Jamu Selera Masakan Kampung Di Rumah Makan Sri Muallim Perak
Bila sebut soal makanan, lagi-lagi kalau ada menu masakan kampung. Berkumpul makan bersila di sini membuat Rumah Makan Sri Muallim jadi tempat yang istimewa dan membuat banyak orang rela naik ETS dari Puchong ke Perak hanya untuk makan siang di sana.
Photo from nanoo_ledo
Menu Citarasa Kampung
Tetamu biasanya akan memilih untuk duduk bersila di atas lantai beralas tikar mengkuang sambil menikmati lebih dari 100 jenis masakan, seperti Ayam Masak Merah, Ayam Kampung Gulai Lemak, Daging Rendang Tok, Kambing Asam Pedas, Ikan Bakar, Pari Bakar, Gulai Asam Pedas, Sambal Sotong, Udang Goreng, Lala, Siput Sedut dan banyak lagi.
Photo from iamnazirul
Uniknya set makan ini dihidang dalam pinggan serta dulang besi lama. Mengingatkan seperti zaman dulu kala kan?
Photo from iamnazirul
Pencuci mulut seperti kuih muih tradisional, pengat ubi, ubi kayu rebus bersama kelapa parut, tapai dan buah tempatan ada disediakan. Jangan lupa mencuba minuman air tapai dan air serai yang menjadi signature tuan rumah.
Photo from Budak Bandung Laici
Lokasi Ideal Pelbagai Keraian
Photo from iamnazirul
Tempat ni menarik
Selesai makan, boleh berehat santai di anjung rumah sambil minum air kopi dan berborak dengan ahli keluarga. Tambah angin sempoi dari tingkap rumah pasti membuatkan anda terlelap kejap.
Photo from nanoo_ledo
?012-582 8087