Makanan Thai Authentik Macam Di Thailand Di Restoran Khunthai Village, Cheras!
Orang Malaysia memang peminat makanan daripada Thailand betul tak? Haa.. Min nak kongsikan sebuah kedai di Cheras menyediakan resipi serta menu asli dari negara jiran!
Sebut sahaja makanan thai sudah pasti korang kenal dengan rasa kompleks, rempah aromatik, keseimbangan antara manis, masam, masin dan pedas.
Ini merupakan watak-watak utama ketika kita menikmati pelbagai lauk makanan thai di negara kita betul tak?
Photo from Canva
Haa.. kalau korang nak tahu, Restoran Khunthai Village terletak di Cheras terkenal dengan menawarkan korang pengalaman makan seperti korang sedang bercuti di Thailand.
Pastikan korang baca sampai habis nak tau apa lagi tarikan di restoran thai yang tak ramai tahu lagi ni!
Menu-Menu Menghidangkan Makanan Authentik Daripada Thailand!
Photo from EmoBananaBoy
Siapa je tak suka makanan thai betul tak? Tipu lah kalau korang tiada kedai makanan thai kegemaran dalam negara ni kan! Lauk makanan mempunyai rasa kompleks itulah membuatkan kita ketagih betul dengan masakan thai ni.
Kalau korang nak tahu, Restoran Khunthai Village ini akan menghidangkan pelbagai makanan thai authentik yang jarang sekali korang jumpa di kedai-kedai makanan thai lain tau. Menu mereka yang dipenuhi dengan pelbagai cita rasa serta hidangan khas setiap kawasan di Thailand.
Selain itu, setiap masakan mereka menggunakan bahan berkualiti tinggi, segar dan authentik daripada negara itu tau! Jadi, kalau korang nak merasa 'Tomyum' yang sebenar dengan resipi asli memang wajib korang turun ke sini untuk menjamu selera.
Bukan itu je tau, korang wajib mencuba snek tradisional yang dikenali sebagai 'MiangKham' yang bermaksud 'bungkusan satu gigit' tau. Korang akan mencampurkan beberapa bahan seperti kacang tanah, bawang, bawang putih, halia serta udang kecil dan membungkusnya dengan daun sebelum menikmati dengan sos yang disediakan.
Photo from Canva
Menurut pelanggan mereka, snek tradisional ini antara kegemaran ramai kerana campuran pelbagai rasa mampu membuat deria rasa korang meletup dengan kesedapan!
Dihias Dengan Pelbagai Motif Tradisional Thai Untuk Memberi Persekitaran Seperti Korang Berada Di Thailand
Photo from Jue Andika Suria
Apabila korang melangkah masuk ke Restoran Khunthai Village, perkara utama yang menarik mata korang adalah kemeriahan suasana dan hiasan ruang dalam restoran mengambil inspirasi oleh budaya tradisional Thailand. Ini untuk memberi persekitaran seperti korang berada di Thailand tau!
Hiasan dalaman yang mencerminkan warisan budaya Thailand dengan perabot kayu yang mempunyai ukiran serta karya seni Thai menghiasi dinding meriahkan suasana restoran ketika menjamu selera tau.
Selain itu, atap menggunakan daun nipah dengan kolam air di tengah-tengah restoran membawa kelainan berbanding restoran thai di kawasannya tau. Bukan itu je, susunan restoran ini serta konsep restoran terbuka membuatkan sangat sesuai untuk korang bawa keluarga bersama untuk makan dan nikmati masa bersama-sama.
Photo from Bryan Kee
Bukan itu je tau, korang nak lepak santai bersama-sama kawan pun memang best tau dekat restoran ini.
Servis Pantas Walaupun Restoran Sebesar Alam!
Photo from EmoBananaBoy
Menurut pelanggan-pelanggan mereka, restoran ini mempunyai perkhidmatan servis yang laju dan cekap untuk memastikan pengalaman korang tidak bertukar jadi masam!
Selain itu, pelanggan pun tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan makanan mereka dan setiap masakan diorng akan dimasak dengan penuh cermat supaya setiap suapan korang tu dipenuhi dengan nikmat sedap dan lazat tau.
Bukan itu je tau, untuk melengkapkan pengalaman korang menikmati makanan di restoran ini. Min rekomen korang untuk menikmati pelbagai menu minuman yang dihidangkan bersama menu makanan mereka. Air-air yang popular di Thailand korang boleh dapatkan di restoran ni tau seperti 'MyThai Latte', 'MyThai Milk Tea' dan 'MyThai Green Milk Tea'.
Photo from EmoBananaBoy
Secara keseluruhannya, Resotran Khunthai Village ini antara permata tersembunyi untuk peminat makanan Thai! Selain itu, kalau korang inginkan pengalaman makanan authentik thai dengan suasana macam korang dekat Thailand. Jadi, korang tunggu apa lagi jom serbu restoran ini sekarang!
📍Lot 2, Jalan CJ 1/6, Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, 43200 Cheras, Selangor
⏰Setiap Hari (11 am - 11 pm)
❤️ Sotong Bakar Gemuk dan Sedap di Warung Hijau Rojak Sotong Melaka Dengan Resipi Turun-Temurun Keluarga | Jom Explore
❤️ Lepak di Kedai Kopi Empat Petang: Nikmati Kopi & Cipta Memori Indah di Bandar Temerloh | Jom Explore