download Jom Explore app
Kisah Disebalik Kasut Nike Paling Popular!

Kisah Disebalik Kasut Nike Paling Popular!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 21 Jul 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Diperkenalkan sejak tahun 1980, Nike Air Jordan masih kekal menjadi pilihan kasut paling popular dan trendy membuatkan baik lelaki mahupun perempuan inginkan sepasang kasut ini. Namun, tak ramai tahu nama disebalik kasut paling ikonik yang telah dikeluarkan oleh jenama sukan terkemuka iaitu Nike.

Kalau korang berjalan-jalan di pusat bandar, perkara pertama yang korang dapat lihat adalah kasut Nike Air Jordan yang dipakai hampir oleh setiap orang tau! Siap dengan pelbagai warna lagi untuk nampak bergaya ketika beriadah.

Maklumlah, kasut kekal menjadi kasut paling hype yang digilai oleh dewasa sampai ke kanak-kanak! Korang masuk sahaja ke berberapa kedai kasut. Korang pasti dapat melihat bersepah stok-stok kasut Nike Air Jordan untuk memuaskan permintaan yang tinggi ini.

Sejak diperkenalkan, Nike Air Jordan telah mengeluarkan 38 model di bawah koleksi ini. Ia masih kekal menjadi koleksi yang satu dunia meminatinya tak kisahlah korang peminat sukan bola keranjang ataupun tidak. Haa.. korang tahu tak kasut ini asalnya direka untuk bermain sukan bola keranjang?

Kasut Yang Direka Khas Untuk Sukan Bola Keranjang Untuk Michael JordanPhoto from Pinterest

Ataupun, korang masih tidak mengenali siapa sebenarnya nama Jordan yang berkait rapat dengan kasut ini? Kalau macam tu, apa kata korang baca sampai habis untuk ketahui kisah menarik tentang kasut paling popular yang dikeluarkan oleh Nike!

Tahun 1985, Nike Berkerjasama Dengan Rookie Michael Jordan

Michael Jordan, Seorang Ikon Dalam Sukan Bola KeranjangPhoto from Pinterest

Pada awalnya Nike dikenali sebagai pengeluar kasut trek pada tahun 1980-an. Jenama seperti Converse dan Adidas mendominasi sukan bola keranjang di liga National Basketball Association (NBA) dan mewakili pemain seperti Magic Johnson dan Larry Bird.

Michael Jordan pula seorang rookie pada waktu itu. Beliau memulakan kariernya dengan mewakili pasukan bola keranjang Sekolah Menengah Emsley A. Laney dan membawa pasukannya meraih kejuaraan negeri semasa tahun junior.

Seterusnya, Beliau berjaya memasuki Universiti North Carolina untuk bermain bawah bimbingan Dean Smith. Beliau mula meraih kemenangan dan menarik perhatian berberapa orang kerana kebolehannya dalam sukan ini berada pada tahap tinggi.

Nike ingin berkembang ke dalam sukan bola keranjang dan inginkan pemain yang dapat membawa jenama ini lebih jauh. Tetapi, Jordan lebih selesa dengan Adidas dan pada awalnya sukar untuk berkerjasama dengan Nike.

Namun, ejen dan mak beliau berkerjasama untuk yakinkan Beliau untuk berkerjasama dengan Nike. Menurut presiden Nike, Howrd White "Pada masa itu, pemain terbaik mungkin mendapat kira-kira $100,000 (RM 455,300), Michael mungkin mendapat $250,000 (RM 1,138,250).

Pada awalnya Nike menerima kritikan kerana Jordan merupakan seorang pemain muda yang tidak mencapai apa-apa status dalam liga NBA. Namun, Nike tetap dengan pendirian mereka dan memberikan Jordan koleksi kasutnya sendiri iaitu Air Jordan.

Menurut ejen Michael Jordan, David Falk, "Ia tidak mengambil masa lama untuk menjadi popular. Apabila kami menandatangani perjanjian itu, jangkaan Nike ialah mereka berharap untuk menjual Air Jordan bernilai $3 juta (RM 13,659,000),

Beliau Mengubah Corak Permainan Bola Keranjang Dengan KebolehannyaPhoto from Pinterest

Pada tahun pertama, kami berjaya menjual $126 juta (RM 573,678,000)," jelas Falk. Kebolehan Jordan dalam bola keranjang membuatkan kasutnya diminati oleh peminat-peminat sukan tersebut. Mereka merasakan jika memakai kasut Air Jordan, mereka dapat bermain seperti Michael Jordan.

Kasut Nike Air Jordan 1 Diharamkan Dalam NBA!

Kasut Ini Diharamkan Oleh NBA Kerana Melanggar Peraturan Pakaian Seragam!Photo from Pinterest

Pada tahun 1984, Michael Jordan mulakan kariernya dalam liga NBA bersama pasukan Chicago Bulls. Sebaik sahaja beliau langkah ke dalam gelanggang, sudah jelas bahawa Beliau merupakan bakat istimewa. Gaya permainannya ditonjolkan dengan kebolehan untuk menjaring dengan luar biasa.

Tahun yang sama, Beliau memenangi anugerah Rookie Of The Year dan Consecutive Scoring Titles. Mengikut kontrak yang dipersetujui oleh dua belah pihak, Michael akan memakai kasut Nike Air Jordan untuk setiap perlawanannya. Namun, kasut itu diharamkan oleh NBA kerana melanggar peraturan uniform pada waktu itu.

Nike Air Jordan 1 dikeluarkan dengan kombinasi warna merah dan hitam yang mempunyai daya tarikan visual yang tinggi diharamkan oleh Persatuan NBA yang tegas untuk memastikan peraturan kasut warna mengikut uniform seragam dan mendenda Jordan $5000 (RM 22,765) setiap kali beliau memakainya.

Sebaliknya, Nike menggunakan denda ini untuk menghasilkan satu kempen iklan tentang kasut yang diharamkan ini menyebabkan semakin ramai inginkan sepasang kasut Nike ini tau! Kempen tersebut berjaya melonjakkan nama Nike menjadikan mereka antara jenama sukan paling popular pada masa kini.

Nike Perlu Membayar Denda RM22K Setiap Kali Jordan Memakai KasutnyaPhoto from Pinterest

Walaupun diharamkan dan didenda oleh NBA, Nike turut mengeluarkan warna alternatif yang mengikut peraturan uniform seragam yang menggantikan warna hitam dengan putih. Tetapi dalam pertandingan Slam Dunk 1985, Jordan kembali memakai semula kasut berwarna merah hitam tersebut.

Terhasilnya Nama "Air Jordan"

Lambang Air Jordan Yang Dihasilkan Oleh Peter MoorePhoto from Pinterest

Kalau korang nak tahu, nama "Air Jordan" terhasil apabila ejen Michael, David Falk memujuk beliau untuk melawat Nike untuk berkerjasama untuk menghasilkan koleksi kasut dibawah nama beliau.

Istilah nama ini dicipta oleh David Falk yang menggabungkan teknologi Nike "Air" dan nama keluarga Michael iaitu "Jordan". Manakal lukisan lambang asal Air Jordan dicipta oleh Peter Moore dari Nike.

Lambang asal yang mempunyai bola dan sayap menjadi simbol kepada koleksi Air Jordan. Apabila Nike Air Jordan 1 mula dikeluarkan dalam pasaran, Nike mempunyai sedikit keraguan kerana pada waktu itu Michael Jordan adalah pemain baru yang belum terbukti. Walaupun mereka konfiden dengan kebolehannya masih terdapat sedikit sangsi tetang populariti kasut mereka.

Sebaik sahaja populariti Jordan melonjak, kasut tersebut dijual dengan laris sehingga kehabisan stok di pelbagai kedai tau! Memang tidak dapat dinafikan populariti kasut Nike Air Jordan sehingga kini tetap mendapat permintaan tinggi.

Walaupun Michael sudah bersara daripada bermain, populariti dan kebolehan beliau telah menyebabkan kasutnya semakin popular. Setiap pemain bola keranjang pasti ingin menjadi seperti beliau dan dengan memiliki kasutnya adalah salah satu cara mereka untuk menjadi seperti Jordan.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok