Nasi Kandar Pulau Pinang Di Pusat Bandar KL, Nikmati Rasa Pulau Pinang yang Autentik!
Peminat Nasi Kandar dah tak perlu pergi sampai ke Pulau Pinang tau sebab Nasi Kandar Sithique dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman menyediakan Nasi Kandar yang sedap dengan kuah pekat cukup rasa macam korang sendiri dekat Pulau Pinang!
Terletak berdekatan dengan Sogo KL, Nasi Kandar Sithique merupakan antara restoran yang menyediakan nasi kandar di bandar Kuala Lumpur. Mereka mendapat reputasi melalui peminat-peminat nasi kandar sebagai kedai yang paling konsisten dengan rasanya!
Haa.. dahlah terletak di pusat bandar, tak perlulah korang pandu jauh-jauh kan? Korang turun ke pusat bandar cari Sogo KL dah boleh nikmati sepinggan sambil menikmati aroma kesedapan restoran ini.
Photo from Fadzli Hisham
Jadi, korang nak tau apa yang menarik dekat Nasi Kandar Sithique ni? Korang kenalah baca artikel ni sampai habis. Jom!
Persaingan Ketat Untuk Mendapat Gelaran Nasi Kandar Terbaik Di Kuala Lumpur!
Photo from FB: Kim Naldo Jr
Sebenarnya, terdapat kebanyakkan restoran 'mamak' menyediakan nasi kandar sebagai antara hidangan utama mereka. Selain daripada menu masakan goreng-goreng, roti canai. Nasi Kandar merupakan menu wajib kalau kita nak makan dekat mamak betul tak?
Jadi, terdapat pelbagai jenis restoran mamak di sekitar bandar KL ini dan mereka berada dalam persaingan ketat untuk mendapatkan gelaran nasi kandar terbaik tau. Tapi, menurut peminat nasi kandar. Nasi Kandar Sithique bukan sahaja konsisten malah memastikan resipi-resipi kari mereka authentik dan dilempahi dengan rasa yang lazat tau.
Kuah kari mereka pekat dan dipenuhi dengan rempah ratus dimasak secara perlahan-lahan untuk memastikan setiap komponen menjadi sebati meningkatkan aroma kari tersebut apabila dicampur dengan nasi putih yang gebu dan lembut. Haa.. ayam goreng dekat sini memang popular tau! Korang wajib cuba.
Photo from FB: Kim Naldo Jr
Selain itu, peminat restoran ini syorkan untuk korang mencuba sotong mengandung mereka sebesar tapak tangan korang, daging hitam dan ayam kicap yang menjadi kegemaran ramai dekat sini.
Bukan itu je tau, kalau korang ragu-ragu dengan pilihan apa yang terbaik dekat sini. Pastikan korang tanya tukang ceduk nasi atau 'joki' kuah apa yang sesuai dengan lauk dipilih bagi pelanggan pertama.
Walaupun Terletak Di Pusat Bandar, Harga Masih Berpatutan
Photo from Nazri Sukri
Haa.. bila kita sebut pusat bandar je sudah tentu kita akan memikirkan tentang kos makan betul tak? Maklumlah, memang tidak dapat dinafikan apabila duduk di pusat bandar ni hampir semua kedai makan ni mahal tak masuk akal kan!
Tapi, korang jangan risau apabila korang singgah ke restoran ini untuk menikmati makan tengah hari kerana harga yang ditawarkan masih berpatutan dan tidak meninggalkan kesan yang besar pada dompet korang tu.
Photo from FB: Kim Naldo Jr
Haa.. kalau korang nak tahu menurut pelanggan tetap mereka sepinggan nasi putih bersama daging hitam (2 ketul), sotong (1 ketul), pedal, hati goreng dan bendi 3 ketul hanya berharga RM18 je tau. Jadi, kalau korang nak melantak dekat sini memang puas hati tau!
Lokasi Yang Strategik Senang Untuk Korang Cari!
Photo from Bray Wok
Dibuka sejak tahun 1973, restoran ini mempunyai lokasi yang strategik tau. Lokasi yang berdekatan dengan pelbagai bangunan-bangunan utama menyebabkan korang lebih mudah untuk mencari dan tidak mudah untuk sesat.
Selain itu, restoran ini turut menyediakan ruang makan yang bersih dan selesa. Suasana yang old school membuatkan korang seperti berada dalam filem-filem lama Malaysia tau. Nostalgia betul!
Bukan itu je tau, korang kena pastikan waktu untuk korang datang makan pada waktu yang betul! Kalau korang datang waktu puncak seperti tengah hari, korang perlu tempuh beratur yang panjang sebelum dapat menikmati nasi kandar sithique ini tau.
Haa.. pelanggan tetap mereka turut berkata bahan-bahan yang diggunakan dalam masakan mereka menggunakan berkualiti tinggi. Seterusnya, kedai ini terkenal dengan konsisten mereka memastikan setiap resipi rasa yang sama supaya pengalaman korang tidak akan terjejas tau.
Kalau korang nak tau, nak cari parking dekat sini pun senang kerana sebelah restoran terdapat kawasan parking lapang yang tidak jauh daripada restoran. Jadi, dah tak pening kepala nak memikirkan mencari kawasan parking berdekatan dengan restoran ini.
Photo from Eddie Jr
Secara kesimpulannya, Nasi Kandar Sithique adalah restoran terkenal di Malaysia di Kuala Lumpur yang telah mendapat kemasyhuran atas hidangan Nasi Kandar yang luar biasa. Dengan komitmen terhadap bahan-bahan berkualiti, teknik memasak tradisional, dan semangat untuk memberikan cita rasa yang lazat, Nasi Kandar Sithique terus menjadi destinasi kuliner yang dihargai bagi peminat makanan yang mencari pengalaman makanan Malaysia yang autentik.
❤️ Tips Pakaian Untuk Tarikh Pertama Lelaki: Buat Impresi pada Pasangan Calon Anda! | Jom Explore
❤️ Mengenalpasti Pembohong Cinta dalam Dating Dalam Talian: Tips dan Taktik | Jom Explore