download Jom Explore app
Bosan Melepak? Jom Cuba Main Board Game Dengan Kawan!

Bosan Melepak? Jom Cuba Main Board Game Dengan Kawan!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 04 Sep 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Kadang kala asyik melepak dengan kawan-kawan pun boleh jadi bosan kerana tiada aktiviti yang dapat dilakukan bersama kecuali bersembang, makan dan bersiar-siar. Mungkin sebab itu kut semakin ramai main game di telefon mereka untuk mengisi waktu bosan atau cuba main board game?

Disebabkan itu aplikasi permainan seperti Players Unknown Battleground (PUBG), Mobile Legends dan MONOPOLY GO! menjadi popular kerana ramai orang seronok dapat melakukan aktiviti bersama rakan mereka.

Korang pun sama jugak kan? Takkan tak pernah main game bersama kerana lebih menyeronokkan dan dapat membina hubungan kawan lebih akrab dan mesra. Kalau begitu, apa kata korang cuba ajak main board game pulak ke?

Walaupun dunia kita dikuasai oleh teknologi, terdapat sesuatu keistimewaan tentang sebuah sesi board game bersama rakan-rakan. Korang berpeluang untuk berehat dan berseronok sambil mendapat masa interaksi sosial berkualiti.

Dari situ juga hubungan korang semakin rapat bersama rakan atau keluarga kerana menikmati suasana yang dipenuhi dengan ketawa dan kegembiraan. Selain itu, board games pun fleksible dengan menawarkan pelbagai spektrum pilihan tau.

Kerana dapat memenuhi pelbagai cita rasa setiap individu yang mungkin tidak pasti board game apa sesuai dengan diri mereka. Haa.. apa kata Min rekomenkan korang beberapa board game yang popular untuk main bersama kawan ketika melepak!

Kadang-kadang main board game dapat memupuk semangat kawan lebih mendalamPhoto from gamesever

Jangan risau, setiap satu mempunyai keunikkan dan cara bermain tersendiri yang sangat berbeza menjadikkan setiap sesi lebih bermakna.

Board Game Paling Popular, Monopoly!

Antara board game paling popular dan terkenalPhoto from Pinterest

Dari umur muda setiap orang di antara kita pasti pernah main dan dengar pasal permainan Monpoly kan? Ia merupakan antara permainan paling popular dan lama kerana menggabungkan pelbagai aspek strategi yang menyeronokkan.

Dicipta oleh Charles Darrow semasa Zaman Kemelesatan pada awal 1930-an. Monopoly menjadi board game paling popular dan kekal sepanjang zaman mengajar pemain tentang pengurusan wang sepanjang tempoh bermain.

Mudah sahaja cara main dia. Korang perlu beli, jual dan memperdagangkan hartanah dengan matlamat untuk mufliskan kawan korang! Papannya dipenuhi dengan bandar berwarna-warni untuk menarik perhatian korang melalui visual.

Setiap pemain bermula dengan jumlah wang ditetapkan dan membuat keputusan membeli atau menjual pada setiap giliran untuk menentukan kejayaan atau kegagalan kewangan korang. Nampak mudah bukan?

Keindahan Monopoly terletak pada fokusnya iaitu pemerolehan hartanah. Korang akan bersaing untuk memilik hartanah supaya dapat meningkatkan jumlah wang untuk mengalahkan kawan korang.

Monopoly mengajar kita tentang pengurusan wang dan hartanah sangat bagus untuk hidup!Photo from Pinterest

Selain itu, terdapat pelbagai aspek serta elemen strategi dan pengurusan yang dapat tingkatkan kualiti permainan bagi memastikan setiap sesi akan menjadi lebih menarik daripada sebelumnya.

Inginkan Sebuah Adventure, Main Dungeons&Dragons

D&D lebih dari permainan, iannya sebuah pengembaraanPhoto from The Hollywood Reporter

Korang pernah tak melepak berborak alangkah indahnya dapat lakukan sebuah pengembaraan seperti dalam filem hollywood atau dunia fantasi di mana korang merupakan watak utama yang perlu menyelamatkan dunia?

Mungkin Dungeons & Dragons (D&D) adalah permainan untuk korang. Ia adalah portal kepada alam kreativit, penceritaan untuk korang ajak kawan-kawan main bersama. Dicipta oleh Gary Gygax dan Dave Arneson pada 1974, D&D menjadi kegemaran setiap orang yang mencubanya.

D&D amat berbeza daripada board games yang korang biasa main kerana korang dan rakan-rakan perlu berkerjasama untuk mencipta dan meneroka dunia fantasi yang dicipta oleh korang sendiri jugak tau.

Cara bermainya adalah seorang pemain dikenali sebagai Dungeon Master (DM) berfungsi sebagai pencerita dan pengadil membimbing naratif dan mengawal dunia. Manakala, pemain akan memainkan peranan sebagai pengembara dalam dunia ini.

Korang akan mencipta watak masing-masing lengkap dengan kebolehan, latar belakang dan penambahan yang unik sahaja. Dunia fantasi pula tidak terhad kerana korang dapat meneroka apa jua situasi yang sentiasa berkembang.

Korang adalah watak dalam cerita yang korang cipta untuk menikmati sebuah pengembaraan bersamaPhoto from Dungeons & Dragons

Fleksibiliti D&D dan kreativitinya akan memberikan korang sebuah aktiviti yang dipenuhi dengan pelbagai tugasan, penceritaan dan pengembaraan yang mungkin takkan habis pun. Boleh ambil masa berjam-jam tau.

Selesaikan Sebuah Misteri Di Cluedo

Siapakah pembunuh itu? Bagaimana korang nak selesaikan kes ini!Photo from Nerdist

Bayangkan korang perlu menyelesaikan sebuah misteri pembunuhan dan mencari pembunuhnya. Apakah taktik, strategi dan kaedah yang korang akna lakukan supaya korang berjaya mencari jalan penyelesaian sebelum rakan korang.

Itulah board game dikenali sebagai Cluedo yang menggabungkan unsur strategi dan misteri untuk mencipta pengalaman yang mendebarkan kepada setiap pemain. Hasil idea daripada Anthony E. Pratt pada tahun 1943.

Cluedo memberikan pemain memegang peranan pelbagai watak dengan latar belakang tersendiri. Setiap pemain perlu menyelesaikan misteri pembunuhan yang berlaku dengan mendedahkan pembunuh, senjata yang digunakan dan bilik tempat jenayah dilakukan.

Setiap giliran pemain perlu mencari petunjuk dalam setiap bilik sambil melakukan andaian. Mungkin kawan korang akan mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan kes ni keseronokannya bermula dengan tuduhan.

Tuduhan dilakukan apabila pemain mengumpul maklumat dan mencadangkan kombinasi suspek, senjata dan bilik! Korang boleh berkerjasama dengan menerima maklum balas atau berkongsi maklumat.

Memerlukan kemahiran berfikir dengan tajam dan pantas untuk selesaikan permainan iniPhoto from Clue Board Game Room

Atau korang ingikan bergerak solo dan selesaikan kes ini dengan cara sendiri pun tiada masalah! Cluedo takkan menghalang cara bermain korang dan itulah keunikkannya berbanding board game lain.

Berlumba Untuk Menang, Ticket to Ride

Berlumba dan bersaing bersama kawan untuk membina laluan kereta api!Photo from Ticket To Ride Board Game

Direka oleh Alan R. Moon pada tahun 2004, Ticket To Ride merupakan antara board game moden paling popular kerana bukan sahaja memberikan keseronokan tetapi menyediakan sebuah permainan yang memerlukan strategi yang mendalam.

Peraturan board game ini sangat mudah tetapi masih menarik dan boleh diulang berkali-kali bersama kawan tanpa rasa jemu pun. Ticket to Ride pula sesuai untuk setiap peringkat umur dan bergantung pada tahap kemahiran korang.

Kereta api merupakan tema permainan ini, korang perlu membina laluan kereta api merentasi beberapa lokasi. Objektifnya mudah, korang perlu hubungakan satu lokasi ke lokasi bergantung pada tiket destinasi korang mengikut warna.

Sebelum membina laluan, korang perlu mengumpul kad warna yang ada pada laluan dan gerabak kereta api sama warna untuk membolehkan korang membinanya. Lagi panjang destinasi laluan lagi banyak mata korang boleh menang.

Strateginya terletak pada pilihan korang, adakah korang ambil tiket destinasi panjang untuk mendapat mata banyak atau memilih destinasi pendek untuk mengumpul jumlah mata untuk menang permainan ini.

Setiap strategi yang korang fikirkan haruslah pantas dan perlu berubah mengikut situasi kerana setiap laluan adalah terhad tau. Korang perlu berebut dan mencari pelbagai laluan untuk mencapai destinasi korang itu!

Apakah strategi yang korang akan gunakan untuk menang permainan ini?Photo from Dicebreaker

Dari situlah keseronokkan dapat dipupuk melalui semangat kompetitif antara kawan-kawan yang ingin membina laluan mereka secepat mungkin untuk menang permainan ini!

Sebenarnya Seronok Je Main Board Game Ni

Haa.. macam mana dengan rekomen Min? Ada yang menarik perhatian korang sehingga ingin bermain bersama kawan pada hujung minggu. Mungkin ini adalah salah satu cara korang dapat menikmati masa yang lebih bermakna.

Serta dapat tingkatkan hubungan lebih rapat dan mesra tau kerana daripada sesi bermain sahaja korang dapat mengenali aspek rakan korang yang berlainan tau. Selain itu, korang juga dapat mengajar diri dengan menajamkan pemikiran.

Board game ini memerlukan strategi yang tepat untuk menang dan semangat kompetitif inilah dapat mencipta pengalaman dan memori yang sukar dilupakan kerana dipenuhi dengan kenangan manis.

Mungkin korang suka baca ini:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok