5 Warna Rambut Cantik Diinspirasikan Oleh Artis Korea
Bukan mudah untuk memilih warna rambut baru yang sesuai dengan diri kita kerana ia dapat mengubah keseleruhan penampilan kita. Sebab itulah semakin ramai lelaki dan wanita mula mewarnakan rambut nak nampak iras macam artis Korea Selatan!
Biasalah kita selepas tengok K-drama atau dengar lagu baru, mesti banyak warna dan gaya rambut baru yang sangat cantik sehingga menjadi satu fashion statement! Haa.. sudah menjadi kebiasaan bahawa kita mula mengambil inspirasi dari artis mereka.
Dari segala aspek gaya hidup seperti fesyen, kecantikkan, gaya hidup dan warna rambut! Ada pelbagai warna yang pasti akan kelihatan sesuai dengan kita. Memang sukar untuk dinafikan bahawa orang Korea memang pandai mencipta trend-trend baru.
Dari warna coklat sehingga ke warna-warna berani seperti biru, hijau atau merah. Kreativiti adalah teras dalam industri kecantikkan mereka. Disebabkan itulah kita dapat melihat pelbagai warna yang berbeza 10 tahun yang lepas.
Selain itu, mereka juga berjaya menghasilkan warna yang mempunyai pelbagai tona warna untuk memberikan lebih personaliti berbanding hanya satu warna sahaja. Haa.. mungkin sebab kita mudah terjatuh hati melihat mereka?
Photo from Pinterest
Oleh itu, apa kata korang baca sampai habis untuk melihat trend warna rambut yang korang boleh cuba untuk tingkatkan gaya dan penampilan korang. Jom!
Milk Tea Hair Colour
Photo from Pinterest
Antara warna yang paling trendy sekarang ini adalah warna milk tea yang dikatakan mengambil inspirasi dari teh susu boba yang menjadi kegilaan orang ramai masa kini. Warna rambut ini menjadi popular kerana kompleksitinya menghasilkan rupa yang cantik tau.
Warna teh susu bukanlah melekat pada satu asas warna sahaja. Ia merupakan campuran warna dan mengikut piliihan korang, ia akan berubah tau! Campurna tona warna ashy blond, grey dan blond adalah kombinasi asas.
Selain itu warna ini akan berubah menjadi lebih kelabu ataupun susu mengikut campuran korang tau menjadikannya pilihan yang bagus untuk hampir semua warna kulit dan gabungan pelbagai tona warna turut menghasilkan rupa yang sejuk melihatnya!
Photo from Pinterest
Sangat ideal untuk dicuba kalau korang tengah buntu dan mula bosan dengan tona warna blond, brown atau grey
Khaki Brown
Photo from Pinterest
Dalam dunia warna rambut memang tak sah kalau tiada tona coklat kan? Haa.. apa kata kalini korang cuba warna Khaki Brown yang juga dikenali sebagai coklat zaitun. Menurut hairstylist di Korea, Mujin Choi. Dia sering mencadangkan warna rambut ini kepada pelangganya.
Artist seperti Bangtan Boys (BTS), Aespa banyak menggunakan warna ini kerana keserasian bersama kulit mereka. Warna ini juga dapat tingkatkan 'kesan' kulit kaca yang menjadi kegilaan orang Korea masa kini.
Selain itu, kerana kulit kita akan kelihatan pucat dan kuning kerana tona coklat mempunyai warna merah. Jika digantikkan dengan sedikit warna hijau pada tona coklat. Ia dapat memberikan wajah kita kelihat lebih cerah dan ceria tau!
Beige Blonde
Photo from allure
Siapa je tak suka warna blonde betul tak? Antara pilihan warna paling popular kerana ia membuatkan korang kelihatan berani, cantik tetapi masih lembut dan ayu. Kalau korang nak tahu, warna ini juga semakin popular di bandar Seoul.
Berbeza daripada warna blonde asli, beige blonde adalah campuran warna menghasilkan warna seakan air susu kuning atau air kuning daun maple. Ada sedikit tona warna kuning, kelabu dan hijau bercampur dengan warna perang tau!
Ia mungkin sedikit eccentric namun masih memberikan rupa yang lembut dan kompleks serta kelihatan semula jadi tanpa kelihatan kasar pun. Cuma korang perlu rajin pakai terapi untuk pasitkan rambut tidak kelihatan kering.
Ultimate Grey
Photo from Pinterest
Mungkin korang inginkan sebuah makeover baru untuk mengubah gaya, rupa serta personaliti baru! Korang dah penat dengan gaya sekarang dan inginkan sedikit pembaruan dalam imej korang.
Haa.. apa kata korang pilih warna ultimate grey yang dipilih sebagai Warna Terbaik Tahun 2021. Warna ini terhasil daripada tona ashy grey dan tidak membuatkan rupa korang nampak tenggelam tau. Ia masih dapat menunjukkan tona warna memberikan sedikit rasa!
Namun, ia bergantung pada penggayaan korang juga tau tetapi sesuai untuk korang yang ingin bereksperimen dengan warna baharu dan mengubah aesthetic korang menjadi serba baru.
Ash Violet
Photo from Pinterest
Kemungkinan korang tengah berhadapan situasi di mana korang dah cuba semua tona warna yang Min rekomenkan dan inginkan sedikit warna baru yang sangat berbeza tetapi masih lembut dan tidak terlalu berani.
Haa.. apa kaa korang tukar ke warna ash violet pula? menggunakan tona warna ungu semakin popular di Korea tahun ini. Hanni dari NewJeans dilihat menggayakan warna ini menghasilkan rupa yang comel, elegance dan matang!
Selain itu, rambut hitam secara semula jadi mempunyai warna kuning selepas bleaching. Menggunakan tona ash violet ia dapat menghalang warna kuning itu menjadi pudar dan melengkapkan warna semulajadi rambut korang tau! Ia juga akan membuatkan rambut menjadi lebih cantik.
Photo from Pinterest
Korang akan pilih mana satu? Tetapi ingat gunakan kaedah bleaching kalau warna rambut korang gelap dan jangan lupa untuk menggunakan perapi dan hair treatment untuk memastikan rambut korang kekal sihat dan tidak kelihatan kering atau terbakar kerana mewarnakan rambut!
Korang mungkin suka baca ini:
❤️ Rambut Putih Pada Usia Muda: Penyebab dan Cara MenanganinyaRambut Putih Pada Usia Muda: Penyebab dan Cara Menanganinya | Jom Explore
❤️ Tips untuk Mencegah Rambut Kusut & Mencapai Rambut Cantik yang Menawan | Jom Explore