download Jom Explore app
Mongolian BBQ Original Di Danau Kota, KL!

Mongolian BBQ Original Di Danau Kota, KL!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 10 May 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Siapa kat sini kaki makanan bufet BBQ? Haa.. korang kena try makan di Restoran Khan Mongolian Muslim yang menawarkan pengamalan makanan bufet yang unik dengan harga berpatutan memang sesuai untuk bawa keluarga ataupun rakan-rakan menikmati suasana dan keseronokan!

Haa.. terletak di Danau Kota, restoran ini menawarkan makanan bufet BBQ dengan sedikit kelainan iaitu menggunakan gaya masakan asli daripada Mongolia tau!

Bukan itu sahaja tau, restoran ini memang terkenal dengan resipi makanan Mongolian Muslim yang sedikit berbeza daripada Makanan Cina Muslim yang biasa korang makan tu! Tambahan pula dengan suasana terbuka, servis yang laju membuatkan kedai ni memang ramai pelanggan beratur.

Makanan Bufet BBQ memang terkenal dalam negara kita kan!Photo from Canva

Korang nak tahu lagi keunikkan kedai ini? Jom, baca artikel ni sampai habis dan terus pergi restoran ni!

Nikmati Steambot BBQ dengan harga yang berpatutan serta pelbagai pilihan daging yang berkualiti!

Terliur Tau Tengok Gambar Ni!Photo from IG: cikmanis888

Kalau korang nak tahu, Steambot BBQ ataupun 'hot pot' memang terkenal di negara-negara Asia termasuklah negara kita tau. Ini kerana ia menggabungkan keseronokan barbeku dengan aspek makanan sihat bermula dari China sehinggalah ke negara kita tau.

Di Restoran Khan Mongolian Muslim korang akan diberikan pot untuk diisi sup pilihan korang tau. Kemudian, korang boleh menikmati pelbagai jenis pilihan seperti daging, sayuran, makanan laut, tofu dan juga mi untuk dimasak ke dalam pot mengikut kesukaan korang tau.

Selain itu, perbezaan steambot gaya Mongolia adalah menggunakan daging berkualiti yang segar dihiris nipis-nipis untuk mencepatkan proses masakkan dalam pot panas itu. Selain itu, jenis sayur-sayuran yang dihidangkan mengikut resipi tradisional Mongolia tau.

Memang Meriah Kalau Makan Dekat Sini Dengan Pelbagai PilihanPhoto from IG: le_dell

Korang pun boleh menikmati pelbagai jenis sos seperti sos bijan, sos cili untuk menambah rasa kepada daging yang dimasak itu! Yang seronoknya adalah korang boleh menikmati makanan dan suasana kegembiraan bersama rakan ataupun keluarga korang.

Menu Masakan Unik Dari Negara Mongolia Yang Berbeza Daripada Restoran Lain Tau!

Setiap Masakan Menggunakan Resipi Dari Mongolia TauPhoto from IG: danishtsl

Mongolia merupakan sebuah negara yang unik tau kerana ia terletak di antara negara Russia dan China menyebabkan resipi-resipi makanan mereka mempunyai pengaruh daripada negara-negara jirannya.

Sebab itulah, korang dapat lihat di Restoran Khan Mongolian Muslim ini lebih menggunakan daging, kambing, sayur-sayuran dalam masakan panas mereka serta menggunakan rempah-ratus yang sering dilihat dalam makanan cina muslim.

Tetapi, korang jangan terkejut tau apabila masakan-masakan yang dihidang di restoran ini mempunyai rasa sedap yang berbeza daripada restoran yang lain tau! Haa.. jadi Min rekomen korang untuk pesan berberapa masakan yang berada dalam menu mereka sambil menikmati makanan bufet bbq jugak tau.

Pilihan Yang Banyak Memang Seronok Tau!Photo from IG: danninshtsl

Selain itu, ramai pelanggan tetap mereka rekomen untuk mencuba 'Mongolian Style Beef' yang menjadi kegemaran ramai pelanggan yang sering kali makan disini tau. Tambahan pula, korang boleh minta untuk kurangkan pedas kepada staf mereka kalau korang tak biasa menikmati makanan yang sedikit pedas tau!

Suasana Terbuka, Meriah Dan Lokasi Yang Strategik! Memang Senang Sangat Untuk Korang Makan Dekat Sini

Makanan Bufet Yang Kemas, Bersih Dan Tersusun Memang Best!Photo from IG: daninshtsl

Di Restoran Khan Mongolian Muslim ni memang terkenal dengan makanan bufet yang berpatutan dan juga masakan panas mereka tetapi lokasi yang terletak di Danau Kota, KL memang memudahkan korang untuk mencari restoran ini tau.

Haa.. dengan suasana yang terbuka, kemeriahan setiap pelanggan membawa keluarga, rakan-rakan memang tidak dapat digambarkan tau! Keseronokkan serta kenikmatan makan disini memang sesuai untuk korang yang inginkan sebuah makan malam yang santai dan meriah.

Bukan itu sahaja tau, deko restoran ini mengekalkan konsep terbuka menambah lagi kepada suasana meriah di restoran ini. Korang jangan risau, memang restoran ini sesuai sangat untuk bawa keluarga besar kerana staf-staf disini sedia membantu untuk memastikan pengalaman korang dijaga dengan baik tau.

Suasana Terbuka Memang Sesuai Untuk Bawa Keluarga BersamaPhoto from Naza Umar

Secara keseluruhan, Restoran Khan Mongolian Muslim adalah destinasi wajib korang cuba bagi penggemar makanan bufet serta inginkan kelainan dengan menikmati makanan Mongolian original di bandar KL ni. Selain itu, korang turut boleh bawa keluarga ataupun rakan untuk menikmati makan malam santai dan meriah!

📍1-36, PV 128, Jalan Genting Kelang, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur

⏰5pm - 11:30pm

📞03-4141 8566

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok