Jom Buat Resepi Tteokbokki Halal Versi Homemade jee! Simple Dan Sedap
Kalau tengok Kdrama mesti selalu jumpa adegan dorang makan Tteokbokki kan? Yang minat atau yang nak cuba tu korang boleh buat sendiri jer lepas ni. Dikongsikan resepi Tteokbokki versi Halal. Lembut dan kenyal. Rasa sos yang pedas dan manis.
Photo from Aisyah Humaira
Resipi Tteokbokki Halal
Bahan kek beras:
-
1 cawan penuh membukit tepung beras pulut
-
Setengah sudu kecil garam dan air secukupnya
Photo from Aisyah Humaira
Cara buat kek beras:
1. Dalam mangkuk, satukan bahan di atas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
Photo from Aisyah Humaira
3. Tabur tepung beras pulut diatas pelapik. Kemudian ambil sedikit doh, bulatkan dan gulung memanjang lalu potong ikut saiz yang disukai.
Photo from Aisyah Humaira
4. Didihkan air dalam periuk, masukkan doh yang siap dibentuk lalu rebus. Bila rice cakes hampir timbul terus angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk/ais.
Photo from Aisyah Humaira
Photo from Aisyah Humaira
Bahan untuk sos:
-
3 biji bawang merah kecil
-
3 ulas bawang putih
-
1 sudu kecil lada hitam
Tumbuk semua bahan ni hingga hancur lumat.
-
2 sudu besar sos cili
-
1 sudu besar sos tiram
-
4 sudu besar cili pes gochujang
-
1 sudu besar serbuk cili
-
1 sudu kecil serbuk lada putih
-
1 sudu kecil minyak bijan
-
1 sudu kecil penuh bijan putih
-
1 sudu besar cuka
-
1 sudu besar serbuk pati ayam atau kiub pati ayam. Garam, gula secukup rasa
-
Air secukupnya
-
1 keping cheese (optional)
-
Sedikit daun bawang
Cara membuat sos:
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan semua bahan SOS satu persatu kecuali air dan cuka. Kacau hingga semua sebati.
3. Kemudian masukkan air mengikut kepekatan kuah yang disukai dan yang terakhir masukkan cuka serta rice cake yang telah siap dibuat awal tadi.
Photo from Aisyah Humaira
4. Kacau semua sebati. Jika suka berkuah lebihkan air. Siap.
5. Hiaskan dengan daun bawang, telur rebus dan seaweed.
Photo from Aisyah Humaira
Nota: Kalau suka pedas boleh tambah perencah ramen. Untuk isi boleh tambah fucuk goreng, telur rebus dan hot dog.
Anda Mungkin Suka: