Rahsia Untuk Cantik Bermula Dengan Vaseline
Antara produk yang digunakan oleh setiap perempuan, Vaseline memang terkenal dan penting bagi kebanyakan perempuan. Ia merupakan salah satu produk penjagaan kulit yang terbaik tetapi masih ramai tidak tahu banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan melalui produk ini tau.Haa.. maklumlah kebanyakkannya memang akan menggunakan Vaseline dengan merujuk arahan yang diberikan pada botol produknya sahaja. Kadang kala, kita gunakannya untuk kegunaan harian sahaja untuk melembapkan bibir kita sahaja kan.
Vaseline ini sangat sinonim dengan petroleum jelly. Ia asalnya dicipta oleh Robert Chesebrough, seorang ahli kimia pada akhir abad ke-19. Nama "Vaseline" berasal daripada perkataan Jerman "Wasser" yang bermaksud air, dan perkataan Greek "Elaion" yang bermaksud minyak.
Petroleum jelly adalahan bahan utama dalam Vaseline. Ia merupakan campuran separah pepejal yang diperolehi daripada petroleu,. Melalui proses penyulingan terhasilah petroleym jelly yang terkenal dengan cirinya yang licin, lut sinar, tidak berbau dan tidak alergik.
Ciri utama Vaseline adalah sifatnya untuk mengunci kelembapan. Apabila ia disapu ke kulit, ia membentuk penghalang untuk membantu mencegah kehilangan kelembapan pada kulit kita. Haa.. sebab itulah korang yang kulit kering dan pecah-pecah disarankan guna Vaseline!
Photo from Guardian My
Tetapi, selain daripada melebapkan kulit kita masih ramai tak tahu banyak lagi kebaikan yang korang boleh guna dengan Vaseline tau. Jom tengok kebaikan yang mungkin korang tak tahu dengan menggunakan Vaseline!
Dapat Menyelesaikan Banyak Masalah Di Bahagian Muka!
Photo from Pinterest
Mungkin ramai sudah tahu Vaseline amat popular untuk digunakan pada bahagian bibir kita. Kalau korang tiada lip gloss ataupun tertinggal lips gloss. Sapukan Vaseline sebagai ganti. Ia akan membantu untuk memberi kelembapan pada bibir membuatkannya lebih menarik sehingga crush pun terjatuh hati.
Selain itu, kalau korang mengalami masalah bibir kering atau bibir gelap hitam. Amalkan rutin setiap malam sebelum tidur, sapu sedikit Vaseline pada bibir korang. Kerana ciri Vaseline, ia akan memastikan bibir korang tidak kering serta mencantikkannya.
Bukan itu je tau, korang mesti pernah mengalami situasi di mana korang ingin berjumpa orang penting sama ada crush, bakal tunang ataupun temuduga kerja. Tetapi, jerawat mula muncul di bahagian muka korang! Stress tau kalau kena situasi camni.
Takpa, sapukan Vaseline sedikit di bahagian jerawat itu dan ia boleh mengecutkan jerawat tersebut tanpa menggunakan sebarang kekerasan untuk memecahkannya.
Masalah jerawat dah selesai tapi muka korang kelihatan kusam, tak bermaya, kering atua berkedut? Sapukan sedikit Vaseline pada kulit muka untuk membuatkan muka korang lebih halus dan bersinar.
Pemakaian Vaseline tidak akan memberi kesan pada liang-liang pori korang tau. Malah, kulit muka akan menjadi lebih lembut setelah mengamalkan rutin ini. Sapukan pada bahagian malam sebelum korang tidur tau.
Photo from Pinterest
Untuk perempuan pula, sapukan Vaseline pada muka sebelum korang buang make up. Ia akan memudahkan proses korang untuk membuang make up dan menjimatkan banyak masa.
Ada Masalah Rambut Ke? Takpa Vaseline Ada!
Photo from Pinterest
Rambut merupakan aset penting dan bernilai tinggi dalam penampilan kita. Ia memainkan peranan besar dalam penampilan fizikal secara keseluruhan dan boleh memberi kesan besar terhadap bagaimana kita melihat diri kita dan bagaiman orang luar melihat diri kita.
Haa.. baik lelaki ataupun perempuan pasti ingin memiliki rambut yang sihat, lurus, ikal dan lebat! Ini kerana mereka dapat melakukan pelbagai jenis gaya rambut untuk mengekspresikan diri ataupun menampilkan diri dengan lebih menarik.
Jadi, memang tidak dapat dinafikan rambut yang cantik ni sangat penting! Kalau untuk lelaki pulak, tak ramai yang tahu tetapi mereka kerap menangis kalau barber dah tersalah potong rambut tau.
Antara masalah rambut yang orang sering takut menghadapi serta menangani adalah apabila rambut korang mula menipis ataupun korang dilahirkan dengan rambut nipis.
Kadang kala korang tidak memandang berat tentang penjagaan rambut, kini rambut korang menjadi kurang sihat dan kesannya dapat dilihat melalui tekstur rambut yang sudah berubah.
Jangan risau, sama seperti bahagian muka korang. Sapukan Vaseline pada rambut korang sekurang-kurang sekali sehari untuk membuatkan rambut korang tumbuh lebih lebat dan cantik tau.
Photo from Pinterest
Vaseline juga dapat mengelakkan rambut korang daripada bercabang dua dan melebatkan secara semulajadi! Tapi jangan terlebih sapu pulak tau.
Minyak Wangi Tak Tahan Lama? Takpa!
Photo from Pinterest
Minyak wangi sudah menjadi kewajipan untuk memakai sewaktu kita keluar rumah. Ia membantu untuk menghasilkan sebuah bau yang menarik serta memikat perhatian orang yang kita minat.
Ia juga berfungsi untuk menutup segala bau-bau yang kurang enak yang dapat menggangu orang di persekitaran. Tapi kadang kala, kita beli minyak wangi yang sedikit mahal dengan tanggapan bahawa ia mampu bertahan dengan lama, berjam-jam ataupun berhari-hari.
Alangkah indah khabar dari rupa, minyak wangi mahal tersebut langsung tak tahan! Membazir korang beli dengan harga yang mahal kan? Takpa jangan risau. Untuk membuatkan minyak wangi korang tahan lama sehingga berjam-jam ataupun berhari-hari.
Sebelum korang sembur minyak wangi itu, sapu Vaseline di bahagian yang kerap korang meletakkan minyak wangi. Sebagai contoh, di tangan, leher, badan. Kemudian, sembur minyak wangi korang di bahagian tersebut.
Ini akan membuatkan minyak wangi korang berkekalan dengan lebih lama tau.
Photo from Pinterest
Secara kesimpulannya, Vaseline antara produk yang paling serba guna. Ia dapat memberi pelbagai manfaat untuk memastikan kulit korang tidak menjadi kering serta melembapkan lagi tau! Haa.. mana tau ini adalah rahsia kecantikkan yang selama ini korang idamkan? Apa kata korang cuba guna Vaseline dalam rutin kecantikan.
❤️ Rutin Penjagaan Muka: Membezakan Fakta dan Mitos | Jom Explore
❤️ Sabun vs Shower Gel: Perbandingan dan Pilihan Terbaik untuk Kulit Anda | Jom Explore