download Jom Explore app
Peraturan & Etika Wajib Dipatuhi Di Gim!

Peraturan & Etika Wajib Dipatuhi Di Gim!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 10 Aug 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Pergi ke gim untuk kali pertama boleh menakutkan bagi seorang beginner. Persekitaran kelihatan huru-hara dipenuhi dengan pelbagai pengunjung gim yang berpengalaman mungkin membuatkan korang sedikit culture shock. Namun, sebalik kekecohan terdapat peraturan yang tidak ditulis yang patut korang ambil tahu sebagai beginner!

Min masih ingat kali pertama melangkah masuk ke dalam gim. Lagu kuat yang dimainkan di speaker dipenuhi dengan bunyi sorakan, percakapan serta bunyi besi memenuhi persekitaran gim tersebut.

Tidak dapat dinafikan waktu itu, suasana sebegitu memang nampak menakutkan sebagai seorang yang baru sahaja bermula perjalanan untuk mendapatkan badan idaman. Namun, selepas beberapa minggu, suasana tersebut daripada menakutkan menjadi kegembiraan tau!

Haa.. untuk korang yang biasa sangat pergi ke gim ni pasti faham apa yang Min maksudkan. Maklumlah, suasana huru-hara dengan besi barbel dilemparkan memang gerun untuk seorang beginner sebab itulah korang kena belajar beberapa adab asas untuk memastikan suasana di gim kekal positif dan korang diterima oleh pengunjung yang lain tau.

Ini kerana, perjalanan korang akan lebih bermakna dan seronok jika persekitaran lebih menyeronokkan. Cara untuk kekalkan persekitaran positif? Korang perlu memahami bagaimana untuk mengemudi persekitaran gim dengan yakin dan menghormati pengunjung lain yang turut menjalani perjalanan yang sama macam korang.

Gim Merupakan Sebuah Tempat Yang Menakutkan Dan MenyeronokkanPhoto from Pinterest

Jangan risau, peraturan ini mudah sahaja untuk memahami dan akan memberikan impak besar sebagai seorang beginner yang baru sahaja bermula perjalanan dalam dunia gim. Jom tengok apakah peraturan tersebut!

1. Kemas Setiap Kali Selepas Guna!

Selepas Guna Peralatan Wajib Kemas Balik!Photo from Pinterest

Ini adalah peraturan adab paling penting dan perlu diterapkan sebagai seorang beginner. Jangan tinggalkan peralatan berselerak selepas korang guna. Selepas korang guna apa-apa peralatan, letakkan dan kemas semula.

Kegagalan untuk mengikut peraturan ini akan menyusahkan orang sekeliling atau seterusnya yang ingin menggunakannya tetapi ia juga bahaya tau kerana peralatan seperti dumbbells boleh tersandung dengan mudah. Jangan jadikan satu kebiasaan untuk membiarkan persekitaran gim bersepah.

Selain itu, pastikan korang letak semula pada tempat korang ambil dengan betul. Ini akan memudahkan orang lain untuk mencari berat ataupun peralatan yang mereka inginkan daripada membazirkan masa mereka berkeliaran mencari peralatan yang telah tersalah letak.

Seterusnya jika korang memuatkan barbell dengan plat pemberat, sentiasa tanggalkan bar sepenuhnya dan kemaskan semula plat pemberat tersebut ke tempat asal.

2. Jangan Bersikap Tamak Dengan Peralatan

Janganlah Tamak Dan Guna Peralatan Untuk Korang JePhoto from Pinterest

Ia tidak begitu teruk apabila gim korang tidak ramai orang ataupun kosong, tetapi apabila dipenuhi dengan orang yang menunggu untuk menggunakan mesin dan peralatan, habiskan rutin korang dan teruskan. Jangan bersikap tamak dan simpan peralatan untuk korang tau! Ini akan membuatkan korang dibenci oleh setiap orang di gim.

3. Pelan Rutin Workout Korang Tau

Pelan Rutin Korang Untuk Jimat Masa!Photo from healthline

Sebagai seorang beginner korang perlu ketahui rutin asas supaya masa korang tidak terbuang begitu sahaja dalam gim. Untuk lebih memudahkan proses ini, pelan rutin workout sebelum pergi ke gim. Ambil tahu beberapa perkara yang patut korang lakukan sebelum korang mulakan akan menjimatkan banyak masa tau.

Selain itu, ini akan menjadikan latihan korang berjalan lebih cepat berbanding korang mundar-mandir mencuba semua peralatan yang ada dalam gim korang. Tambahan pula, kini semakin banyak rutin mudah untuk seorang beginner untuk korang guna dan belajar boleh didapatkan dalam internet dengan mudah.

Seterusnya, jangan takut untuk bertanya orang lebih pengalaman jika terdapat beberapa perkara korang sangsi dalam rutin korang tau.

4. Pastikan Korang Berikan Ruang Secukupnya

Pastikan Korang Bagi Ruang Yang Secukupnya Dekat GimPhoto from muscle & fitness

Selalunya gim ni sentiasa penuh terutamanya selepas waktu bekerja. Walau bagaimanapun, tak kisalah ramai orang macam mana pun korang patut berusaha untuk menghormati ruang peribadi setiap orang.

Bersenam dalam jarak terlampau dekat dengan orang yang tidak dikenali bukan sahaja tidak selesa malah juga berbahaya kerana korang akan melakukan senaman yang berbeza dan jika berlanggar akan mengakibatkan kecederaan parah untuk korang berdua.

Kemudian, sentiasa berhati-hati untuk memberi ruang yang cukup kepada orang ramai semasa mereka bersenam. Elakkan berlegar berhampiran peralatan kerana dapat mengganggu orang lain jugak tau.

Korang perlulah berbudi bahasa kepada atlet lain tetapi elakkan memulakan perbualan yang akan membuatkan masa terbuang begitu sahaja. Ramai individu pergi ke gim untuk bersenam selepas hari yang panjang dan interaksi dengan orang yang tidak dikenali bukanlah satu perkara yang ramai suka.

5. Jadilah Fleksibel Dalam Rutin Korang!

Belajar Jadi Fleksibel!Photo from Eat This Not That

Peralatan yang korang ingin guna dipakai oleh orang lain? Daripada korang berlegar dari orang yang menggunakannya. Korang dapat menjimatkan masa dan mengelakkan situasi ini dengan menjadi fleksibel tau. Tak salah untuk dahulukan senaman lain jika salah satu perlatan yang ingin digunakan penuh dengan orang tau!

Korang pun boleh bertanya jika ingin menggunakan peralatan tersebut. Namun, daripada korang membazirkan masa dengan menunggu lebih baik korang manfaatkan masa dengan melakukan senaman lain.

6. Bawa Tuala Dan Bersihkan Perlatan Selepas Guna

Bawa Tuala Korang Dan Sentiasa Lap Selepas GunaPhoto from Healthline

Dalam banyak-banyak barang yang perlu dibawa ke gim, barang paling penting adalah tuala korang sendiri tau. Ini mungkin kelihatan seperti perkara remeh tetapi apabila kita bersenam, kita sedia maklum kita akan mengeluarkan peluh yang banyak dan peluh tersebut akan meninggalkan kesan di peralatan.

Peluh itu pula dipenuhi dengan bakteria dan kekotoran. Haa.. kerana itulah korang perlu membawa tuala sendiri dan bersihkan setiap peralatan selepas sahaja korang guna tau untuk memastikan tiada kekotoran dan peralatan dalam keadaan bersih.

Tiada siapa suka untuk menggunakan perlatan yang kotor dan dipenuhi dengan kesan peluh orang lain, korang pun tak suka kan? Jadi, mari kita bersihkan setiap peralatan selepas guna.

Kesimpulannya, sebagai seorang beginner ini adalah peraturan yang perlu diterapkan sebaik korang melangkah masuk ke dalam gim. Mengamalkan peraturan ini sangat bagus untuk memastikan persekitaran gim korang kekal ceria dan positif tau serta dapat mewujudkan sebuah suasana yang positif bagus untuk korang dan orang lain juga!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok