Sarapan Macam Dekat Muar Terdapat Di Puchong, Jom ke Nurul Sate Batang Pinang
Teringin nak bersarapan seperti di Muar, Johor yang menyediakan sarapan pagi dengan hidangan sate. Jangan risau buat warga Selangor dan Wilayah jom ke Nurul Sate Batang Pinang di Puchong, Selangor sahaja.
Photo from Nurul Sate Batang Pinang
Bersarapan Sate Batang Pinang
Sesuai dengan namanya, sate daging disini bukannya sate biasa-biasa tetapi bahagian yang digunakan daripada lembu adalah bahagian batang pinang, atau dikenali juga sebagai 'tenderloin' iaitu bahagian daging paling lembut sekali !
Photo from Nurul Sate Batang Pinang
Sate Daging Batang Pinang dijual pada kadar harga RM1.60 secucuk manakala sate ayam berharga RM1.20 secucuk. Mereka juga menyediakan hidangan set untuk sate batang pinang ni. Dengar nama sate je dah terliur, belum makan lagi!
Photo from Nurul sate batang pinang
Pelbagai Menu Yang Lain
Selain itu, ada juga tau menu-menu lain seperti lontong. Lontong ni ada macam-macam jenis. Ada lontong sate, lontong sambal sotong, lontong sambal kerang, lontong sambal paru.
Photo from Nurul Sate Batang Pinang
Menu lain yang terkenal disini adalah Nasi Minyak Kahwin Lari, Laksa Johor, Mee Rebus, Mee Kari Mama,Nasi Ayam Pak Nyang, dan Soto Mak Siti !
Photo from Nurul Sate Batang Pinang
Photo from Nurul Sate Batang Pinang
Kawasan Yang Luas
Restoran ini menyediakan ruang makan yang luas, bersih dan selesa. Waktu operasi adalah dari selasa hingga ke Ahad , bermula seawal dari 7.30 pagi hingga 2.30 petang, tempat letak kenderaan adalah percuma. Jemput datang !
Photo from Nurul Sate Batang Pinang
?10, Jalan Tempinis, Kampung Tengah, 47100 Puchong, Selangor
⏰7.30am-2.30pm ( Setiap Hari )
?013-428 8944
Anda Mungkin Suka: