3 Kasut Klasik Patut Korang Beli Sekarang!
Sejak kebelakangan ini, semakin ramai ingin mencari sepasang kasut selesa tetapi masih mempunyai gaya reka yang cantik serta kemas untuk dipakai dalam suasana ofis. Itu yang menyebabkan ramai memilih sneakers kerana ciri dan faktornya memenuhi kriteria yang dicari.
Keselesaan amatlah penting dalam mencari sepasang kasut baru. Tidak semua kasut direka dengan keselesaan sebagai objektifnya. Selalunya, kasut gaya sneakers mempunyai sokongan seperti kusyen dan fabrik ringan untuk memastikan kaki dan sendi tidak terasa sakit sepanjang tempoh berjalan.
Selain daripada keselsaan, kasut gaya ini mempunyai ciri serba boleh yang membolehkan korang pakai waktu berkerja dalam suasan smart casual ataupun ketika di hujung minggu bersama pasangan dalam suasan kasual.
Haa.. tak terkejut lah kan kalau kita lihat semakin ramai mula memilih kasut gaya sneakers berbanding kasut kulit kerana faktor seperti ini dan terdapat pelbagai gaya rekaan yang telah dikeluarkan oleh jenama sukan yang terkemuka untuk memenuhi permintaan tinggi ini.
Photo from Pinterest
Kalau korang sedang mencari kasut baru untuk pergi kerja apa kata korang lihat dulu kasut sneakers yang mempunyai gaya klasik! Mana tahu korang boleh tersangkut pulak dengan kecantikannya. Gaya klasik ini lebih menarik kerana ia tidak lapuk ditelan zaman tau.
Tunggu apa lagi, jom baca dulu!
Nike Air Force 1
Photo from Pinterest
Antara kasut sneaker paling popular dalam dunia sehinggakan kalau korang pergi ke Bukit Bintang hampir setiap orang akan memakai Nike Air Force 1 sampaikan ada lagu lagi pasal kasut ini.
Diperkenalkan pada tahun 1982 ia merupakan antara kasut paling popular direka oleh Nike dan kekal menjadi pilihan orang dalam katalog mereka. Daya tarikannya turut mencipta sub budaya yang dikenali sebagai 'sneakerheads'
Nama kasut ini diambil daripada pesawat presiden Amerika Syarikat melambangkan statusnya sebagai model utama dalam barisan produk Nike. Ia merupakan kasut yang direka untuk sukan bola keranjang yang menggunakan teknologi Nike Air buat kali pertama.
Teknologi Nike Air dapat memberikan keselesaaan dan sokongan yang luar biasa serta meningkat prestasi di atas gelanggang pada waktu itu. Selepas dikeluarkan, kasut ini mendapat populariti dengan cepat dalam kalangan pemain serta peminat kerana keselesaan dan sokongannya.
Selain itu, reka bentuknya memainkan peranan utama kenapa ia popular. Reka bentuk klasik dan siluet rendah menggunakan kulit memberikan penampilan mewah tau. Reka bentuk kasut ini turut mempunyai lubang kecil di bahagian hadapan yang bukan sahaja elemen visual malah meningkatkan pengudaraan!
Pengaruh Air Force 1 meluas di luar gelanggan bola keranjang. Ia bukan sahaja sepasang kasut malah ia menjadi ikon penting dalam dunia fesyen jugak tau! Popularitinya diperkukuhkan dalam dunia muzik hip-hop yang menjadikan kasut ini sebahagian daripada uniform harian.
Photo from Pinterest
Sejak diperkenalkan Air Force 1 merupakan antara sneaker paling popular yang masih mengekalkan identiti klasiknya sehingga kini. Korang bukan sahaja dapat menikmati kecantikannya malah dapat juga merasai kehebatan kasut ini jugak tau.
Adidas Samba
Photo from Pinterest
Kasut klasik ini kembali popular setelah menjadi trend pada platform media sosial. Adidas Samba turut meninggalkan kesan dalam dunia kasut sejak diperkenalkan pada tahun 1950.
Asalnya direka sebagai kasut bola sepak, Adidas Samba dicipta untuk memenuhi keperluan pemain bola sepak dengan menyediakan sepasang kasut mempunyai cengkaman dan daya tahan baik di atas padang.
Ciri-ciri yang menjadikan ia unik adalah reka bentuk yang rendah diperbuat daripada kulit suede atau kulit. Tapak berwarna gam dengan corak tapak khas. Elemen-elemen ini menyumbang kepada prestasi cemerlang ketika digunakan di atas padang.
Pada masa yang sama, Adidas Samba mula beralih daripada kasut padang bola menjadi kasut di jalan raya. Ia menjadi antara sneaker paling popular yang diminati oleh penggemar kasual dan peminat kasut jugak tau! Reka bentuk klasik menjadikannya sebagai pelengkap dalam gaya fesyen retro.
Haa.. sebab itulah semakin ramai ingin membelinya tau! Popularitinya kini melonjak melalui platform media sosial menunjukkan bagaimana cara untuk gayakkannya.
Siluet rendah dengan reka bentuk minimalis, Adidas Samba menjadi pilihan utama untuk dipakai pada setiap hari. Ia boleh dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian daripada spektrum kasual sehingga formal. Logo jalur tiga ikonik Adidas dapat dilihat di sisi kasut dan di bahagian lidah menambah sentuhan tersendiri.
Apa yang membezakan Adidas Samba adalah keupayannya untuk menggabungkan dua fungsi berbeza iaitu sukan dengan gaya estetik fesyen terkini. Adidas juga telah mengeluarkannya dalam pelbagai pilihan warna dan variasi untuk memenuhi permintaan peminat! Min rekomen korang untuk memilih warna klasik seperti putih untuk dipakai setiap hari.
Photo from Pinterest
Haa.. korang jangan terkejut kalau korang sendiri jatuh cinta dengan rekaannya yang mudah untuk digayakkan mengikut gaya hidup korang tau! Gaya klasik retro ini membuatkan sesiapa sahaja pasti akan mencintainya. Apa kata kalini korang cuba kasut seperti Adidas Samba ni pulak!
Vans Old Skool
Photo from Pinterest
Antara kasut paling popular dalam dunia sukan lasak papan luncur, Vans Old Skool menjadi ikon bagi penggemar sukan papan luncur dan peminat fesyen!
Diperkenalkan pada tahun 1977, Vans Old Skool merupakan antara kasut ikonik yang dikeluarkan oleh Vans tau. Siluet rendah dan diperbuat daripada kain kanvas dan suede untuk memastikan kasut ini dapat bertahan ketika sesi bermain papan luncur.
Selain itu, ciri utama kasut ini adalah garis di bahagian sisi yang membezakan kasut ini daripada kasut Vans yang lain. Garisan ini juga turut menambah kepada gaya rekaan klasik!
Kasut ini turut direka untuk memberi sokongan kuat terutama terhadap impak kaki! Di bahagian jari kaki diperkukuhkan untuk ketahanan. Selain itu, di bahagian kolar pula menggunakan kain empuk untuk menyokong serta melindung buku lali.
Apa yang membuatkan kasut ini popular adalah gaya rekaanya yang serba boleh dan fleksibel. Walaupun pada awalnya kasut ini direka untuk papan luncur, kasut ini dengan cepat dipakai oleh sesiapa sahaja dalam dunia fesyen ataupun mereka yang inginkan sepasang kasut yang mudah.
Rekaan yang sederhana tetapi mudah digayakkan menjadi pilihan popular untuk mereka yang ingin memilih kasut yang santai dalam suasana kasual.
Vans Old Skool juga memiliki pelbagai variasi yang direka oleh Vans untuk menambah baik rekaan asalnya seperti teknologi lebih baik, kusyen yang lebih lembut ataupun menggunakan bahan lebih berkualiti untuk tingkatkan ketahanan kasut ini.
Photo from Pinterest
Kalau korang inginkan sepasang kasut yang mudah dipakai, tidak menjadi tumpuan apa kata korang cuba sepasang Vans Old Skool pulak!
❤️ Tips Memilih Pakaian yang Tepat untuk Menyembunyikan Lemak di Perut dan Meningkatkan Kepercayaan Diri Anda | Jom Explore
❤️ Gaya Smart Casual: Panduan Mudah untuk Penampilan Kemas dan Kasual | Jom Explore