download Jom Explore app
Melihat Kecantikkan Dunia Dengan Sa Sa! Dapatkan Cenderamata Kecantikan Sa Sa Dari Seluruh Dunia

Melihat Kecantikkan Dunia Dengan Sa Sa! Dapatkan Cenderamata Kecantikan Sa Sa Dari Seluruh Dunia

Lifestyle Kecantikan
By Muhammad Aliff on 29 Aug 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Antara nikmat dalam dunia ni adalah dapat travel ke seluruh dunia untuk melihat keindahan yang ditawarkan oleh setiap negara. Kita pasti ada angan-angan apabila melihat kecantikkan sebuah negara yang sukar untuk digambarkan melalui gambar sahaja. Namun, korang tahu tak dengan Sa Sa Malaysia pun korang boleh travel melihat kecantikkan dunia jugak tau!

Biar betul Min bermain dalam buah fikiran korang kan? Haa.. kalau korang nak tau Sa Sa Malaysia mempunyai pelbagai produk kecantikkan dari pelbagai negara tau! Setiap produk ini memberi pengalaman kecantikkan tempat tersebut supaya dapat merasai kebaikan produk dan negara tersebut.

Biasalah, siapa je tak teringin nak travel dan bercuti ke merata tempat kan? Kadang kala kita sanggup ikat perut untuk menyimpan dalam tabung untuk pergi berjalan-jalan menghilangkan stress dan healing dekat negara luar menikmati pengalaman yang susah untuk dilupakan.

Namun, korang tahu tak kalau berjalan di negara orang ni korang memerlukan produk yang betul untuk memastikan kecantikkan kulit korang tidak terjejas. Sayanglah, kalau dah sampai ke destinasi percutian tapi kulit kelihatan kusam habis hancur gambar kita nanti.

Jom Travel Ke Dunia Dengan SaSaPhoto from Pinterest

Apa kata, apa kata korang baca sampai habis untuk ketahui negara yang sesuai untuk dijadikan destinasi bercuti dan mengenali kecantikkan negara itu. Jom!

Negara K-pop, K-Beauty & K-Drama, Korea Selatan!

Face Mask Memang Popular Di Korea Selatan & Korang Boleh Dapatkan Face Mask BT21 Dari SaSa!Photo from JomExplore

Sekarang ni kalau sebut sahaja nak bercuti ke Korea Selatan memang berlumba-lumba orang kita nak pergi ke sana! Maklumlah, negara itu memang terkenal dengan landskap romantik dan artis-artis yang mempunyai paras rupa sangat menawan.

Selain itu, negara ini juga terkenal dengan pelbagai teknik dan cara untuk mendapat rupa yang sangat cantik! Ia dikenali sebagai K-beauty yang memberi penekanan untuk mendapatkan kulit sempurna dan cerah menggunakan rutin pelbagai langkah.

Memandangkan demam K-pop ni memang tinggi dalam negara kita, korang boleh beli produk seperti facemask, pencuci muka dan pelembap untuk kawan-kawan yang minat segalanya tentang Korea!

Face Mask Memang Sesuai Jadikan Hadiah!Photo from JomExplore

 

Jangan Lupa Kalau Bercuti Bawa Sunscreen Yang Korang Boleh Beli Kat Sa Sa!Photo from JomExplore

Tetapi, kalau korang terlupa nak belikan souvenir jangan risau, dekat Sa Sa Malaysia pun ada produk dari Korea Selatan seperti BT21, CYBER COLORS, Cell Fusion C yang sesuai untuk dijadikan buah tangan

Negara Eropah Cantik Seperti Dalam Dunia Fantasi

Negara Di Benua Eropah Macam Switzerland Memang Terkenal Dengan Menghasilkan Produk Kecantikan BerkualitiPhoto from JomExplore

Selain daripada bercuti di negara Asia, semua orang pasti mendambakan percutian di negara-negara Eropah kan? Maklumlah, bukan satu je negara Eropah yang cantik. Memang banyak sangat negara Eropah yang mempunyai pemandangan cantik macam duduk dalam dunia fantasi.

Tetapi jangan lupa untuk beli wangian-wangian dari jenama Tous yang dapat menarik perhatian pasangan korang kerana mempunyai bau manis yang sangat menarik! Korang boleh dapatkannya di Sa Sa Malaysia tau.

Bukan itu je, jangan lupa untuk singgah ke negara Switzerland yang terkenal dengan pemandangan yang memukau dengan inovasi kejuruteraan seperti jam tangan mewah! Memang rugi kalau korang tak singgah ke Switzerland kerana korang boleh menikmati landskap yang sungguh menakjubkan tau.

Namun, korang tahu tak Switzerland pun pakar dalam menghasilkan produk kecantikan tau. Jenama seperti Methode Swiss menawarkan pelbagai produk kecantikan yang dapat meningkatkan tahap kesihatan kulit korang tau!

Produk Seperti MethodeSwiss Boleh Korang Beli Di Sa Sa Untuk Menikmati Pengalaman Seperti Di EropahPhoto from JomExplore

Haa.. kalau korang nak tahu produk-produk dari Eropah pun Sa Sa Malaysia ada jual tau! Memang sesuai untuk bawa ketika korang bercuti ke Eropah ataupun menghadiahkan kepada kawan-kawan.

Apa Kata Kita Buat Roadtrip Ke Amerika Syarikat Pulak!

Makeup Daripada Moira Seperti Jurnal Sesuai Untuk Dibawa Kalau Korang Pergi Roadtrip Ke Amerika SyarikatPhoto from JomExplore

Amerika Syarikat memang terkenal sebagai sebuah negara besar yang mempunyai pelbagai tarikan sampai korang kena tambah cuti semata-mata untuk pusing satu negara ini. Lagi berbaloi kalau korang buat roadtrip baru puas hati.

Jenama Moira yang dihasilkan di Amerika Syarikat pun akan mengubah hidup korang menjadi seorang bintang filem Hollywood tau! Jenama ini menghasilkan pelbagai produk kecantikan yang akan mengubah hidup korang.

Psst.. takyah pergi jauh-jauh sampai ke Amerika Syarikat pun untuk dapatkan produk ini. Korang boleh beli je dekat Sa Sa Malaysia dan jadi lebih cantik!

Kalau Pergi Bercuti Jangan Lupa Untuk Bawa Minyak Wangi!

Takkan Lah Tak Bawak Perfume Kan? Korang Boleh Beli Perfume Di Sa Sa!Photo from JomExplore

Haa.. takkan lah pergi mana-mana tak pakai minyak wangi kan? Mestilah kita nak kelihatan bersih, bergaya dan wangi jugak tau! Ini kerana penampilan menceritakan personaliti kita. Kalau kita berpeluang berjumpa dan berkenalan dengan orang baru, bau wangi pasti akan meninggalkan kesan kepada orang tersebut.

Kalau korang nak tau, kadang kala ada beberapa minyak wangi akan sesuai dengan gaya hidup dan personaliti kita. Kalau korang seorang lelaki maskulin, macho seperti seorang bad boy apa kata korang pilih minyak wangi dari jenama Scalpers The Club

Wangian ini sangat sesuai untuk lelaki muda tau dan korang boleh dapatkan hanya di Sa Sa Malaysia tau! Untuk perempuan pula, Min rekomen korang Royal Style dari Princess Marina De Bourbon yang mempunyai bau-bau floral seperti seorang permaisuri dari negara Eropah.

Perfume Memang Penting Untuk Memastikan Pengalaman Korang Ditambah Baik Dengan Wangian Yang WangiPhoto from JomExplore

Haa.. mana lagi nak dapat kalau bukan di Sa Sa Malaysia. Jom terokai Sa Sa atau korang boleh pergi je ke laman web mereka untuk mendapatkan pelbagai produk eksklusif yang sesuai dijadikan buah tangan tau. 

Selain itu, tingkatkan kesihatan kulit korang dan jadi lebih cantik dengan menggunakan produk dari negara Korea, Eropah dan Amerika Syarikat! Lagi seronok kalau korang dapat travel bercuti di sana.

Jom serbu Sa Sa sekarang!

Korang mungkin suka baca ini:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok