download Jom Explore app
Jellycat Style Plush Malaysia: Koleksi Comel dari Jenama Popular!

Jellycat Style Plush Malaysia: Koleksi Comel dari Jenama Popular!

Hot & Viral
By Anthony Teo on 03 Jul 2025
Deputy Managing Editor

Jellycat style plush ialah patung lembut dan comel, sama seperti keluaran Jellycat. Ramai penggemar plush suka gaya ini, tetapi harga Jellycat agak tinggi. Oleh itu, ramai mencari Jellycat style plush Malaysia yang lebih mesra bajet dan senang didapati.

Kini, banyak jenama F&B Malaysia mengeluarkan plush rasmi dengan gaya Jellycat untuk menarik pelanggan dan pengumpul.

Jenama Popular di Malaysia yang Menawarkan Jellycat Style Plush

1️⃣ KFC Malaysia

Ayam sedap, plush pun comel! Photo from FB | Kailiang Chen

KFC terkenal dengan ayam gorengnya. Mereka juga mengeluarkan plush edisi terhad seperti plush burger, ayam goreng, dan taco yang comel. Plush ini biasanya diberikan melalui promosi set makanan dan menjadi item koleksi bagi peminat.

2️⃣ Milo Malaysia

Kotak, roti & cawan Milo ini sesuai jadi hiasan bilik dan bag.Photo from Milo

Milo Malaysia juga menghasilkan plush kotak Milo, roti Milo, dan cawan Milo yang comel. Ia sering diberikan sebagai hadiah dengan pembelian pek Milo tertentu. Plush ini sesuai sebagai hiasan bilik atau hadiah kepada rakan.

3️⃣ Kenangan Coffee

Mimi & TamTam temani kopi anda. Plush kucing comel untuk hias bagPhoto from Kenangan Kopi Malaysia

Kenangan Coffee kini menawarkan plush keychain kucing Mimi & TamTam yang comel dengan harga RM6.50 sahaja dengan pembelian 2 minuman handcrafted mereka. Plush ini sesuai dijadikan hiasan bag, meja kerja atau teman dalam kereta untuk peminat plush dan kopi.

4️⃣ CHAGEE Malaysia

 Boba comel, teman study dan kerja. Photo from Chagee Malaysia

CHAGEE terkenal dengan minuman boba dan turut mengeluarkan plush boba gaya Jellycat. Plush ini hadir dengan warna pastel dan tekstur lembut, sesuai dipeluk semasa belajar atau bekerja.

5️⃣ Shihlin Taiwan Street Snacks

“Goozy” kuning ceria dari Shihlin. Photo from Shihlin Malaysia

Shihlin menawarkan plush "Goozy" kuning dengan wajah senyum yang ceria. Plush ini menjadi hadiah istimewa dengan pembelian combo makanan mereka.

6️⃣Bungkus Kaw Kaw

Air bungkus dan nasi lemak versi plush. Budaya tempatan, dalam bentuk comel Photo from Rednote | 小爱羊毛与狗乐园


Jenama ini menawarkan plush air bungkus dan plush nasi lemak dengan wajah comel. Plush ini menjadikan budaya tempatan lebih dekat di hati pembeli.

7️⃣Lavender Malaysia

Ringan, mudah bawa untuk peminat plush Photo from Lavender Bakery Official

Lavender menawarkan plush croissant mini sebagai keychain. Plush ini ringan, mudah dibawa, dan sesuai untuk peminat plush.

Tips Mengumpul

  • Ikuti media sosial jenama. Kebanyakan plush diumumkan di Instagram, Facebook, dan TikTok.
  • Pantau promosi semasa. Plush biasanya diberikan dengan pembelian set atau PWP.
  • Kongsi pembelian dengan rakan. Jika perlu pembelian jumlah tertentu, boleh split bersama.
  • Cari di platform preloved. Anda boleh beli plush di Carousell atau Shopee jika terlepas promosi.

Jika anda peminat plush, Jellycat style plush Malaysia adalah pilihan terbaik untuk memulakan koleksi. Anda boleh mengumpul plush comel dari KFC, Milo, Kenangan Coffee dan banyak lagi dengan harga mampu milik.

Korang Mungkin Akan Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok