Kopi Klasik di Kopi Jiran Menawarkan Pengalaman Unik
Bagi para pencinta kopi, mencari sebuah tempat yang unik untuk menikmati secangkir kopi adalah suatu kepuasan tersendiri. Di sebalik deretan rumah teres setingkat di Taman Kantan Permai di sini, tersembunyi sebuah warung kopi yang benar-benar unik. Kopi Jiran, begitu namanya, menawarkan pengalaman minum kopi yang tidak hanya lazat, tetapi juga memikat hati.
Photo from FB | Kopi JIran
Pintu putih bertuliskannya dalam aksara Rumi dan Jawi menyambut para pengunjung. Begitu memasuki lorong menuju ke kawasan perumahan, bau semerbak kopi memenuhi hidung. Kedai ini mengambil inspirasi dari zaman 1960-an, dengan hiasan ala retro yang memikat hati. Di dalamnya, anda akan menjumpai pelbagai barangan antik dan vintaj yang berusia puluhan tahun.
Photo from FB | Kopi Jiran
Tidak hanya perabotannya yang menggoda, bahkan cawan, pinggan, mangkuk tingkat, meja dari kaki mesin jahit antik, dan botol-botol kaca yang digunakan untuk menyimpan makanan, semuanya memiliki kesan klasik yang dapat mengimbau nostalgia zaman dahulu. Kedai ini bukan sekadar tempat untuk minum kopi, tetapi juga suatu pengalaman yang membawa anda kembali ke masa lalu.
Photo from FB | Kopi Jiran
Nostalgia Kopi, Terinspirasi Zaman Retro di Kopi Jiran
Terletak di kawasan perumahan, ia iamenarik pengunjung dari berbagai tempat. Sasaran awalnya adalah jiran tetangga, tetapi kini popularitasnya telah meluas hingga ke luar kawasan. Pengunjung dapat menikmati kopi signature seperti Kopi 132 dan Kopi 133, selain hidangan kopi lain seperti americano, espresso, mocha dan latte.
Photo from FB | Kopi Jiran
Tidak hanya kopi, ia juga menawarkan hidangan makanan yang lazat. Nasi lemak daun pisang adalah salah satu hidangan yang paling diminati dengan harga yang sangat berpatutan. Bagi mereka yang tidak minum kopi, minuman lain seperti teh, jus, atau minuman sejuk juga tersedia.
Photo from FB | Kopi Jiran
Jadi, jika anda mencari tempat yang unik untuk menikmati kopi dan bernostalgia dengan zaman lampau, Ia adalah pilihan yang sempurna. Dengan suasana yang santai dan mesra, serta hidangan kopi yang lazat, pasti anda akan kembali lagi untuk menikmati pengalaman yang berbeza di setiap kunjungan. Jomlah ke sini dan nikmati pengalaman minum kopi yang mengasyikkan di tengah hiasan retro yang menawan.
Photo from FB | Kopi Jiran
📍133, Jalan TKP 2, Taman Kantan Permai, 43000 Kajang, Selangor
⏰ 11am- 5pm (Khamis - Ahad)
Anda mungkin suka: