download Jom Explore app
Rutin Penjagaan Kulit 10 Langkah Untuk Kekal Cantik!

Rutin Penjagaan Kulit 10 Langkah Untuk Kekal Cantik!

Kecantikan
By Muhammad Aliff on 28 Jul 2023
Digital Editor

Kalau lihat artis Korea Selatan perkara pertama yang akan kita perasan adalah wajah yang cantik malah berseri lagi! Apa rahsia mereka sebenarnya yang membuatkan wajah kelihatan sungguh cantik, lembap dan awet muda. Haa.. korang pernah dengar Rutin Penjagaan Kulit 10 Langkah Korea?

Apa itu Rutin Penjagaan Kulit 10 Langkah Korea bermain dalam akal fikiran korang betul tak? Kebelakangan ini, Korea Selatan telah menjadi ketua dalam dunia kecantikan yang menunjukkan ramai rakyat mereka baik artis ataupun tidak mempunyai kulit yang sempurna, berseri dan awet muda.

Penghidratan adalah faktor paling penting bagi kebanyakan orang Korea Selatan kerana ia membantu dalam melawan masalah anti-penuaan dan masalah kulit lain seperti kulit kendur dan hiperpigmentasi.

Oleh itu, rutin komprehensif ini merupakan salah satu rutin wajib bagi orang Korea Selatan yang mendapat populariti kerana fokusnya terhadap penghidratan, khasiat serta pendekatan lembut terhadapt penjagaan kulit.

Rutin ini juga bagus adalah ia dapat mengekalkan tahap kelembapan yang tinggi sepanjang hari tau kerana setiap langkah akan menyumbang kepada faktor kulit korang terasa lebih muda, sihat dan lebih berseri dari dalam ke luar.

Penghidratan adalah faktor paling penting bagi kebanyakan orang Korea Selatan kerana ia membantu dalam melawan masalah anti-penuaan dan masalah kulit lain seperti kulit kendur dan hiperpigmentasi.

Artis Korea Memang Cantik Dengan Menggunakan Rutin IniPhoto from Pinterest

Sebab itulah, dalam kalangan wanita iannya sangat popular tau kerana ia memberi kesan yang sebenar serta telah terbukti dengan hasil tau. Haa.. apa kata kalini korang belajar bagaimana nak lakukan rutin 10 langkah ini yang baik perempuan dan lelaki pun boleh manfaatkan. Jom!

Langkah 1: Oil Cleanser

Langkah Pertama Menggunakan Oil CleanserPhoto from Pinterest

Langkah pertama dalam rutin ini adalah dengan membersihkan muka korang tau. Kalau korang pakai solekan, kita kena buang solekan dan kekotoran menggunakan pembersih berasaskan minyak.

Ini berkesan kerana membersihkan kotoran berasaskan minyak termasulah krim pelindung matahari dan produk solek tanpa menghilangkan minyak semula jadi kulit.

Pastikan korang urut dengan perlahan-lahan pada muka dan leher dan jangan berkasar dengna muka korang tau. Ini akan membantu dengan peredaran darah kepada seluruh muka. Akhir sekali, gunakan air suam untuk membersihkan muka korang.

Selalunya mengandungi kaya dengan emolien, ia menyediakan kulit korang untuk membersih menyeluruh dalam langkah seterusnya.

Langkah 2: Water Cleanser

Rutin Ini Memerlukan Pencucian Muka BergandaPhoto from Pinterest

Kalau korang nak tahu dalam rutin ini korang perlu membasuh muka secara berganda tau. Tujuannya untuk mengeluarkan sebarang sisa dan kotoran yang tertinggal daripada pembersih minyak korang tau.

Selepas menggunakan oil cleanserwater cleanser digunakan untuk menghilangkan kekotoran berasaskan seperti peluh dan kotoran tau. Kaedah iniakan memastikan penyingkiran menyeluruh semua kotorang menjadikan kulit lebih segar dan bersih tau.

Kaedah pembersih berganda juga akan memastikan kulit muka korang dapat menyerap semua manfaat daripada produk penjagaan kulit korang. Selain itu, water cleanser akan mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit korang tau.

Bukan itu je, elakkan menggosok muka dalam gerak ke atas dan ke bawah kerana ia akan mengurangkan ketegasan kulit korang.

Langkah 3: Exfoliation

Exfoliate Penting Untuk Tingkatkan Pembaharuan Sel-Sel BaruPhoto from Pinterest

Exfoliation adalah penting dalam rutin penjagaan kulit Korea Selatan untuk membuang sel kulit mati dan menggalakkan penaikkan sel baru. Menggunakan produk pengelupasan ringan ataupun scrub lembut. Langkah ini akan membuatkan kulit yang lebih licin tau.

Ia juga akan meningkatkan penyerapan produk dan mengurangkan penampilan cela dan tona kulit yang tidak sekata. Tetapi, korang kena ingat exfoliation perlu dihadkan kepada 2-3 kali seminggu untuk mengelakkan pengelupasan berlebihan yang boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif.

Exfoliation penting untuk memastikan pori-pori korang bersih dan membuatnya kelihatan lebih kecil. Jika korang mempunyai kulit kering pastikan korang fokus pada langkah ini untuk memastikan sel-sel mati dibuang dan dapat menghapuskan masalah kulit kusam.

Langkah 4: Toner

Titiskan Toner Sebagai Langkah SeterusnyaPhoto from Pinterest

Toner adalah langkah penting dalam rutin ini tau kerana ia berfungsi untuk mengimbangi semula tahap pH kulit selepas langkah pembersihan tau. Ini kerana membersih muka mempunyai pH yang berbeza daripada pH semual jadi kulit korang.

Kulit korang akan mungkin terasa sedikit kering dan tegang selepas langkah pembersihan. Cleanser biasanya mengandungi sedikit alkaline untuk memastikan kotoran dapat dibersihkan sepenuhnya.

Menggunakan Toner akan mengimbangi tahap pH kulit korang dan mewujudkan penghalang untuk memastikan kulit licin dan dilindungi tau. Ini untuk memastikan segala sisa kotorang dapat dikeluarkan dengan sepenuhnya.

Langkah 5: Essence

Essence Penting Untuk Kekalkan Nutrient Di MukaPhoto from Pinterest

Langkah menggunakan essence penting untuk menghidrat, membaiki dan merangsang pertumbuhan sel baru tau. Ia akan melembutkan, mencerahkan dan menegangkan kulit korang sambil mengurangkan kedutan kulit.

Kerana konsistensinya yang berair, ia mempunyai tekstur yang lebih ringan daripada serum. Ia diperkaya dengan bahan aktif seperti niacinamide dan mucin siput, pati menggalakkan kulit yang lebih cerah dan gebu.

Titiskan pada kulit sedikit untuk membolehkan penyerapan yang lebih baik dan meningkatkan keberkesanan produk lain.

Langkah 6: Serums and Ampoules

Serum Digunakan Untuk Menambah Khasiat Pada MukaPhoto from Pinterest

Serums dan Ampoules adalah pati pekat yang direka untuk merawat masalah kulit yang paling korang risaukan. Langkah in dianggap sebagai langkah menyempurnakan kulit oleh wanita Korea Selatan tau.

Serum mengandungi bahan yang fokus untuk melawan satu atau lebih masalah kulit seperti kulit kusam, jerawat, pigmentasi, liang besar ataupun kedutan. Ia sering digunakan untuk merawat pada satu tempat.

Selalunya mengandungi bahan seperti vitamin C, peptides dan hyaluronic acid untuk meresap kedalam kulit korang untuk menyelesaikan segala masalah kulit tau.

Bergantung pada jenis kulit, sapu serum selepas menggunakan toner atau essence. Titiskan secara lembut pada kulit dan tunggu beberapa minit sebelum menggunakan pelembap.

Langkah 7: Sheet Masks

Sheet Masks Amat Penting Untuk Manjakan Diri KorangPhoto from Pinterest

Salah satu produk popular adalah Sheet Masks yang sering digunakan untuk memanjakan kulit korang dengan mudah. Ia dibentuk untuk mengikut bentuk muka dan direndam dalam bahan aktif yang terdapat dalam essence.

Kenapa sheet masks digunakan adalah ia akan menyimpan nutrien dekat muka dan menghalang bahan aktif daripada tersejat tau. Kesannya akan membuatkan kulit korang lebih terhidrat dan bercahaya serta lebih cerah dan lembut dengan penampilan seperti garis-gairs halus lebih berkurangan.

Langkah betul untuk menggunakan sheet masks selama 20-30 minit. Gunakan essence atau serum tambahan sebelum memakai topeng korang tau. Gunakan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu.

Memandangkan negara kita ni panas, korang boleh simpan topen lembaran di dalam peti sejuk sebelum menggunakkannya pada hari panas untuk menambah kesan penyejukan tambahan tau.

Langkah 8: Eye Cream

Eye Cream Bagus Untuk Hilangkan Muka Kusam Di Sekeliling MataPhoto from Pinterest

Kulit halus di sekeliling mata juga perlu diberi perhatian khusus tau. Kita sering kali lihat kulit nipis dan halus di sekeliling mata akan kelihatan kusam dan gelap membuatkan muka kita kurang bermaya lagi-lagi kalau kita kurang tidur kan?

Haa.. sebab itu korang sangat memerlukan eye cream yang diformulasikan untuk menghidrat, mengurangkan bengkak dan mengurangkan lingkaran hitam. Penggunaan eye cream dengan kerap membantu untuk mengekalkan penampilan lebih muda tau!

Langkah 9: Moisturizer

Moisturizer Penting Untuk Kekalkan Kehidratan Pada MukaPhoto from Pinterest

Moisturizer sangat penting untuk melengkapkan semua langkah lapisan penjagaan kulit sebelum ini dan menyediakan penghalang pelindung. Bergantun pada jenis kulit, terdapat pelbagai pilihan pelembap termasuk gel untuk kulit berminyak dan krim untuk kulit kering tau.

Langkah ini memastikan kulit korang kekal anjal dan lembap sepanjang hari tau. Selain daripada mengekalkan kelembapan kulit korang, ia juga dapat menghilangkan garis-garis halus dan kedutan tau.

Langkah 10: Krim Pelindung Matahari

Jangan Lupa Nak Lindungi Muka Dari Sinaran Matahari TauPhoto from Pinterest

Untuk tamatkan langkah terakhir korang sangat memerlukan perlindungan daripada sinaran matahari tau kerana ia dapat menghalang penuaan pramatang, masalah pigmentasi dan perkembangan sel-sel kanser dalam kulit korang.

Sapukan pelindung matahari sebagai produk akhir pada waktu pagi untuk memastikan kulit korang dilindungi sepenuhnya daripada sinaran UV tau. Sapurkan krim pelindung matahari sekurang-kurangnya 15 minit sebelum menggunakan solek tau.

Ini akan membolehkan krim pelindung matahari diserap dengan berkesan oleh kulit korang tau. Jangan lupa sapukan semula mengikut keperluan sepanjang hari mengikut pilihan korang tau.

Rutin Penjagaan Kulit 10 Langkah dari Korea Selatan merupakan rutin yang komprehensif dan berkesan untuk mencapai kulit yang berseri dan awet muda. Setiap langkah dalam rutin ini mengutamakan penghidratan, pemakanan dan penjagaan lembut supaya kulit dilindungi dengan sepenuhnya.

Apa kata kalini korang cuba rutin langkah ini untuk tingkatkan kesihatan serta kecantikkan kulit korang tau!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok