download Jom Explore app
Restoran Ini Sangat Besar, Sampai 6 Ribu Orang Boleh Muat

Restoran Ini Sangat Besar, Sampai 6 Ribu Orang Boleh Muat

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 06 Sep 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Cuba bayangkan sebuah restoran yang boleh muatkan hampir 6 ribu pelanggan dalam satu masa. Jika anda fikirkan perkara tersebut sebagai kisah dongeng, jangan terkejut bahawa ia sebuah realiti di Chongqing, China.

Chongqing bukanlah nama asing di kalangan netizen. Bandar yang terkenal dengan nama jolokan, "Mountain City" sentiasa trendy di for you page (FYP) menampilkan seni bina dan pengangkutan awam menakjubkan.

Bandar Chongqing bukan lagi nama asing terutama di media sosialPhoto from ThoughtCo

Walau bagaimanapun tiada yang boleh menandingi sebuah restoran bernama Pipa Yuan. Sejak tahun 2022, restoran ini diiktiraf oleh Guiness World Records sebagai Restoran Hotpot Terbesar di dunia.

Lebih menarik, walaupun boleh muat hampir 6 ribu pelanggan. Anda masih perlu reserved meja terlebih dahulu kerana tidak mencukupi.

Walaupun boleh muat 6 ribu pelanggan, anda masih perlu reserved meja terlebih dahuluPhoto from Joyi Lu

Seluas 3,300 Meter Persegi Dibina Atas Bukit Besar

Di Chongqing, hotpot ialah makanan kegemaran mereka Photo from foursquare

Menurut laporan Oddity Central, Chongqing memang terkenal dengan makanan Hotpot. Di sini terdapat berpuluh ribu restoran yang menjual hidangan ini dengan resipi sup tersendiri.

Tetapi tiada satu yang boleh lawan Pipa Yuan kerana restoran ini dibina atas bukit besar secara berteres. Terletak di daerah Nan'an meliputi kawasan seluar 3,300 meter persegi menjadi sebuah tarikan tersendiri pulak tu.

Majoriti pelanggan perlu diberikan arahan untuk mencari meja makan yang ditempah sebelum tiba ke premis.

Dibina secara teres di atas bukit, restoran ini dipercayai seluas 3,300 meterPhoto from X | tonnyikeyang

Dari Tempat Letak Kereta Ke Restoran Ini Mengambil Masa Sehingga 30 Minit

Oleh kerana terlalu besar, proses berjalan dari tempat letak kereta ke meja anda boleh ambil masa sehingga 30 minitPhoto from Reddit

Saiz restoran ini sangat besar dan luas. Untuk memberi perspektif mudah untuk difahami, pelanggan akan mengambil masa sehingga 30 minit untuk menuju ke meja makan sahaja.

Tambahan pula, oleh kerana restoran ini sangat popular. Jika anda tidak menempah meja terlebih dahulu terutama semasa musim bunga dan panas, batalkan niat dan makan di kedai lain sahaja.

Ini kerana majoriti penduduk dari seluruh China datang untuk nikmati sendiri keunikan restoran hotpot di Chongqing ini. Ada yang mengatakan pada hari yang sibuk Pipa Yuan akan melayan pelanggan lebih ramai daripada penduduk sebuah daerah kecil.

Pada waktu puncak, Pipa Yuan boleh melayan beribu-ribu pelanggan dalam satu masaPhoto from X | tonnyikeyang

Berapa Ramai Pekerja Restoran Ini Ada?

Sudah tentu restoran sebesar ini pasti mempunyai beratus pekerja sedia membantu andaPhoto from Iris Chan

Sudah tentu anda sedang membayangi betapa pesatnya restoran ini melayan beribu-ribu pelanggan dalam satu masa. Selain itu, anda juga pasti teringin tahu berapa ramai kakitangan yang diperlukan untuk beroperasi.

Pipa Yuan melaporkan mereka mempunyai ramai pekerja. Tiada nombor khusus disebut cuma beratus pelayan, puluhan tukang masa dan 25 kaunter pembayaran disediakan untuk pelanggan.

Sehubungan dengan itu, restoran ini lebih sibuk pada waktu malam berbanding siang. Ini kerana pada waktu malam seluruh restoran akan dihidupkan dengan lampu berwarna-warni memberikan pemandangan menarik di lereng bukit tersebut.

Majoriti pelanggan gemar makan pada waktu malam kerana akan dikelilingi lampuPhoto from Random Times

Tetapi Sedap Ke Restoran Hotpot Terbesar Dunia Di Chongqing Ni?

Persoalan utama ialah sedap ke tidak hotpot di restoran gergasi ini?Photo from Daniel Food Diary

Menurut beberapa ulasan yang dilaporkan oleh Oddity Central. Walaupun memiliki saiz begitu besar, hotpot di sini agak sedap. Cuma kadang kala anda perlu menunggu masa sedikit lama.

Ini lebih terlihat ketika waktu paling sibuk. Namun, bahan yang disediakan segar dan rempah digunakan juga lembut sahaja. Akhir sekali, pemandangan dari bukit sudah cukup untuk melengkapkan pengalaman unik makan di sini.

Pengiktirafan dari Guiness World RecordsPhoto from Foursquare

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok