Makan Dengan Suasana Kapal Terbang Di Terminal 1 Domestic And International Cuisine
Fuh! Dekat Batang Kali dah ada restoran ala-ala Fine Dining tapi berkonsepkan suasana di dalan kapal terbang di Terminal One - Domestic & International Cuisine yang terletak 2 Kilometer dari Pekan Batang Kali atau lebih tepat, terletak di Jalan Batang Kali - Genting Highlands, di kaki bukit menuju ke pusat peranginan Genting Highlands.
Photo from Terminal 1 Domestic And
Konsep Terminal 1 Domestic And International Cuisine
Restoran ini menyediakan konsep makan di dalam kedai dan juga di dalam sebuah rangka kapal terbang, dengarnya rangka kapal terbang ini adalah pesawat Charlie Hercules TUDM (C130H). Tetapi jika ingin makan di dalam suasana pesawat kena tempah dahulu, jika tidak boleh terus makan di dalam kedai seperti biasa.
Photo from Terminal 1 Domestic And
Photo from Terminal 1 Domestic And
Makanan Yang Disajikan
Konsep restoran ini akan menggabungkan hidangan tempatan Batang Kali dengan hidangan antarabangsa untuk memberikan pengunjung rasa yang berbeza dari restoran Terminal 1 lain. Beberapa hidangan tempatan yang dapat dicuba termasuklah nasi lemak, ikan patin masak tempoyak, dan gulai lemak cili padi.
Photo from Terminal 1 Domestic And
Photo from Terminal 1 Domestic And
Sementara itu, untuk hidangan antarabangsa, restoran ini akan menyajikan pelbagai jenis makanan seperti pizza, pasta, steak, dan burger.
Photo from Terminal 1 Domestic And
Hidangan yang disajikan nampak mewah dan bahan yang digunakan memang sangat berkualiti supaya pelanggan boleh makan dengan puas hati.
Photo from Terminal 1 Domestic And
Minuman Yang Unik
Mereka juga menyajikan minuman yang menarik dan unik bagi penggemar kopi dan pelbagai jenis minuman yang lain seperti terminal drink dan pelbagai jenis minuman yang istimewa serta mereka menyediakan, pencuci mulut untuk dimakan bersama.
Photo from Minuman yang unik
Photo from Terminal 1 Domestic And
Instagrammable
Selain itu, hiasan restoran akan dirancang dengan gaya yang menggambarkan keindahan alam Batang Kali agar pengunjung dapat merasa suasana yang selesa dan tenang sambil menikmati hidangan yang sedap. Apabila sudah habis makan, pelanggan boleh bergambar dengan suasana yang unik.
Photo from Terminal 1 Domestic And
? LOT 2026, Jln Batang Kali - Genting Highlands, Genting, 44300 Batang Kali, Selangor
⏰12pm-10pm (Rabu Tutup)
?013-289 9281