Melawan Masalah Jerawat Dengan Bahan Semulajadi!
"Ishh waktu-waktu camni pulak dia nak naik jerawat" ungkapan yang sering disebut apabila masalah jerawat mula timbul yang dapat musnahkan keyakinan kita lagi-lagi kalau ada perkara penting yang kita perlu pergi.
Masalah jerawat memang biasa sangat yang menjejaskan kehidupan hampir setiap orang. Walaupun terdapat pelbagai produk serta ubat tersedia untuk melawan masalah ini. Tidak semuanya akan memberikan kesan yang efektif.
Setiap individu mempunyai keunikkan tersendiri termasuklah tahap kesihatan kulit kita. Oleh itu, sesetengah individu lebih suka mencari rawatan alternatif yang menggunakkan bahan semulajadi kerana sifatnya yang lebih ringan dan kesan sampingan yang lebih sedikit.
Rawatan yang menggunakan bahan semulajadi boleh menjadi solusi terbaik bagi korang yang ingin melawan masalah jerawat tanpa menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia yang banyak.
Photo from Pinterest
Oleh itu, apa kata korang lihat bahan-bahan semulajadi yang berkesan untuk melawan masalah jerawat ni. Jom!
Lidah Buaya
Photo from Pinterest
Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai Gel Aloe Vera yang dikenali sebagai tumbuhan yang digunakan dalam dunia perubatan kerana khasiat yang terhasil daripada tumbuhan ini. Ia telah digunakan sejak beribu tahun lagi dari tamadun purba seperti Mesir, Yunani dan Cina lagi tau.
Tumbuhan lidah buaya adalah tumbuhan yang tumbuh subur dalam iklim panas tau. Ia tidak perlu menggunakan air yang banyak untuk hidup. Lidah buaya mempunyai daun tebal yang berisi yang disusun dalam corak roset.
Kelebihan lidah buaya adalah daunnya yang mengandungi bahan seperti gel yang kaya dengan sebatian bioaktif dan beberapa nutrien penting. Ramai suka tanam lidah buaya kerana ia mudah untuk ditanam tau.
Gel terhasil daripada lidah buaya dapat dimanfaatkan untuk kesihatan kita. Gel lidah buaya biasanya mengandungi vitamin seperti vitamin A, C, E dan B-kompleks serta mineral penting seperti kalsium, magnesium, zink dan selenium.
Selain itu, gel lidah buaya kaya dengan asid amino, enzim, polisakarida dan asid lemak yang semuanya memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan sepenuhnya.
Kerana itu, lidah buaya memang sesuai digunakan untuk merawat masalah kulit kita termasuklah jerawat tau. Vitamin, mineral dan enzim akan menggalakkan penyembuhan dan melegakan keradangan.
Kaedah untuk digunakan adalah sapukan gel lidah buaya segar ke kawasan yang terjejas. Penggunaannya boleh membantu mengurangkan kemerahan, bengkak dan ketidakselesaan yang berkaitan dengan jerawat.
Photo from Pinterest
Pastikan korang konsisten untuk sapu gel lidah buaya di kawasan jerawat!
Tea Tree Oil
Photo from Pinterest
Mungkin korang pernah dengar tentang kebaikkan tea tree oil sebagai bahan alternatif yang bagus untuk merawat masalah jerawat. Tea Tree Oil atau nama saintifiknya bernama Melaleuca Alternifolia yang berasal dari kawasan tertentu di Australia.
Daun pokok teh ini mengandungi minyak dan melalui daun inilah tea tree oil dapat diekstrak tau. Proses pengkestrakan biasanya melibatkan penyulingan wap untuk mengasingkan minyak pati daripada tumbuhan menggunakan wap.
Ini akan menyebabkan kelenjar minyak mengeluarkan bau aromatik dan terapuetik. Wap yang terhasil juga mengandungi minyak pati kemudiannya disejukkan dan dipekatkan untuk membentuk tea tree oil.
Apa yang membuatkan tea tree oil adalah sifatnya yang mengandungi komposisi kimia yang banyak tau. Antaranya Terpinen-4-ol yang bertanggungjawab untuk sifat antimikrob minyak untuk melawan pelbagai bakteria, kulat dan virus menjadikkannya ubat semula jadi bagus untuk memerangi jangkitan.
Selain itu, Cineole mempunyai sifat anti-radang dan analgesik menyumbang kepada keupayaan minyak untuk mengurangkan keradangan dan memberikan kelegaan kesakitan dan kompaun Alpha-Terpineol untuk meningkatkan kesan terapeutik keseluruhan tea tree oil.
Seterusnya, Linalool bertanggungjawab untuk menghasilkan bau bunga yang menyenangkan dari tea tree oil yang menyumbang kepada sifat menenangkan. Komposisi kima semula jadi bagus untuk digunakan bagi tujuan kesihatan.
Salah satu aplikasi tea tree oil memang bagus untuk penjagaan kulit. Sifat antimikrob dan anti-radangnya menjadikannya berkesan dalam merawat jerawat, mengurangkan kemerahan dan mengurangkan kerengsaan kulit.
Tea Tree Oil yang dicarikan boleh digunakan pada kulit untuk membantu membersihkan dan melegakan pelbagai keadaan kulit seperti ekzema, psoriasis dan dermatitis jugak tau.
Photo from Pinterest
Tetapi, jangan gunakan tea tree oil yang tidak dilarutkan pada kulit tau kerana ia boleh menyebabkan kegatalan pada sesetengah individu.
Honey & Cinnamon Mask
Photo from Pinterest
Topen yang diperbuat daripada madu dan kaya manis ialah antara bahan semulajadi yang popular untuk merawat pelbagai masalah kulit terutamanya masalah jeawat dengan menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan dan penampilan kulit.
Apabila dua bahan ini digabungkan ia dapat menghasilkan ramuan yang kuat boleh untuk mencergaskan kulit dan menangani masalah kulit. Ini kerana madu ialah bahan pelembap semulajadi bermakna ia dapat mengekalkan kelembapan bagus untuk menghidratkan kulit kita.
Ia kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan, menyumbang kepada sifat antibakteria dan anti-radangnya. Madu mengandungi enzim yang menghasilkan hidrogen persoksida apabila ia bersentuh dengan bahan lembap menjadikannya berkesan untuk melawan bakteria pada permukaan kulit.
Selain itu, kayu manis ialah rempah yang terkenal dengan haruman yang menyenangkan. Ia mengandungi minyak pati seperti cinnamaldehyde yang memberikan kayu manis aromanya yang berbeza dan menyumbang kepada kesan antimikorbnya. Kayu manis padat dengan antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan.
Untuk menyediakan mask madu dan kayu manis memerlukan madu mentah tidak diproses dan kayu manis tanah. Langkahnya adalah:
Langkah 1: Ambil dua sudu besar madu mentah dan letakkan dalam mangkuk adunan
Langkah 2: Tambah satu sudu teh kayu manis tanah ke dalam mangkuk
Langkah 3: Campurkan madu dan kayu manis dengan teliti sehingga mereka membentuk pes licin dan konsisten
Langkah 4: Jika adunan terlalu pekat, korang boleh menambah titis air untuk mencapai konsistensi yang diingini.
Mask ini bagus untuk melawan bakteria yang menjadi penyebab jerawat. Kesan anti-radang daripada mask dapat mengurangkan kemerahan dan bengkak jerawat korang.
Photo from Pinterest
Tidak dapat dinafikan jerawat adalah pemusnah keyakinan kita tetapi kalau korang amalkan rawatan alternatif ini secara konsisten ia dapat melawan masalah jerawat korang tau!