4 Resipi Mudah Tanpa Minyak Menggunakan Air Fryer
Tular baru-baru ni, seorang influencer terkenal, Khairul Aming dikritik oleh segelintir netizen kerana khuatir serta takut masakan beliau menggunakan kandungan minyak yang terlebih banyak.
Photo from Sumber Gambar: Canva
Cuma, baru-baru ini Khairul telah berkongsi sebuah masakan yang menggunakan minyak yang banyak menjadi buah mulut netizen atas faktor kesihatan. Tapi, Min ada resipi yang menarik untuk share dekat anda semua tau.
Ini 4 resipi yang mudah untuk anda semua cuba tanpa menggunakan minyak dengan bantuan Air Fryer! Jom tengok resipi ini!
1. Chicken Tenders Air Fyrer
Chicken tenders atau "ketulan ayam" mempunyai rasa yang enak, manis dan masin dengan perasaan kepedasan yang sedikit. Teksturnya yang lembut dan berair menjadikannya lebih mudah dikunyah dan dicerna berbanding bahagian ayam yang lain. Walaupun begitu, ia masih mempunyai kepekatan daging yang mencukupi. Oleh itu, ia menjadi pilihan yang popular di kalangan kanak-kanak dan juga dewasa.
Photo from Sumber Gambar: Canva
Chicken Tenders merupakan ketulan ayam yang dipotong dari isi ayam mempunyai rasa yang enak, manis, masin serta sedikit kepedasan untuk melengkapkan. Teksturnya yang lembut dan 'juicy' menjadikannya lebih mudah untuk dimakan berbanding bahagian ayam yang lain. Haa.. sebab itulah Chicken Tenders sentiasa popular di kalangan kanak-kanak dan juga dewasa.
2. Garlic Butter Steak
Bila sebut sahaja steak mesti anda semua mengambarkan sebuah steak yang dimasak dengan sempurna di restoran mewah betul tak? Haa.. Anda pasti tak percaya bila Min kata anda juga boleh menikmati hidangan steak dengan teknik yang sangat mudah tau!
Photo from Sumber gambar: Canva
Garlic Butter Steak dimasak dengan bawang putih, mentega serta rempah untuk memberikan rasa serta aroma yang enak. Gabungan mentanga bersama bawang putih memberikan sensasi pedas pasti memikat selera anda ketika menunggu waktu berbuka nanti. Tapi ingat, anda kena pastikan daging steak dimasak pada suhu optimum 'medium rare' untuk memuaskan selera anda.
Min pun dah terliur ni, jom ikuti langkah dibawah ini.
3. Garlic Bread
Garlic Bread ini memang kegemaran Min tau! Anda semua pasti pernah rasa garlic bread yang dimasak dengan sempurna bersama bawang putih dan mentega menjadikan ia hidangan sampingan sangat sesuai untuk juadah berbuka.
Photo from Sumber Gambar: Canva
Roti ini sangat sesuai dihidang bersama steak, pasta ataupun apa-apa hidangan lain kerana roti ini sesuai dijadikan hidangan sampingan untuk menambah selera anda ketika waktu berbuka nanti.
Haa... kalau anda terasa nak makan roti yang sedap serta mengenyangkan, anda kena cuba resipi garlic bread ini. Anda pasti akan jatuh cinta pada rasa dan aromanya yang memikat selera!
4. Chicken Shawarma
Jika anda merupakan peminat makanan berasal dari negara timur tengah anda pasti mengenali 'Chicken Shawarma'. Ia terdiri daripada ayam dipanggang dan dihiris secara nipis dihidangkan dalam roti pita lembut dihiasi dengan pelbagai sayuran seperti tomato, lettuce dan timun. Chicken Shawarma tidak lengkap tanpa kombinasi sos yogurt dan sos pedas untuk melengkapkan hidangan ini.
Photo from Sumber Gambar: Canva
Hidangan ini sangat sesuai untuk dijadikan menu berbuka anda kerana ia merupakan hidangan yang ringkas, mengenyangkan dan mudah untuk dilakukan di rumah!
Dah tak perlu risau tentang makanan berminyak lagi lepas ni!
Haa.. korang semua confirm tak sabar nak cuba resipi yang Min kongsikan ni kan? Jom cuba masak 4 hidangan menyelerakan yang mudah untuk anda semua cuba untuk juadah berbuka puasa nanti!
Lagi satu, korang dah tak perlu risau dah pasal kandungan minyak yang berlebihan dalam makakan korang selepas ni. So, apa lagi? Selamat mencuba 4 hidangan mudah ini!
Anda mungkin suka: