download Jom Explore app
Ini Rupanya Rahsia Kulit Cantik, Pakai Body Scrub!

Ini Rupanya Rahsia Kulit Cantik, Pakai Body Scrub!

Kecantikan
By Muhammad Aliff on 24 Jul 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Kemungkinan masih ramai di antara kita tidak mengetahui tentang kebaikkan serta manfaat daripada mengamalkan body scrub dalam misi untuk mendapat kulit yang cantik berseri. Maklumlah, walaupun informasi senang nak dapat, kadang-kala kita pun sangsi juga pasal sesuatu produk yang tidak pernah kita cuba.

Kalau korang nak tahu, body scrub ini dikenali sebagai exfoliants badan atau kata mudah, pengilat badan. Ia merupakan produk penjagaan kulit yang direka untuk menyegarkan serta menyuburkan kulit korang tau.

Ini terhasil daripada mengeluarkan sel-sel kulit mati, kotoran dari permukaan kulit kita. Rawatan ini sangat terapeutik tau bukan sahaja membuatkan kulit kelihatan berseri dan licin tetapi dapat tingkatkan kesihatan keseluruhan kulit.

Populariti body scrub melonjak dalam beberapa tahun kebelakangan ini terutama dalam dunia media sosial kerana manfaat yang dapat diberikan pada kulit kita. Menggunakan body scrub juga digambarkan sebagai salah satu pengalaman mewah memanjakan diri kita untuk kelihatan lebih sihat dan awet muda.

Menurut pakar dermatologi di Advanced Dermatology PC, Suzanne Friedler berkata, "Jika kulit kita kelihatan kering dan kusam, menggunakan body scrub dalam kuantiti ringan boleh menyelesaikan masalah ini".

Korang Pernah Dengar Pasal Body Scrub?Photo from Pinterest

Haa.. menarik kan? Apa kata kalini korang belajar bagaimana nak menggunakan body scrub dengan betul dan perkara penting korang perlu ambil tahu!

Cara Betul Nak Menggunakan Body Scrub!

Nak Guna Body Scrub Ni Kena Tahu Cara DiaPhoto from Pinterest

Sebelum korang beli body scrub di kedai berdekatan, korang perlu tahu body scrub biasanya mengandungi campuran bertujuan untuk pengelupasan, pelembap dan pelbagai bahan manfaat. Selalunya diperbuat daripada bahan semula jadi seperti buah-buahan yang dihancurkan.

Bahan-bahan ini berbeza dalam saiz dan tekstur membolehkan korang untuk memilih body scrub yang sesuai berdasarkan jenis kulit serta sejauh mana tahap pengelupasan yang korang perlukan tau.

Oleh itu, body scrub juga mengandungi bahan pelembap seperti minyak diperbuat dari kelapa, badam, mentega shea atau gliserin. Pelembap ini tujuannya untuk memulihkan tahap kelembapan kulit menghalangnya daripada menjadi kering semasa sesi pengelupasan.

Selain itu, vitamin, antioksidan serta minyak pati pun ada untuk memberikan manfaat tambahan kepada kulit korang tau. Contohnya, ekstrak teh hijau, vitamin E atau minyak lavender dapat melindungi kulit untuk tingkatkan penjagaan kulit secara keseluruhan.

Haa.. nak menggunakan body scrub ni senang je. Korang ikuti langkah di bawah ini:

  1. Bilas kulit korang menggunakan air suam
  2. Letakkan sedikit body scrub di tangan korang
  3. Gosokkannya secara perlahan pada kulit menggunakan gerakan bulat kecil menggunakan tanga ataupun sarung tangan khas untuk pengelupasan
  4. Gosok kulit tidak melebihi daripada 30 saat dan jangan kasar tau
  5. Kemudian, bilas kulit dengan air suam dan sabun pembersih biasa pilihan korang
  6. Keringkan kulit korang dan sapukan pelembap

Cari Berus Yang Khas Untuk Body Scrub Sangat MembantuPhoto from Pinterest

Paling penting korang perlu ingat adalah jangan berkasar dengan kulit korang tau. Gunakkan pergerakan yang lembut sahaja.

Jenis Body Scrub Yang Terdapat Dalam Pasaran!

Terdapat Pelbagai Jenis Body Scrub Untuk Pelbagai Jenis KulitPhoto from Pinterest

Seperti Min dah sebut sebelum ini. Terdapat pelbagai dan banyak body scrub yang tersedia untuk pelbagai jenis kulit yang ada untuk korang pilih yang bersesuaian serta berfungsi untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati tanpa merosakkan kulit korang.

Antara jenis body scrub yang popular untuk korang pilih adalah Scrub Gula! Ia merupakan pilihan klasik yang disukai oleh ramai untuk mengelupas kulit badan. Gula yang diproses bersama minyak atau mentega untuk mengelupas yang lembut dengan efektif.

Partikel gula membantu mengangkat sel kulit mati, menjadikan kulit terasa lembut dan licin. Sifat semulajadi dalam gula dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit menjadi lembap dan segar. Ia sering datang dalam pelbagai wangian jugak tau.

Selain itu, scrub garam sngat berkesan untuk korang yang mempunyai kawasan kasar seperti bahagian siku dan tumit kerana tekstur kasar garam membantu menghilangkan sel kulit mati yang degil.

Scrub garam pun datang dalam pelbagai jenis termasuk garam laut, garam Himalaya yang mempunyai mineral unik mengikut jenis untuk memberi manfaat tambahan kepada kulit.

Kalau korang mempunyai kulit sensitif atau berjerawat, apa kata korang pilih scrub oatmeal yang lembut dan menenagkan. Oatmeal mempunyai sifat anti-radang untuk menenangkan kulit, menjadikannya pilihan yang baik untuk individu yang mengalami masalah seperti ekzema atau psoriasis.

Sebelum Beli, Pilih Body Scrub Yang Bersesuaian Dengan Korang Punya KulitPhoto from Pinterest

Scrub oatmeal biasanya mengandungi bijian oat yang dikisar dengan bahan pelembap untuk memberikan pengelupasan yang menyegarkan serta menenangkan.

Apa Yang Perlu Dielak Semasa Pakai Body Scrub

Jangan Main Bantai Je Nak Guna Body Scrub TauPhoto from Pinterest

Tidak dapat dinafikan memang banyak manfaat korang boleh dapat jika mengamalkan body scrub tetapi terdapat berberapa perkara penting yang perlu dielakkan apabila korang menggunakan body scrub tau!

Salah satu kesilapan yang paling biasa ialah melakukan eksfoliasi terlalu kerap. Eksfoliasi yang terlalu kerap atau menggunakan skrub yang kasar boleh mengangkat minyak semulajadi kulit dan mengganggu rintangan kulit. Hadkan eksfoliasi kepada sekali atau dua kali seminggu, bergantung kepada jenis kulit dan sensitivi anda.

Selain itu, gosok terlalu keras boleh menyebabkan kesan koyak kecil pada kulit dapat menyebabkan kemerahan, iritasi dan keradangan. Sentiasa berlembut apabila proses eksfoliasi pada badan menggunakan tekanan ringan dalam gerakan pusingan untuk mengelakkan kerosakan kulit.

Seterusnya, elakkan menggunakan body scrub pada kawasan luka, calar, kulit yang terbakar dari sinaran matahari atau kawasan kulit yang iritasi. Menggosok pada kulit yang luka boleh memburukkan keadaaan dan menyebabkan kesakitan serta ketidakselesaan korang tau.

Bukan itu je tau, body scrub untuk badan sahaja bukan muka kita! Ini kerana ia diformulasikan untuk kulit badan yang lebih tebal dan tahan lasak. Elakkan menggunakan skrub badan pada kulit muka yang sensitif kerana dapat menyebabkan iritasi tau.

Kalau Kulit Korang Mudah Iritasi, Elakkan Body ScrubPhoto from Pinterest

Body scrub menawarkan solusi untuk tingkatkan tahap kesihatan kulit untuk mencantikkan serta menambah keserian tau. Korang sendiri dapat lihat perbezaan sendiri sebelum dan selepas mengamalkan body scrub untuk mendapat tahap kesihatan kulit korang idamkan.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok