Mitos Cuci Muka Yang Biasa Korang Dengar!
Rutin penjagaan muka adalah salah satu cara untuk memastikan kulit kekal bersih dan berada dalam tahap sihat. Tetapi, setiap rutin berubah mengikut setiap individu kerana perbezaan antara satu sama lain. Ini telah menyebabkan pelbagai tips yang korang sering dengar untuk mendapatkan kulit muka sihat yang sebenarnya adalah mitos.
Haa.. mungkin korang sendiri tak percaya kebanyakkan nasihat ataupun amalan yang korang biasa dengar adalah mitos semata-mata. Walaupun penting untuk kita mempunyai rutin tetap bagi menjaga kesihatan muka kita, membazir jugak kalau rutin kita buat tu tidak memberikan apa-apa manfaat pun.
Selain daripada untuk menjaga tahap kesihatan kulit kita, ia juga mampu menghapuskan kotoran daripada persekitaran alam sekitar, bakteria dan debu. Jika tidak dicuci kotoran ini akan tersumbat dalam liang pori dan berpotensi menyebabkan jerawat atau iritasi kulit.
Bukan itu je, kulit kita secara semulajadi menghasilkan minyak untuk menjaga kelembapan kulit. Walau bagaimanapun, penghasilan minyak berlebihan dapat membuatkan muka kita berminyak yang buat kita tak rasa selesa.
Haa.. penting sebenarnya untuk kekal membersihkan kulit muka kita bagi mengelakkan masalah sebegini kerap berlaku. Boleh stress tau kalau jerawat mula timbul lagi-lagi waktu kita kena berjumpa dengan orang penting ataupun nak pergi dating.
Photo from Pinterest
Jadi, apakah perkara yang korang selalu sangat dengar tentang penjagaan kulit muka tetapi hanyalah mitos semata-mata..
Makin Kerap Kita Cuci Muka, Semakin Bersih Muka!
Photo from Pinterest
Mitos sering timbul disebabkan oleh berberapa faktor termasuk disinformasi dan kecenderungan manusia untuk mencari penjelasan terhadap sesuatu perkara asing yang mereka tidak ketahui.
Dalam kes penjagaan kulit muka, kerana kita mempunyai kompleksiti kulit yang pelbagai ini telah menyebabkan macam-macam nasihat yang diberikan bagi mencapai tahap kesihatan kulit muka yang korang idamkan.
Antara yang paling kerap korang dengar adalah kena selalu cuci muka untuk mendapat kulit muka yang baik. Sampaikan korang dengar kena cuci muka lebih dari 3 kali sehari tau!
Ini adalah mitos yang paling popular kerana mencuci muka secara berlebihan sebenarnya boleh menyebbakan lebih banyak masalah daripada kebaikan tau. Mencuci muka secara berlebihan dapat menghilangkan minyak semulajadi.
Minyak semulajadi ini terhasil untuk melindungi dan melembapkan kulit kita. Jika korang kerap mencuci muka, minyak semulajadi ini tidak dapat terhasil sekaligus menyebabkan kekeringan, iritasi dan jerawat pun boleh muncul!
Photo from Pinterest
Lebih baik korang amalkan mencuci muka hanya dua kali sehari iaitu pada belah pagi dan petang untuk menjaga kulit muka dengan seimbang.
Bahan Semulajadi Mahal Lebih Berkesan Daripada Bahan Murah
Photo from Pinterest
Ini antara salah faham yang ramai orang percaya. Memang kita sedia maklum bahawa bahan-bahan semulajadi mempunyai banyak kelebihan. Walau bagaimanapun, tidak semua komponen semulajadi atau organik memberi manfaat kepada kulit kita tau.
Selain itu selalunya bahan semulajadi ini mahal dan kita sentiasa merasakan bahawa produk yang menggunakan bahan semulajadi mahal akan memberikan kesan lebih positif daripada produk yang murah.
Kita sering melihat iklan ataupun review di platform media sosial di mana produk bahan semulajadi akan membuatkan kulit korang lebih sihat, cantik, bersinar berbanding produk murah.
Mitos ini telah menyebabkan ramai individu percaya dan sukar untuk disangkal. Tiada kebenaran saintifik yang dapat dibuktikan dengan harga produk yang mahal. Membelanjakan wang pada produk murah tidak akan merosakkan kulit muka korang tau.
Manakala, membelanjakan wang pada produk penjagaan kulit mahal pun tidak memberikan banyak manfaat. Menjaga kulit muka korang tidak perlu menjadi satu pembaziran duit dan penjagaan kulit untuk kelihatan sihat bukanlah satu kemewahan.
Photo from Pinterest
Paling penting adalah korang kekal menggunakan rutin yang betul dengan menggunakan produk yang tidak memecahkan bajet korang tau!
Kena Minum Air Putih Banyak Kalau Tak Kulit Jadi Kering Tau
Photo from Pinterest
Amalkan minum air kosong memang banyak manfaat untuk kesihatan badan secara keseluruhan. Ia penting untuk memastikan badan kita kekal hidrasi untuk mengawal suhu badan.
Selain itu, air puith juga penting untuk menjaga kulit kita menjadi sihat. Hidrasi yang mencukupi untuk membantu menjaga kelembapan kulit, meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kesan kekeringan dan kedutan tau.
Tapi mitos yang korang selalu dengar adalah kena minum air putih dalam kuantiti yang banyak sehingga berlebihan untuk mengelakkan kulit korang menjadi kering. Tetapi, kalau korang sedang menghadapi masalah kulit kering, minum air secara berlebihan tidak akan bantu korang untuk menyelesaikan masalah ni tau.
Photo from Pinterest
Secara umum, minum air putih haruslah berada pada skala optimum dan bukan pada tahap berlebihan. Tidak semua masalah kulit muka korang dapat diselesaikan melalui minum air putih sahaja dan jika minum secara berlebihan pun tidak akan menambah manfaat pada korang tau.
Mencuci Muka Secara Kasar Tidak Akan Menghilangkan Jerawat
Photo from Pinterest
Cara menggosok muka memang mempunyai teknik tertentu untuk memastikan setiap bahagian muka dibersihkan sepenuhnya. Bukan satu malah terdapat pelbagai macam-macam cara menggosok muka korang boleh belajar di platform media sosial.
Siap ada yang guna macam-macam alatan lagi bagi memastikan muka diorang betul-betul bersih. Tapi mungkin korang pernah dengar jika korang menggosok muka dengan lebih kuat ia dapat menghilangkan segala jerawat atau kotorang yang sudah ada di kulit muka korang.
Min nak bagitau tolong berhenti menggosok muka korang dengan kuat tau! Ini sebenarnya boleh menyebbakan koyak secara kecil pada kulit dan memburukkan lagi masalah jerawat ataupun kotoran.
Photo from Pinterest
Lebih baik korang mencuci muka dengan lembut menggunakan produk muka yang lembut dan betul dengan lebih efektif untuk menyingkirkan kotoran, minyak dan sel kulit mata tanpa menyebabkan kerosakan tau.
Air Panas & Air Sejuk Memberi Kesan Kepada Pori Muka
Photo from Pinterest
Antara mitos paling popular yang korang pasti dengar sampaikan Min sendiri pun percaya pada mulanya tau! Mitos air panas dapat membuka pori-pori muka dan air sejuk dapat menutup mereka semula.
Pori-pori muka tidak mempunyai otot, jadi mereka tidak dapat membuka ataupun menutup dengan hanya menggunakan suhu air yang berbeza tau. Suhu air yang korang gunakan tidak akan mempengaruhi pori-pori korang tau!
Tetapi, menggunakan air suam dapat membantu untuk melonggarkan kotoran yang ada pada muka menjadikan proses pembersihan kulit korang lebih berkesan serta efektif.
Penjagaan kulit muka memang akan dipenuhi dengan pelbagai pendapat daripada setiap individu. Sebab itulah korang perlu mengetahui jenis kulit muka untuk memastikan setiap rutin yang korang lakukan dan amalkan bersesuaian dengan kulit muka korang dan tidak terpengaruh dengan mitos.
❤️ Sabun vs Shower Gel: Perbandingan dan Pilihan Terbaik untuk Kulit Anda | Jom Explore
❤️ Kepentingan Mengetahui Kesilapan Yang Perlu Dielakkan pada First Date | Jom Explore