Ramai Orang Beli Perfume Dengan Cara Salah Tau!
Memakai wangian sudah menjadi satu kewajipan kerana wangian memberi refleksi kepada peribadi kita. Ia dapat memberi gambaran kita serta mengekspresikan diri dengan lebih tinggi berbanding menggunakan kata-kata.
Sama seperti cara korang memilih dekorasi rumah, pemilihan pakaian dan gaya sampaikan ke warna kegemaran korang. Wangian juga memainkan peranan penting dan bukanlah mewangikan diri semata-mata.
Wangian juga dapat mempengaruhi emosi dan piskologi dan wangian peribadi seseorang menjadi lebih intim apabila ia selaras dengan personaliti kita tau. Haa.. kalau korang nak tahu, personaliti kita pun memainkan peranan penting untuk memilih wangian yang sesuai dengan kita.
Ini kerana setiap orang mempunyaiu kecenderungan terhadap gaya berpakaian tertentu yang membezakan diri mereka daripada yang lain. Korang mungkin salah seorang yang menggunakan gaya berpakaian, persekitaran professional atau kehidupan sosial sebagai elemen untuk mengekspresikan diri.
Photo from Pinterest
Sebab itulah pemilihan wangian yang betul dan bersesuaian dengan personaliti korang amatlah penting untuk memastikan iannya serasi dan boleh vibe dengan gaya hidup korang tau!
Orang Yang Lemah Lembut Sesuai Dengan Bau Segar Floral
Photo from Pinterest
Kalau korang seorang yang sopan, lemah lembut bercakap dengan nada perlahan. Bau wangian dalam keluarga bunga floral merupakan kawan baik korang tau. Keluarga wangian floral adalah keluarga wangian terbesar dan menjadi pilihan ramai orang yang paling popular.
Kebanyakkan peminat wangian ini adalah mereka yang suka warna terang dan semarak. Individu ini adalah peramah, ceria, hangat dan mesra. Selain itu, mereka memiliki kelas tersendiri dan seriing menghargai kehalusan, kecekapan dan ketekunan.
Selalunya individu ini adalah sensitif dan bersederhana, mudah untuk difahami dan tulus. Wangian floral segar seperti mawar, melati, teratai, anggerik memberikan keharuman segar tapi ringan amat padan dengan individu yang mempunyai personaliti lemah lembut seperti ini.
Keindahan wangian keluarga floral terletak pada kepelbagaian aroma yang ditawarkan dalam nota mereka. Bau harum yang lembut dan feminin memberikan keanggunan, romantik untuk memikat sesiapa yang membaunya.
Photo from Pinterest
Kalau korang seorang yang lemah lembut, apa kata cuba wangian yang berasaskan floral!
Seorang Positif & Happy-Go-Lucky Patut Pilih Bau Citrus
Photo from Pinterest
Dalam hidup kita pasti mengenali seorang yang positif dan happy-go-lucky yang selalu ada untuk membawa tenaga positif dalam apa jua situasi. Mereka yang memiliki personaliti ini selalunya mempunyai semangat tinggi, murah hati, suka bercakap dan seorang ekstrovet!
Haa.. kalau macam tu memang sesuai sangat untuk dipadankan bersama wangian dalam keluarga citrus. Kategori wangian ini mempunyai bau menyegarkan untuk memberikan keceriaan. Inspirasi wangian citrus datang daripada buah-buahan citrus seperti limau, grapefruit.
Keunikan wangian terletak pada nota asidik dan haruman semulajadi buah-buahan citrus untuk memberikan bau ceria serta segar yang amat menyenangkan tau. Wangian citrus memberikan aura ceria dan kehidupan kepada apa jua suasana.
Nota wangian ini selalunya bauh buah citrus dicampurkan dengan bunga atau kayu untuk menyempurnakan komposisi wangian ini. Kelebihan wangian ini adalah bau cerianya. Wangian ini sesuai untuk memberikan perasaan yang senang sepanjang hari.
Photo from Pinterest
Ia juga dapat meningkatkan mood korang untuk bangkitkan semangat! Haa.. sebab itulah kalau korang seorang yang positif dan kekal riang walaupun tengah hadapi pelbagai masalah hidup, apa kata cuba wangian keluarga citrus pulak!
Bertenaga Dan Aktif Sesuai Dengan Bau Fruity
Photo from Pinterest
Mungkin korang seorang yang aktif, bertenaga sepanjang hari tenang menghadapi hiruk pikuk kehidupan seharian. Bagi korang masalah akan selesai dan apa-apa masalah yang akan datang akan dihadapi denang tenag. Walaupun korang sudah penat berkerja seharian tetapi masih ada tenaga untuk pergi melepak mungkin bau fruity pilihan yang sesuai!
Wangian fruity merupakan kategori wangian yang menyegarkan dan turut dinikmati oleh ramai orang tau. Ia memberikan bau yang ceria, bersemangat dan menghidupkan suasana individu yang memakainya. Personaliti wangian ini diambil daripada kesegaran dan manis buah-buahan segar.
Nota wangian ini bermula dengan buah-buahan segar seperti epal, mangga, beri, nanas untuk memberikan aroma manis dan menyegarkan digabungkan dengan aroma buah yang lebih kompleks dan mempesonakan.
Keunikkan wangian ini sama seperti personaliti pemakainya. Setiap buah mempunyai aroma dan karateristik yang berbeza dan kombinasi antara buah-buahan dalam wangian akan menghasilkan keharmonian dan keunikkan yang berbeza dari wangian lain.
Photo from Pinterest
Haa.. kalau korang seorang yang aktif mungkin akan lebih tertarik dengan wangian seperti ini yang menghasilkan aroma yang berbeza daripada orang lain menjadikkan korang kekal unik dalam satu kumpulan!
Moden, Urban dan Sophisticated Sesuai Dengan Bau Oriental
Photo from Pinterest
Adakah korang seorang yang mempunyai kelas tersendiri? Mungkin korang seorang yang sukakan persekitaran bandar yang urban dipenuhi dengan pelbagai teknologi moden. Ataupun korang seorang yang sophisticated mementingkan gaya peribadi.
Wangian dari keluarga oriental ataupun eksotik merupakan wangian yang mengambil inspirasi daripada budaya yang kaya dan pelbagai dari negara timur tengah. Wangian ini menangkap bau landskap dan tradisi dan aroma daripada negara tersebut.
Ia mempunyai ciri hangat, sensual, mewah untuk membangkitkan rasa kaya serta sensualiti. Penggunaan bahan-bahan aromatik seperti rempah ratus, resin, kayu berharga menjadikan asas untuk menghasilkan wangian oriental.
Penggunaan nota yang kuat seperti amber, vanilla, musk, oud, sandalwood dicampurkan dengan pelbagia rempah kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih akan menghasilkan aura hangat membuatkan pemakainya lebih konfiden dan seksi.
Kompleksiti wangian oriental dapat berubah mengikut kedalaman wangian ini. Bau yang kuat akna melekat pada kulit dan secara perlahan-lahan berubah mengikut gaya hidup korang tau. Haa.. adakah personaliti korang bersesuaian dengan wangian kuat dalam keluarga oriental?
Photo from Pinterest
Paling penting adalah mengenali personaliti korang terlebih dahulu sebelum memilih keluarga wangian yang bersesuaian untuk memastikan diri korang tampil lebih unik dengan wangian tersendiri.
❤️ iPhone 15: Pelancaran Model Terkini dengan Fitur dan Perubahan Terbaru | Jom Explore
❤️ Jenis-Jenis Lipstik dan Fungsinya: Lipstik Stick, Lipstik Balm, Lip Tint, Lipstik Cream, dan Lip Gloss | Jom Explore