Pergi Dating Boring? Jom Cuba Aktiviti Baru Ini!
Antara masalah yang selalu pasangan hadapi adalah mencari tempat ataupun aktiviti baru untuk pergi dating. Tak kisahlah pasangan baru ataupun lama, mencari tempat dating ni lagi susah daripada fikir nak makan apa harini tau! Haa.. korang jangan risau tau, Min akan cuba bantu sedaya updaya nak menyelesaikan masalah korang tau.
Pergi dating ni merupakan sebuah pengalaman yang menyeronokkan serta gembira membolehkan dua individu menghabiskan masa berkualiti bersama untuk mengenali ssatu sama lain dengan lebih baik dan mencipta kenangan yang akan diingati sampai bila-bila.
Tetapi, sejak kebelakangan ini semakin ramai pasangan termasuklah Min sendiri menghadapi masalah di mana kita sudah ketandusan idea untuk menghabiskan masa bersama-sama. Sampai satu tahap dah tak tahu nak pusing ataupun jalan ke mana tau, korang boleh relate kan?
Photo from Canva
Selain itu, untuk pasangan baru ataupun pergi dating untuk kali pertama Min nak rekomenkan dekat korang aktivit-aktivit apa yang lain daripada lain untuk korang habiskan masa bersama pasangan korang sekaligus menikmati pengalaman yang menyeronokkan tau.
Haa.. pastikan korang baca sampai habis barulah lepas ni ada banyak sikit idea untuk pergi dating kan. Jom!
Apa Kata Bawa Pasangan Korang Pergi Main Bowling! Sedikit Kelainan Daripada Yang Biasa
Photo from Supreme Cosmic Bowl
Haa.. kalau korang yang dah bosan asyik pergi makan je kalau dating. Apa kata, korang pergi main boling pulak ke? Mana tau lepas ni jadi aktivit kegemaran korang dengan pasangan pulak kan.
Boling ni merupakan sukan yang popular dan menyeronokkan yang boleh dinikmati oleh setiap lapisan umur dan mesra pada setiap tahap kemahiran tau. Jadi, korang jangan risau kalau tak reti main boling kerana ia merupakan sukan yang sangat mudah untuk main tau!
Perkara paling best pasal boling adalah ia menyediakan suasana yang seronok serta memberi ruang untuk kita berinteraksi secara lebih terbuka dan tidak terlalu formal dengan pasangan kita. Selain itu, korang pun dapat meluangkan masa untuk berinteraksi, bercakap serta mengenal pasangan lebih baik dengan suasana yang menyeronokkan.
Photo from ekmalsuhaimi
Bukan itu je tau, kebanyakkan pusat boling sekarang tidak macam zaman dulu. Pusat boling pada masa kini lebih cantik serta turut menyediakan landskap yang sesuai kalau korang nak bergambar bersama pasangan untuk dimuat naik ke media sosial korang tu! Haa.. jangan risau tempat boling dah tukar jadi aesthetics tau.
Antara pusat boling yang Min boleh rekomen dekat korang adalah, Supreme Cosmic Bowl terletak di MidValley Megamall tau. Pusat Boling ni sangat sesuai kalau nak bawa pasangan korang untuk luangkan masa bersama main boling dengan suasana yang meriah dapat mewujudkan kenangan serta pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Apa Kata Lepak Dekat Tempat Glamping? Mana Tahu Dapatkan Hilang Stress Jugak Sambil-sambil Healing Kan!
Photo from Vickey Chen
Kadang-kadang dating dekat pusat bandar ni boleh jadi boring kerana permandangan serta landskap bandar yang sama boleh menimbulkan perasaan bosan kepada diri kita dan juga pasangan. Kerana permandangan yang sama menyebabkan jangkaan kita mendatar aja tau.
Haa.. sebab itulah Min nak rekomen dekat korang untuk cuba pergi 'glamping' pulak ke? Mana tahu dengan permandangan yang berbeza dapat membuahkan pengalaman baru sekaligus menghabiskan masa bersama-sama dengan momen indah tau.
Glamping ini adalah pendekatan moden terhadap perkhemahan tradisional tau. Korang dapat menikmati permandangan serta keindahan semulajadi dengan kemudahan seperti korang berada di hotel mewah.
Selalunya, tempat penginapan glamping menyediakan tempat penginapan yang mewah dan selesa termasuklah kelengkapan selesa supaya korang boleh nikmati sepenuhnya masa bersama dengan rehat sambil menikmati keindahan alam semulajadi di kawasan sekeliling tau.
Photo from Pasar Tamar
Selain itu, kemudahan yang disediakan di tempat glamping akan meningkatkan pengalaman dating korang secara keseluruhan tau. Selalunya, kawasan glamping akan menyediakan Wi-Fi, lubang api, air panas untuk memberikan suasana berkhemah tapi lebih selesa supaya korang dapat menghabiskan masa dengan bercakap sahaja.
Bukan itu je tau, pengalaman glamping bersama pasangan lebih unik berbanding dating korang sebelum ni tau kerana ia memberi nafas segar dalam pengalaman dating korang serta menambah kenangan baru yang sukar dilupakan tau.
Min rekomen korang untuk pergi glamping di Glow @ Wetlands di Putrajaya tau!
Asyik Takda Idea Je Nak Buat Apa, Apa Kata Pergi Dating Main Game Sama-Sama!
Photo from Vivae Board Game Cafe
Kalau pergi dating ni yang menyebabkan kita cepat bosan adalah bila kita tiada aktivit yang dapat dilakukan secara pasangan selain daripada berborak di cafe sambil makan. Persekitaran serta tiada aktivit akan menyumbang kepada mood bosan ini sekaligus menyebabkan korang akan mengalami pengalaman yang buruk.
Haa.. sebab itulah Min nak rekomen korang untuk meluangkan masa di mana-mana board game cafe yang semakin mudah untuk cari berbanding tahun-tahun sebelum ini tau. Board game merupakan sumber hiburan serta aktiviti yang sesuai untuk berinteraksi bersama pasangan korang tau.
Apabila korang meluangkan masa bersama bermain board game, korang dapat meluangkan masa yang menyeronokkan melalui permaianan yang menguji minda, menguji strategi serta bersaing dalam persekitaran yang menyeronokkan tau. Sikit pun korang tidak akan rasa janggal ataupun bosan kerana suasana yang meriah.
Selain itu terdapat pelbagai jenis board game dalam pelbagai tema, genre dan kompleksiti untuk memenuhi minat serta tahap kemahiran korang bersama pasangan korang. Haa.. selain daripada Monopoly korang boleh cuba Settlers of Catan, Ticket To Ride dan Pandemic yang akan menawarkan keseronokan bersama-sama.
Photo from Andrew Day
Bukan itu je tau, korang dapat mengenali pasangan korang lebih intim melalui interaksi ketika bermain bersama sekaligus mencipta sebuah pengalaman dalam hubungan lebih mendalam serta memori yang sukar dilupakan.
Haa.. apa kata cuba ajak pasangan pergi dating kat sini pulak! Ataupun, korang boleh ajak pasangan lain untuk meluangkan masa beramai-ramai dan fokus kepada menikmati masa yang riang bersama-sama.
❤️ Cara Mencari Perfume yang Sempurna untuk Gaya dan Personaliti Anda | Jom Explore
❤️ https://jomexplore.io/article/5435/jenis-baju-wajib-lelaki-kemeja-oxford-lengan-pendek-baju-t-bergaya