download Jom Explore app
Tiramisu Terbaik di Kuala Lumpur: 5 Kafe Wajib Anda Cuba

Tiramisu Terbaik di Kuala Lumpur: 5 Kafe Wajib Anda Cuba

Jom! Makan
By Anthony Teo on 30 Jun 2025
Deputy Managing Editor

Tiramisu adalah pencuci mulut Itali klasik dengan lapisan biskut kopi yang moist, mascarpone berkrim dan serbuk koko di atasnya. Rasa pahit manisnya menjadikannya penutup sempurna selepas makan berat, dan ramai pemburu dessert akan mencari tiramisu terbaik di Kuala Lumpur untuk memuaskan craving mereka.

Lapisan kopi, mascarpone berkrim, serbuk koko... semua cukup! Dessert simple tapi padu bila craving manis lepas makan. Photo from Canva

Kalau anda juga sedang craving, ini 5 kafe pilihan untuk anda cuba!

1️⃣ Yellow Brick Road

Tiramisu berkrim dengan kopi yang padu. Brunch di Yellow Brick Road jadi lengkap.”Photo from JE

Jika anda suka kafe dengan suasana ceria dan selesa, Yellow Brick Road adalah tempat sesuai untuk menikmati dessert selepas brunch.

Highlight: Tiramisu di sini terkenal dengan lapisan mascarpone yang ringan dan biskut yang direndam sempurna dalam kopi. Gabungan rasa manis dan pahitnya memberikan keseimbangan yang memuaskan setiap suapan.

📍 Kompleks Pejabat Damansara, Lot A-GF-03, 5th Place @ The Five, KL
🕒 Setiap hari (8:30 am – 9:30 pm)

2️⃣ The Tokyo Restaurant

Tiramisu premium dengan kopi kaya. Nikmati dessert elegan di The Tokyo Restaurant.Photo from jocandie94

Selain terkenal dengan burnt cheesecake, The Tokyo Restaurant juga menjadi lokasi ideal untuk anda cuba tiramisu premium.

Highlight: Potongan tiramisu disusun kemas dengan mascarpone lembut dan rasa kopi yang kaya, sesuai untuk anda yang ingin menikmati dessert elegan selepas makan.

📍 Level 4, Lot 10 Shopping Centre, 50, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang
🕒 Setiap hari (11 am – 11 pm)

3️⃣ Pause Cafe, KL

Suasana cozy, tiramisu kopi seimbang, disyorkan oleh netizen sebagai antara Tiramisu terbaik di Kuala Lumpur.Photo from Pause Cafe

Pause Cafe menjadi pilihan ramai untuk melepak sambil bekerja, dengan suasana cozy dan aesthetic minimalis.

Highlight: Tiramisu di sini mempunyai rasa kopi yang seimbang dengan tekstur mascarpone yang ringan. Portionnya juga sesuai untuk anda nikmati seorang atau kongsi bersama rakan.

📍 140, Jalan Choo Cheng Khay, Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur
🕒 Selasa – Jumaat (10 am – 7 pm), Ahad (9 am – 6 pm)

4️⃣ Kooky Plate

Hidden gem di Chow Kit dengan tiramisu berkrim, kopi padu selepas makan.Photo from Kooky Plate

Terletak di kawasan Chow Kit, Kooky Plate adalah hidden gem untuk pencinta kopi dan dessert di Kuala Lumpur.

Highlight: Tiramisu mereka hadir dengan tekstur berkrim dan lapisan kopi yang kaya, menjadikannya pencuci mulut ideal selepas makan tengah hari atau malam.

📍 No.16, Seksyen 41, Jalan Yap Ah Shak, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur
🕒 Isnin–Jumaat (11 am – 10 pm), Sabtu–Ahad (9 am – 10 pm)

5️⃣ Monét

Kopi dan tiramisu padu di Monét, antara Tiramisu terbaik di Kuala Lumpur.Photo from Monét

Monét di Taman Melawati merupakan tempat kegemaran ramai yang ingin menikmati kopi dan dessert buatan sendiri dalam suasana santai.

Highlight: Tiramisu di Monét terkenal dengan rasa kopi yang seimbang dan mascarpone yang lembut, sesuai untuk anda yang ingin memuaskan craving manisan selepas makan.

📍 Gerai, 6, Jalan J 9, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
🕒 Setiap hari (8 am – 10 pm)

Masa Untuk ‘Tiramisu Hopping’ di KL

Kini anda sudah ada senarai tiramisu terbaik di Kuala Lumpur untuk diterokai! Jika anda peminat dessert, jangan lepaskan peluang untuk cuba setiap satu kafe ini dan nikmati sendiri keistimewaan tiramisu mereka.

Mana satu kafe yang anda paling suka? Kongsikan dengan kami selepas anda mencubanya!

Korang Mungkin Akan Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok