download Jom Explore app
3 Fakta Tak Ramai Tahu Tentang Faisal Halim

3 Fakta Tak Ramai Tahu Tentang Faisal Halim

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 18 Jun 2024
Digital Editor

Sejak kecil Faisal Halim sudah dikenali ramai. Lebih mesra dipanggil dengan nama timangan 'Mickey', beliau seorang yang lincah bermain bola sepak di posisi sayap sudah ditakdirkan untuk bersinar di atas padang.

Bermula dibangku sekolah lagi, Faisal sudah memulakan karier bola sepaknya. Dia dikenali sebagai seorang budak yang lincah serta petah bercakap menerusi sebuah program realiti TV3 berjudul 'Soccerkids'.

Beliau memasuki program ketika musim ke-3 pada tahun 2010. Dia juga telah dipilih sebagai antara pelatih terbaik dan dibawa melawat ke Akademi Tottenham Hotspur di United Kingdom.

Faisal Halim (memegang bola merah) memulakan karier sejak kecil lagi dalam rancagan realiti TVPhoto from Harian Metro

Itu baru permulaan dalam kisah kariernya. Baca sehingga habis untuk mengenali fakta menarik tentang Mickey.

Menyertai Program 'Mencari Ramli'

Program 'Mencari Ramli' diusahakan untuk mencari bakat luar biasa dalam negaraPhoto from Harian Metro

Selepas selesai program Soccerkids. Faisal menyertai racangan realiti yang lain bernama 'Mencari Ramli'. Program ini ditayangkan bertujuan untuk mencari bakat baru dalam sukan nombor satu negara.

Inisiatif ini dilakukan melalui kerjasama antara Telekom Malaysia (TM) dan FAM. Rancangan ini mencari bakat luar biasa dalam kalangan anak muda berusai dari 13 sehingga 16 tahun.

Faisal (Orang Ke-4 dari Kanan) terpilih untuk berlatih bersama pemain Manchester UnitedPhoto from FB | Kami Anak Jati

Walaupun tidak berjaya mencari Ramli, mereka berjaya menemui Mickey. Dia bersama lima pelatih lain dibawa ke Old Trafford untuk merasai pengalaman menjalani latihan bersama pemain kelab bola gergasi, Manchester United.

Karier Professional Bermula Dengan Pasukan Negeri Kelahirannya

Beliau memulakan karier bersama kelab negeri kelahirannya, Penang FCPhoto from Majoriti

Menjangkau umur 26 tahun, Faisal memulakan karier professional bola sepak bersama pasukan negeri kelahirannya, Pulau Pinang (Pulau Pinang FC).

Selepas bersama skuad muda pada tahun 2015. Beliau diserap ke skuad senior bermula pada tahun 2016 sehingga 2020. Di sini kariernya mula berkembang apabila pengurusan bola sepak Pahang datang ke rumah keluarga Faisal.

Hasrat mereka untuk menandatangani kontrak sebagai pemain Pahang. Berkat usaha dan bakatnya, Faisal berjaya membantu pasukan dikenali sebagai Sri Pahang untuk menjadi juara Piala FA pada tahun 2018.

Kemudian bermain untuk Terengganu FC menempa nama dalam liga bola sepak tempatanPhoto from VOCKET FC

Seterusnya pada tahun 2020, dia bermain untuk Terengganu FC selama dua tahun dengan menyarung jersi bernombor 7. Beliau turut menjaringkan gol pertama ketika menentang pasukan Perak dalam kemenangan (2-0) di Stadium Ipoh.

Kemudian tahun 2022, beliau berpindah ke Selangor FC. Kini namanya merupakan antara pemain penting dalam pasukan ini membawa mereka ke pentas Asia pada musim lalu.

Menjadi seorang bintang bersama Selangor FC sejak tahun 2022Photo from Makan Bola

Walaupun Memiliki Saiz Kecil, Faisal Halim Tidak Gentar

Walaupun memiliki saiz kecil, Faisal tidak gentar beraksi di pentas duniaPhoto from Stadium Astro

Bukan sahaja Faisal mampu bersaing dan menempa nama dalam liga tempatan. Dia turut membuktikan dirinya mampu bersaing dengan pemain bola daripada beberapa buah negara lain.

Lihat sahaja tahun lepas dimana beliau merupakan antara pemain utama buat skuad negara. Usaha beliau telah memberi sumbangan mebawa negara ke pentas Piala Asia 2023.

Gol pertama Malaysia menentang Korea Selatan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Asia berjaya menunjukkan bakatnya. Bukan sahaja itu, kredibiliti, ketangkasan sebagai seorang pemain membukitkan dirinya antara yang terbaik dalam negara.

Skil beliau mengelecek bola berjaya menjaringkan gol untuk negaraPhoto from News Stratis Times

Faisal mengelecek bola di antara kaki berjaya menipu benteng pertahanan Korea. Sehubungan dengan itu, pemain terkenal bermain untuk kelab gergasi Bayern Munich, Kim Min Jae turut tertipu melihat aksi tersebut.

Kemudian, Faisal menjaringkan gol walaupun memiliki ketinggian hanya 158 cm. Waktu itu, tidak dinafikan beliau berdiri paling tinggi di pentas dunia selepas membuktikan bahawa dia bertaraf antarabangsa.

Dinobatkan antara gol tercantik dalam pertandingan Asia Cup 2023Photo from NST

Bintang Di Mata Skuad Harimau Malaya

Walaupun tidak berjaya mencari Ramli, Malaysia berjaya jumpa pemain bernama MickeyPhoto from Kosmo Digital

Menyarung jersi nombor 7, menjerit 'siuuu' selepas menjaringkan gol. Faisal Halim merupakan antara bakat terpendam yang lahir dalam tanah air negara kita. Beliau bukan sahaja berjaya mencuit hati seluruh rakyat dengan bakatnya.

Beliau turut berjaya menjadi ikon inspirasi kepada pelapis generasi seterusnya dalam usaha untuk menjadikan bola sepak negara bertaraf antarabangsa.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok