Masih Ramai Orang Salah Pakai Sunscreen Dengan Betul!
Masih ramai majoriti warga tempatan tidak memakai pelindung matahari dan tidak menganggapnya sebagai satu keperluan. Lebih menakutkan tak semua orang mengetahui cara betul untuk memakainya.
Memandangkan negara kita bukan negara 4 musim. Melindungi kulit daripada sinaran ultra ungu (UV) amat penting sekali terutama ketika matahari berada pada waktu puncaknya, tengah hari.
Photo from Reuters
Pendedahan berlebihan kepada UV boleh menyebabkan selaran matahari (sunburn), kerosakan kulit dan kanser kulit ujar Arpansa. Semakin kerap kita terdedah kepada sinaran UV, semakin teruk keadaan kulit.
Tambahan pula, ia memberi kesan kepada semua jenis kulit tau. Oleh itu, menurut Dr Lawrence Cunningham dari UK Care Guide masih ramai melakukan kesilapan ketika memakai pelindung matahari.
Photo from KOMPAS
Memakai Kuantiti Yang Sedikit Dan Tidak Menyapu Semula Sepanjang Hari
Photo from SO.LEK Cosmetics
"Salah satu kesilapan paling biasa ramai lakukan ialah menggunakan kuantiti krim pelindung matahari sangat sedikit. Ini kerana kebanyakan akan sapu di bahagian muka sahaja dan menggangap ia sudah memadai.
Hakikatnya, seluruh kulit anda perlu mendapatkan perlindungan sepenuhnya. Maka, jangan takut untuk gunakan krim dengan banyak. Selain itu, kesilapan seterusnya ialah tidak menyapu semula sepanjang hari.
Krim pelindung matahari akan hilang kesannya selepas beberapa jam. Ini lebih ketara jika anda sedang melakukan aktiviti yang menyebabkan badan mengeluarkan peluh atau berenang.
Sentiasa sapu semula untuk memastikan kulit kita dilindungi secara berterusan," ujar Dr Lawrence.
Photo from The Edge Malaysia
Bukan Fokus Pada Muka Sahaja, Bahagian Lain Pun Penting
Photo from MenXP
Menjadi satu kebiasaan apabila kita pakai pelindung matahari. Kita hanya fokus pada muka sahaja, jika ada lebihan krim barulah kita sapu di leher dan tangan.
Perkara ini menjadi satu kesalahan yang ditegaskan oleh Dr Lawrence. Katanya, "Bahagian badan sering diabaikan seperti telinga, belakang leher dan kaki juga perlu diberi perhatian.
Ini kerana bahagian tersebut turut terdedah serta boleh terbakar dengan mudah seperti akibat sinaran matahari," tambah Dr Lawrence.
Photo from FImela
Jangan Main Beli Pelindung Matahari, Pilih Yang Sesuai Berdasarkan Jenis Kulit
Photo from The New York Times
Tambahan pula Dr Lawrence turut menekankan kepentingan memilih pelindung matahari SPF yang sesuai berdasarkan jenis kulit dan tahap pendedahan matahari.
Untuk kehidupan harian dengan pendedahan matahari yang sedikit. SPF 30 sudah cukup ujar Dr Lawrence.
Walau bagaimanapun, bagi mereka banyak menghabiskan masa berada di luar seperti di pantai, rider dan sebagainya. Anda digalakkan untuk menggunakan SPF 50 atau lebih tinggi.
Photo from Vocket
"Sangat penting untuk pertimbangkan sensitiviti serta keadaan kulit anda. Sama ada pernah terbakar atau terkena kanser kulit dan sebagainya.
Individu dengan kulit cerah memang mudah terbakar. Oleh itu mereka harus pilih SPF lebih tinggi untuk mendapatkan perlindungan sepenuhnya," tambah Dr Lawrence.
Photo from mStar
Sebelum Keluar Rumah Pastikan Anda Dilindungi!
Photo from Free Malaysia Today
Haa.. walaupun sekarang ni tengah musim hujan tidak bermakna anda boleh berhenti pakai krim pelindung matahari. Cuaca di negara kita boleh berubah dengan serta merta.
Menurut METMalaysia, negara kita secara semula jadi mempunyai cahaya matahari yang banyak, justeru sinaran yang kuat. Secara purata, negara kita menerima 6 jam cahaya matahari setiap hari.
Photo from Facebook
Tambahan pula, min juga pernah beri nasihat sebelum ini tentang cara melindung daripada cuaca panas terik. Selain daripada memakai krim pelindung matahari, anda juga perlu kerap minum air dan elak pakai pakaian berwarna gelap!
Mungkin korang suka: