download Jom Explore app
Elak Lakukan Kesalahan Ini Masa First Date!

Elak Lakukan Kesalahan Ini Masa First Date!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 13 Jul 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Hati korang rasa gemuruh, perasaan korang membuak dengan kegembiraan kerana crush korang setuju untuk keluar buat kali pertama selepas berbulan berborak dalam telefon! Tapi sabar dulu, bukan senang nak dapatkan peluang macam ni tau dan banyak perkara korang kena elak lakukan masa first date supaya tidak menghampakan crush.

Perjalanan dan proses bercinta adalah perkara paling indah serta rumit dalam sesebuah hubungan. Korang telah berjaya menempuhi fasa pertama iaitu fasa berkenalan. Kini, korang dapat peluang untuk menempuh fasa seterusnya iaitu pergi dating!

Tapi masih ramai antara kita gagal dalam fasa ini kerana melakukan pelbagai kesilapan yang kecil dan besar jugak tau yang menyebabkan crush kesayangan kita mula menjauhkan diri daripada kita sehinggalah korang kena ghosting.

Min faham, mungkin di antara korang tidak mempunyai banyak pengalaman dalam bab bercinta. Apabila mendapat peluang sebegini korang terlalu gemuruh untuk pergi dating lalu gagal dek kerana kesilapan.

Takpa, perkara ini masih boleh dibaiki untuk memastikan korang berjaya melepasi fasa first date untuk membuatkan crush korang bangga serta makin berminat untuk meneruskan hubungan dengan korang tau.

Bukan Senang Nak Dapat Peluang Pergi Dating! Gunakan Sebaik MungkinPhoto from Pinterest

Perhatikan kesalahan ini betul-betul dan perbaiki kelemahan korang. Jom!

Penampilan Dapat Menceritakan Seribu Satu Kisah Tentang Diri Korang

Penampilan Kemas & Bergaya Amatlah Penting!Photo from Pinterest

Komunikasi dalam telefon dan komunikasi bersemuka mempunyai perbezaan sangat ketara. Tenaga, kimia serta bahasa badan memainkan peranan ketika berkomunikasi depan mata. Ia dapat membuatkan crush korang berminat ataupun tidak.

Kadang kala, korang pandai bermain ayat dalam telefon tetapi apabila berjumpa penampilan korang membuatkan crush turn off! Haa.. ini lah yang selalu sangat terjadi baik lelaki mahupun perempuan.

Penampilan korang dapat memberitahu crush korang seribu satu kisah yang tidak diceritakan tau. Sebaiknya, ambil inspirasi dari pelbagai platform media sosial bagaimana untuk bersiap sebelum pergi dating.

Tidak salah untuk kita mengambil sedikit masa untuk kemaskan diri kita kerana ia mengajar tanggungjawab dan disiplin untuk menjaga diri. Pastikan rambut korang kemas, rapi dan tidak basah! Pakailah minyak wangi dan deodorant untuk menghapuskan bau yang kurang enak.

Elakkan pakai pakaian berkedut dan selekeh! Lihat bagaimana artist atau ikon fesyen bergaya untuk mendapatkan inspirasi. Selain itu, janganlah pakai selipar jepun pulak pergi dating. Sebaiknya pilihlah kasut yang bersesuaian.

Korang Boleh Pakai Macam Ini Pun Dah Sesuai TauPhoto from Pinterest

Penampilan korang sewaktu dating adalah perkar apaling penting kerana ia memberikan persepsi yang baik kepada crush kita.

Komunikasi Ibarat Tepuk Tangan, Takleh Tepuk Sebelah Je!

Komunikasi Perlu Dua Hala Bukan Satu TauPhoto from Pinterest

Min faham mungkin antara korang rasa gemuruh dan malu untuk bercakap apabila sudah bersemuka, mungkin korang lebih selesa bercakap melalui telefon sahaja. Ataupun korang tak banyak topik untuk dibualkan kerana rasa macam ada rama-rama dalam perut.

Tetapi, crush korang akan menilai tau gaya perbualan korang kerana ia akan menunjukkan adakah korang berdua serasi untuk meneruskan hubungan ini? Perbualan juga memainkan peranan penting kerana ia menunjukkan pengalaman serta tahap intelek korang. Haa.. bukan senang sebenarnya untuk mengadakan komunikasi yang betul!

Tapi jangan biarkan komunikasi satu hala tau! Setiap perbualan perlu dibalas dengan satu respon untuk menghangatkan lagi topik perbualan. Nasihat min adalah jika crush korang mulakan topik perbualan korang beri respon mengikut kaedah 5W 1H iaitu who, what, why, where, when dan how.

Menggunakan kaedah ini akan membuatkan perbualan lebih menarik dan dapat elak komunikasi menjadi satu hala. Crush korang akan lebih berminat untuk berbual kerana terdapat respon yang baik daripada korang.

Selain itu, pastikan korang dapat mengeluarkan topik yang menarik berdasarkan minat crush korang dan minat korang juga. Pastikan iannya seimbang dan tidak mendominasikan kepada minat korang sahaja tau.

Elakkan Berborak Kosong Atau Mendominasikan Perbualan!Photo from Pinterest

Praktis kan kaedah yang min kongsikan supaya waktu dating nanti korang tak akward nak berkomunikasi dengan crush!

Pelan Tempat Dating! Janganlah Tak Tahu Nak Ke Mana

Apa Kata Ajak Crush Dating Lakukan Aktiviti Ke?Photo from Pinterest

Soalan paling susah untuk dijawab apabila crush korang tanya adalah "nak pergi date dekat mana?" betul tak? Haa.. selalunya ramai gagal dekat bahagian ini kerana mereka tidak mengetahui tempat mana patut korang bawa untuk dating ataupun aktiviti yang korang cadangkan nampak bosan dekat mata crush.

Sebelum korang ajak crush pergi dating, apa kata korang lakukan sedikit penyelidikan untuk mengetahui lokasi terbaik untuk first date. Selain itu, tanya crush, apakah aktiviti kegemaran dia? Apakah makanan kegemaran dia? Apakah lokasi ataupun tempat yang ingin dia pergi?

Ini akan membantu korang untuk mencari tempat untuk bawa crush pergi masa dating nanti tau! Korang pun boleh berbincang dengan crush adakah tempat yang korang cadangkan ini sesuai dan kena dengan citarasa crush supaya korang berdua dapat menikmati masa bersama dengan penuh gembira.

Bukan itu je, apa kata korang pilih satu kafe yang sesuai dengan bajet selepas melakukan aktiviti untuk sesi berkenalan untuk menghasilkan hubungan lebih intim dan rapat. Lakukan aktiviti pun dapat mengeratkan hubungan korang berdua tau.

Haa.. min cuma nak pesan elakkan ajak crush dating ke panggung wayang kerana iannya perkara paling membosankan tau! Kerana ia merupakan perkara paling asas dan berkemungkinan dapat membuatkan crush hilang minat dekat korang.

Mungkin Pergi Kafe Kegemaran Crush Korang Ke? Boleh Berkenalan LebihPhoto from Pinterest

Ingat, fasa dating untuk kali pertama adalah untuk membina hubungan serta menikmati masa bersama untuk menentukan sama ada hubungan korang serasi ataupun tidak. Perbaiki kesalahan serta mengelakkan melakukan kesalahan dapat meningkatkan peluang korang untuk mencipta pengalaman positif dalam hati crush korang. Selamat mencuba!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok