Walaupun klise, Tapi Anda Kena Cuba Nasi Lemak Ini, Memang Terbaik!
Malaysia dan nasi lemak memang tak dapat dipisahkan. Uniknya hidangan ini bukan sahaja boleh dinikmati pada waktu pagi, malah sepanjang masa iaitu tengah hari, petang, malam ataupun lewat malam.
Anda semua tahu tak ada beberapa ‘port’ nasi lemak di sekitar Kuala Lumpur yang mempunyai peminat mereka tersendiri? Malah ada juga yang sanggup beratur berjam-jam hanya untuk merasa juadah kesukaan ramai itu?
Mungkin ramai yang dah tahu gerai-gerai nasi lemak popular ini, cuma apa kata kita segarkan semula ingatan dan ingat betapa sedapnya rasa nasi lemak di kedai-kedai tersebut. Mari kita!
?Nasi Lemak Wanjo
Port nasi lemak ini sememangnya sangat popular di Kuala Lumpur. Kedai ini memang tak sah kalau tak dipenuhi orang. Anda semua tahu tak bahawa Nasi Lemak Wanjo telah beroperasi lebih 50 tahun di Malaysia.
Terletak di Kampung Baru, ia sangat sesuai buat mereka yang tak begitu sukakan sambal yang pedas dan ada sedikit rasa manis. Seperti biasa, anda juga boleh campurkan hidangan anda dengan menu tambahan seperti ayam goreng, sambal sotong dan banyak lagi.
?Nasi Lemak Wanjo, 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
⏰ Setiap hari kecuali Isnin, 6:30 am - 1pm
?Nasi Lemak Tanglin
Nasi Lemak Tanglin juga tidak kurang hebatnya. Sama seperti Wanjo, kedai ini juga sering dipenuhi orang ramai yang teringin nak makan nasi lemak auntentik Malaysia. Jangan tak tahu, kedai ini sudah beroperasi sejak tahun 1948 tau!
Terletak di Tasik Perdana, Kuala Lumpur, anda boleh beriadah di Taman Tugu sebelum ke sini. Memang berbaloi tau beratur!
?Nasi Lemak Tanglin, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur
⏰7am - 1pm (setiap hari)
?Nasi Lemak Bumbung
Nama Bumbung adalah kerana ketiadaan bumbung di kedai ini. Sangat unik di mana para pelanggan boleh melihat keindahan langit malam. Ya, Nasi Lemak Bumbung hanya beroperasi pada waktu lewat petang hingga malam sahaja.
Untuk pengetahuan, harga sepinggan nasi lemak biasa di sini hanyalah RM6.00 dan servisnya juga sangat pantas. Selain nasi lemak, mereka juga ada menjual mi goreng. Memang puas hati!
?Nasi Lemak Bumbung (Sebelah Maybank), Jalan 21/11b, Sea Park, 46300, Petaling Jaya
⏰Isnin – Sabtu (5:30 pm– 4 am), Ahad, (5:30 pm– 12am)
?Nasi Lemak Village Park
Bila dengar je nama Village park, dah terbayang-bayang nasi lemak ayam berempah dan milo dinosaur yang menjadi hidangan popular kedai ini.
Terletak di Uptown Damansara, kedai ini sememangnya sangat popular dan sentiasa dipenuhi orang ramai. Cuma, anda tidak boleh lepak terlalu lama di sini, lepas makan terus kena beredar. Tapi yang penting, rasa auntentik nasi lemak itu memang terbaik!
?5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
⏰Dibuka setiap hari kecuali Isnin (6:30 am-5:30 pm)
?Nasi Lemak Beratur Maluri
Haa… Nasi Lemak Beratur ni sangat popular sampai masuk berita tau! Kalau anda semua nak tahu, orang ramai sanggup beratur seawal 3 pagi untuk menikmati hidangan nasi lemak ini.
Hanya 200 bungkus nasi lemak dijual setiap hari dan sebab itulah ramai yang sanggup beratur awal supaya tidak berputih mata untuk merasai keenakan nasi lemak ini.
?Jalan Perkasa 1, Taman Maluri, Kuala Lumpur
⏰Setiap hari kecuali Ahad (4am - 6am)
?Sumber Foto: Instagram