinerary.

Travel period untuk tawaran ini bermula 4 Mac 2024 sehingga 19 Mac 2025. Rasanya dah boleh siap-siap untuk book cuti dengan bos korang untuk pergi bercuti tahun depan!

Tak Sabarnya Nak Terbang Bersama AirAsia

Takkan nak lepaskan peluang ini kan?Photo from AirAsia

Bukan senang tau nak pergi bercuti dan melihat keindahan tempat kan. Selain itu kalau penerbangan korang tergendala ataupun lambat tak perlu risau.

Sebab, AirAsia menawarkan 30% of Flight Delay Insurance supaya korang tak perlu nak runsing kepala memikirkan masalah jika menghadapi sebarang masalah seperti ini.

Masa kini adalah waktu paling sesuai untuk korang pergi bercuti tau. Ini kerana jadual cuti tahun depan dah keluar dan boleh disemak di sini untuk melihat tarikh paling sesuai untuk pergi bercuti.

Jom terbang sekarang!Photo from AirAsia

Korang tunggu apa lagi ni. Tekan je link di sini untuk tempah tiket percutian impian korang sekarang dan terbang bersama AirAsia sekarang!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok