Resepi Kepak Ayam Madu Tanpa Minyak,Sangat Senang Hanya Menggunakan Periuk Nasi
Pernah tak korang cuba masak kepak ayam madu hanya menggunakan periuk nasi dan tidak menggunakan minyak. Jika anda orang bujang, pelajar asrama, suri rumah yang tiada oven boleh cuba resepi ini. Sangat mudah dan bahan- bahan yang digunakan juga mudah dijumpai di pasaraya.
Jom kita tengok bagaimana cara untuk buat kepak ayam madu ini :
- Bahan-Bahan
- 8 ketul kepak ayam
- Bawang Putih
- 2 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap pekat
- Lada hitam
- 1 sudu besar madu
- Bijan
- Cara untuk memasak
- Masukkan ayam ke dalam periuk nasi
- Letakkan bawang putih pada ayam
- Letakkan kicap cair pada ayam
- Letakkan kicap pekat pada kepak ayam
- Letakkan sedikit madu pada ayam
- Taburkan sedikit lada hitam dan garam
- Tutup periuk nasi dan masak di atas api sederhana selama 20-25 minit atau sehingga ayam masak dan lembut.
- Tabur bijan pada ayam apabila siap di masak
- Sedia untuk dihidang
Nota: Anda boleh menambah atau mengurangi madu sesuai citarasa. Anda juga boleh menambah rempah-rempah lain seperti bawang putih atau cili untuk memberi rasa yang lebih menarik.