Ikan Jaket Terangkat Pj Kini Di Puchong, Pasti Terangkat Bila Makan!
Waktu makan tengahari, mesti selalu kita berfikir nak makan apa kan? apa kata cuba makan di Restoran ikan jaket terangkat Pj di kawasan Puchong. Cari sahaja Ikan Jaket Terangkat Pj cawangan Puchong pasti jumpa. Memang sangat sedap kerana ikan jaket yang dihidang dengan panas-panas.
Cawangan ini adalah cawangan yang kedua, cawangan pertama mereka di Petaling jaya. Tapi disebabkan terlalu padat di Petaling Jaya jadi mereka menubuhkan yang di puchong dengan lebih luas dari Petaling Jaya.
Kenapa ia nya dinamakan sebagai ikan jaket terangkat, kerana bahgian atas ikan dibelah dan disumbatkan sambal yang istimewa dari mereka. Sambal mereka di proses sendiri itu yang lebih menyelerakan. Kerak sambal mereka akan menyedapkan lagi ikan jaket mereka. Harga seekor ikan RM 6.00 sahaja.
Jangan risau, selain dari ikan jaket mereka juga menyediakan lauk tengahari yang pelbagai seperti masak lemak, sambal petai, ulam-ulaman dan lain-lain boleh di makan bersama ikan jaket terangkat, memang padu!
Apa lagi, jom ajak kawan-kawan makan disini dan menikmati ikan jaket sambal sampai terangkat . Memang memuaskan dan tidak rugi anda ke sini.
?Laman Hijrah, Jalan Masjid, Bandar Bukit, 47120 Puchong, Selangor
⏰11am-3pm (Jumaat Tutup)
?012-355 7122
Anda mungkin suka :