download Jom Explore app
Gaun Merah Dipakai Lady Gaga Ciptaan Malaysia!

Gaun Merah Dipakai Lady Gaga Ciptaan Malaysia!

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 24 Jun 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Siapa sangka penyanyi antarabangsa, Lady Gaga melakukan persembahan telah berjaya mencuri perhatian netizen Malaysia. Gaun merah yang dipakai merupakan hasil rekaan pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini.

Pencapaian ini dikongsikan oleh Rizman Ruzaini di Instagram mereka dengan kapsyen ditulis. "Telephone the Paparazzi because we are at The Edge of Glory! This is Lady Gaga in a custom Rizman Ruzaini.

Sungguh menawan hasil ciptaan pereka tanahairPhoto from iG | rizmanruzaini

Performing Americano at her Las Vegas Residency! This makes us want to drop everything and Just Dance." 

Warna Merah Berkilauan Dengan Permata

Gaun merah tersebut telah menyinari sepanjang persembahan Lady Gaga pada malam itu. Tidak dinafikan hasil sentuhan tahan Rizman Ruzaini Couture memberikan impak apabila dilihat daripada pelbagai sudut.

Walaupun memiliki siluet (bentuk baju) yang ringkas. Mantel yang menutupi seluruh baju menambah efek dramatik di atas pentas. Aura nyanyian Lady Gaga turut membuatkan warna merah tersebut lebih menyerlah.

Rekaan yang sungguh menawan!Photo from iG | rizmanruzaini

Tambahan pula, permata daripada Swarovski memberi kilauan menyinar sangat cucuk dengan kredibiliti Lady Gaga sebagai penyanyi berkaliber.

Malam Yang Sukar Untuk Dilupakan

Rizman Ruzaini duo yang merupakan graduan UiTMPhoto from iG | rizmanruzaini

Video daripada persembahan tersebut dapat kita lihat Gaga menyanyikan lagu dengan penuh semangat. Sambil ditemani dengan piano, beliau memberikan persembahan yang pasti membuatkan peminat terpukau.

Dengan setiap gerakan jari bermain pada piano tersebut. Hasil rekaan Rizman Ruzaini seolah memberikan sinaran bintang pasti membuatkan peminat tidak dapat melupakan busana ini.

Selain itu, gambar yang dimuat naik oleh pereka fesyen ini mendapat maklum balas daripada netizen dan pereka dalam industri. Majoriti memberikan ucapan tahniah atas pencapaian yang melonjakkan nama duo ini.

Bakat yang dimiliki oleh mereka ialah satu permata dalam industri fesyen kitaPhoto from iG | rizmanruzaini

Sebelum ini mereka turut mencuri perhatian dengan model antarabangsa Naomi Campbell.

Naomi Campbell Memperagakan Rizman Ruzaini

Pernah viral sebelum ini, Naomi Campbell memperagakan pakaian merekaPhoto from iG | rizmanruzaini

Sehubungan dengan itu, sebelum ini pereka duo pernah viral apabila model terkenal, Naomi Campbell mengayakan pakaian dalam Minggu Fesyen Dubai. Ibarat mimpi jadi kenyataan diucapakan oleh Rizman Ruzaini.

Penampilan Naomi telah menaikkan industri fesyen tempatan sekaligus membuatkan nama Malaysia terlihat di mata dunia. Naomi memperagakan gaun berwarna hitam yang dihiasi kristal dipadankan bersama jaket bolero.

Rekaan ini dikatakan mengambil inspirasi daripada cerita rakyat, Naga Seri Gumum. Naga yang tinggal di Tasik Chini, Pahang. Sejurus itu, Rizman Ruzaini membuat penampilan sebagai penutupan acara fesyen mereka.

Ibarat mimpi jadi kenyataan kata mereka berdua apabila mencapai pencapaian iniPhoto from iG | rizmanruzaini

Menjadi sebuah pencapaian yang sukar untuk dilupakan.

Tahniah Rizman Ruzaini! Mereka Juga Pernah Viral Baju Melayu RM1.5K

Sebelum in ipernah viral baju melayu RM1.5kPhoto from iG | rizmanruzaini

Melihat Lady Gaga melakukan persembahan dengan memakai hasil seni pereka tempatan adalah sesuatu yang membanggakan. Tidak lupa juga, tahun lepas min pernah tulis artikel tentang baju Melayu ciptaan mereka.

Baju Melayu yang berharga RM1,499 telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Segelintir daripada mereka memberi komen merasakan ia tidak berbaloi dan terlalu mahal untuk sepasang busana tradisional.

Sedemikian rupa, walaupun memiliki harga bangsawan ia tidak bermaksud ciptaan tersebut tidak berkualiti. Melihat gaun merah Lady Gaga, kita sudah maklum bahawa apa-apa pakaian dihasilkan oleh mereka pasti ada sebabnya.

Sebuah pencapaian yang patut kita bangga, tahniah!Photo from iG | rizmanruzaini

Walaupun baju melayu tersebut nampak ringkas di mata kasar. Apabila dilihat secara teliti, baru kita faham mengapa mereka mampu jual dengan harga tersebut. Justeru itu, kita patut berbangga nama Malaysia diharumkan di mata dunia.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok