Sup Pekat Penuhi Rempat Ratus Sejak Tahun 1961
Bayangkan situasi ini, korang berjalan sekitar pusat bandar ingin mencari makanan malam. Korang terhenti seketika setelah menangkap bau sup panas yang dipenuhi dengan aroma rempah-ratus dengan potongan daging, ayam, kambing lembut membuatkan korang terliur tanpa sedar! Haa.. itulah keunikkan Restoran Sup Haji Abu di Jalan Doraisamy yang sangat terkenal di bandar KL!
Seperti negara asia lain, negara kita turut mempunyai budaya makanan jalanan lebih dikenali sebagai 'street food' yang mewarnai landskap budaya makanan negara kita. Di setiap pelusuk jalan mesti terdapat satu dua gerai yang menjual makanan yang dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat tidak kira siapa jua.
Haa.. sebab itulah kedai sup kecil ni telah memulakan perniagaannya lebih daripada 10 tahun tau menjual sup yang dimasak dengan penuh teliti menggunakkan resipi turun-temurun untuk menghasilkan semangkuk sup panas yang bukan sahaja sedap malah melengkapkan selera makan.
Photo from IG: abucarimakan
Tapi, mesti korang nak tahu apa yang membeza kedai sup ini dengan yang lain kan? Pastikan korang baca sampai habis dulu. Baru lah tau kenapa!
Dibuka Sejak Tahun 1961, Sup Haji Abu Menjadi Ikon Bandar Kuala Lumpur!
Photo from IG: abucarimakan
Kalau korang tanya penduduk Kuala Lumpur, tipulah mereka tidak pernah melepak di Jalan Doraisamy menikmati semangkuk sup panas dari Sup Haji Abu ni tau! Mereka telah berniaga sejak tahun 1961 dan masih berkekalan pada tempat yang sama.
Haa.. korang bayangkan sendiri sudah 62 tahun kedai ini wujud menyediakan serta memastikan sup mereka dapat memuaskan setiap pelanggan yang datang melepak pada waktu malam.
Kalau korang nak tahu, kedai ini dibuka pada waktu petang iaitu bermula 4pm sehingga lah larut malam 1:30 pagi. Jadi, korang jangan risau kalau terlepas ataupun ingin mencari kedai makan pada waktu malam. Korang bolehlah singgah di sini bersama kawan dan lepak bersama!
Photo from IG: rifdirosli
Memang rugi kalau korang tak cuba singgah di kedai sup ini tau kerana pengalaman menikmati sup panas pada waktu malam dingin sambil bergelak ketawa dengan rakan-rakan memang sukar digambarkan!
Sup Panas Yang Dimasak Menggunakan Resipi Turun-Temurun Sehingga Menjadi Lembut Dan Sempurna
Photo from IG: abucarimakan
Restoran Sup Haji Abu ini merupakan sebuah perniagaan keluarga kecil tau. Haji Abu telah menyempurnakan resipi-resipinya selama bertahun-tahun menunjukkan kepakaran beliau dalam masakan 'Mamak' yang sinonim dengan budaya makan negara kita.
Sup yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan segar berkualiti dan dimasak dengan penuh teliti sehingga sempurna tau. Korang boleh dapatkan semangkuk sup dengan pelbagai jenis pilihan daging yang ada seperti sup ayam, daging, kambing, perut ataupun campur!
Terdapat jugak menu sup yang sedikit unik seperti sup burung puyuh, sup lidah kambing, sup lidah lembu, sup urat dan sup international.
Haa.. jadi korang jangan risau kalau tak tahu nak buat pilihan apa dekat kedai ini! Sebab sudah pasti ada sup yang sesuai dengan selera tekak korang tau. Tapi, menurut pelanggan tetap mereka. Sup Kambing merupakan sup paling popular yang sering kali habis kerana permintaan yang tinggi.
Photo from Haji D
Ia dibuat dengan daging kambing yang dimasak sehingga lembut untuk menaikkan rasa kemanisan daging itu. Kuah sup pekat yang kaya dengan perisa dipenuhi dengan pelbagai rempah ratus menjadi pelengkap utama kepada daging kambing tersebut!
Sup panas ini disajikan bersama roti benggali ataupun nasi lemak yang dijual di atas meja untuk dinikmati bersama.
Lokasi Ikonik Memudahkan Korang Mencari Ikon Kuala Lumpur
Photo from Haji D
Kerana kepakaran beliau menghasilkan sup yang sedap, kedai ini telah bertahan berpuluh-puluh tahun dan menurut pemilik kedai. Mereka telah menyaksikan pelbagai perubahan di sekitar bandar kuala lumpur.
Namun, mereka masih berkekalan untuk menghasilkan makanan yang sedap kepada setiap penduduk di negara kita yang datang melepak sambil menghirup sup panas mereka.
Menurut pelanggan mereka pula, kebanyakkan memang akan datang pada waktu malam kerana suasana yang lebih dingin sangat sesuai untuk makan sup yang panas. Selain itu, kerana lokasi di Jalan Dorasamy menjadi tumpuan penjalan kaki menjadikkan gerai ini popular di kalangan penduduk dalam bandar.
Haa.. tak lupa juga, harga makanan yang berpatutan memang menyebabkan ramai sanggup tunggu dan beratur awal tau semata-mata untuk mendapatkan sup kambing yang popular tu!
Photo from IG: abucarimakan
Jadi, kalau korang nak dapatkan daging bahagian paling sedap dan lembut kena datang awal sedikit kerana berkemungkinan kalau korang datang lewat mungkin dah habis!
So, korang ada pelan nak singgah ke gerai Sup Haji Abu tak malam ni? Apa kata ajak kawan lepak bersama ke sambil menikmati semangkuk sup sedap ni.
❤️ Tips Membeli Hadiah untuk Lelaki: Dompet, Kasut, dan Minyak Wangi Terbaik | Jom Explore
❤️ Upgrade Gaya Hidup T20 dengan Produk Kecantikan Terbaik dari Sa Sa Malaysia | Jom Explore