download Jom Explore app
Tetap Tenang Walaupun Dikritik, Trivia Menarik Tentang Khairul Aming!

Tetap Tenang Walaupun Dikritik, Trivia Menarik Tentang Khairul Aming!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 04 Apr 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Scroll je mana mana platform media sosial, tagline "Hey, what's up guys" akan biasa sangat kita dengar lagi-lagi waktu nak berbuka ni kan.

Walaupun dikritik oleh pakar kesihatan tentang masakan beliau, Korang tahu tak kenapa Khairul Aming masih mempunyai sokongan daripada setiap netizen?

Usahawan Terkenal Khairul Aming!Photo from Sumbar Gambar: Shopee

Haa.. Ini adalah trivia mengapa Khairul Aming layak menjadi ikon dan mempunyai ikutan yang ramai. So, korang kena baca artikel ni sampai habis!

Personaliti Tersendiri Melalui Video Resipi Masakan!

Personaliti Beliau Mewarnai Video MasakanPhoto from Sumber Gambar: TikTok/ Khairul Aming

Haa.. korang perasaan tak sejak munculnya Khairul Aming, lebih banyak video masakan yang mengikut formula yang telah dicipta oleh beliau.

Kebanyakkan resipi masakan sebelum mempunyai host latar belakang dalam bidang kulinari dan resipi masakan yang susah untuk mereka yang baru berjinak dalam dapur.

Ayam Masak Bali Menjadi Kegilaan RamaiPhoto from Sumber Gambar: TikTok/ Khairul Aming

Khairul Aming memperkenalkan gaya video masakan yang menggambarkan resipi beliau iaitu mudah, sedap dan menyelerakan!

Walaupun tiada pengalaman dalam bidang kulinari, Khairul mewarnai video resipi melalui personaliti, gaya percakapan dan unsur-unsur komedia memberi sentuhan tersendiri yang tidak dapat ditiru oleh influncer lain.

Sumber Gambar: TikTok/ Khairul AmingPhoto from Sumber Gambar: TikTok/ Khairul Aming

Sejak 2018, netizen sentiasa menantikan Projek '30 video masakan untuk 30 hari puasa' yang mengajar netizen resipi-resipi mudah untuk diikuti bagi juadah berbuka.

Berpengalaman & Berpendidikan Tinggi Memberi Inspirasi Kepada Generasi Muda

Khairul Aming Menerima Ijazah BeliauPhoto from Sumber Gambar: Iluminasi

Dah nama pun influencer, mesti lah kena memberi impak dan menarik minat orang betul tak? Haa... korang semua tahu tak Khairul Aming merupakan pelajar cemerlang?

Khairul merupakan pelajar dalam bidang Major Mechanical Engineering di Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat. Beliau merupakan pelajar dekan setiap semester tau! Siap grad dengan 3.75 CGPA lagi.

Khairul turut menyatakan hasrat beliau ingin memberikan inspirasi kepada generasi muda untuk memberikan terbaik bagi mendapat peluang belajar di luar negara.

Beliau Kini Menjadi Seorang Ikon Dalam Bidang UsahawanPhoto from Sumber Gambar: Iluminasi

Bukan itu sahaja tau, selepas pulang ke tanah air. Khairul bekerja dalam bidang oil and gas dan logistik bagi menampung kehidupan beliau. Kerana minat beliau dalam dunia videografi membuahkan inspirasi untuk mencipta video masakan yang menjadi kegemaran ramai.

Haa..influencer bijak macam ni lah patut diangkat menjadi ikon kepada belia remaja kan!

Kritikan Dan Ulasan Diterima Dengan Hati Terbuka

Khairul Aming Menerima Kriitikan Secara Hati TerbukaPhoto from Sumber Gambar: TikTok/ Khairul Aming

Sejak namanya semakin popular, Khairul tidak lari jauh dari kontroversi yang mampu menghancurkan imej beliau.

Tular seorang pakar kesihatan mengkritik video beliau mengulas tentang kandungan minyak yang digunakan dalam masakan secara berlebihan. Kritikan tersebut mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi perasaan sama.

Menu Resipi Yang Simple Buat Netizen TerliurPhoto from Sumber Gambar: Twitter / Khairul Aming

Walaupun dikritik, Khairul tenang menerima kritikan tersebut dengan hati terbuka. Haa.. hebat kan! Khairul tenang memberi pendapat beliau walaupun menerima kritikan.

Bukan itu sahaja tau! Sebelum ini pun, Khairul pernah dikritik kerana kecuaian pembantu beliau dalam mengendali tugasan. Beliau mengambil inisiatif and pendekatan yang lebih terbuka terhadap peminat dan penonton membuatkan netizen kekal menyokong Khairul.

"Semua Gagal, Semua Saving Aku Hilang & Aku Kena Mula Dari Bawah" - Khairul Aming Cekal Menghadapi Kegagalan

Khairul Aming Berusaha Sebalik Timpa KegagalanPhoto from Sumber Gambar: Twitter/ Khairul Aming

Kalau korang nak tahu, Khairul Aming pernah menjual sambal sebelum ini tapi gagal atas pelbagai faktor yang dihadapi olehnya. Tapi, beliau mengharungi cabaran yang dihadapi dengan azam baru dan perbaiki kesilapan lampau.

Kegagalan yang dialami oleh Khairul tidak menyebabkan beliau putus asa. Kini, beliau berjaya membuka dua kilang bagi produk 'Sambal Nyet' yang menjadi kegilaan ramai.

Sambal Nyet Yang Melariskan Nama Khairul AmingPhoto from Sumber Gambar: Sedap Tube

Awesome! Khairul turut menceritakan pengalaman beliau berjaya menjual sebanyak 10,000 botol Sambal Nyet bawah satu jam memberi impak serta inspirasi kepada netizen tau.

Memang Layak Menjadi Ikutan Ramai!

Khairul Aming Kini Fokus Kepada Produk Beliau Sambal Nyet!Photo from Sumber Gambar: Twitter/ Khairul Aming

Tidak dapat dinafikan pengaruh Khairul Aming memang tidak dapat digambarkan. Rata-rata netizen kekal menyokong setiap video, pencapaian dan kejayaan beliau.

Sebab itulah ramai netizen menggangap Khairul Aming merupakan seorang ikon yang positif dan mampu memberi impak kepada sesiapa yang menonton video ataupun berinteraksi dengan beliau.

Personaliti dan pendekatan beliau yang sangat unik, bersahaja dan tersendiri dan tak lupa juga! gaya percakapan membawa unsur komedi dan bersahaja membuatkan Khairul Aming mempunyai identiti tersendiri yang tidak dapat ditiru.

Haa.. hebat kan karakter Khairul Aming ni! Min pun boleh relate sangat dengna korang yang berlumba-lumba nak dapatkan Sambal Nyet sebelum sold out!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok