“Malaysia Lagi Best Banding Singapura” - Mat Salleh
"Malaysia 10 kali ganda lebih best daripada Singapura. Berbaloi pergi bercuti di sana," kata seorang mat salleh dari Amerika Syarikat berkongsi pendapat tentang negara kegemarannya mendapat perhatian daripada orang kita.
Menurut seorang pengguna Tiktok bernama @zakattackcalii. Dia berpeluang untuk menerokai tujuh negara Asia dalam lima bulan. Dalam perjalanannya dia turut berkongsi pendapat kepada followers dan menyusun negara kegemarannya.
Photo from IG | zakattackcalii
Dalam senarai tersebut dia meletakkan Thailand sebagai negara pertama. Malaysia berada di tempat keempat mengalahkan Jepun dan Korea Selatan manakala Singapura terletak di tempat terakhir.
Kerana merasakan negara kita lebih best jika dibandingkan.
Negara Jiran Agak Membosankan
Photo from IG | zakattackcalii
Perkara pertama yang dinyatakan oleh Zak ialah pengalaman ketika bercuti di Singapura. Katanya kurang memuaskan kerana tiada banyak tempat yang menunjukkan budaya negara tersebut.
Maka dia tidak dapat menikmati budaya sebenar Singapura. Disebabkan itu tiada banyak pengalaman dapat diperoleh di sini berbanding negara lain. Dia banyak menghabiskan masa dengan berjalan.
Melawat beberapa destinasi pelancong sahaja. Walaupun begitu, Zak berkata bahawa penduduk Singapura ramah walaupun terdapat pengalaman buruk ketika menikmati permandangan di Marina Bay Sands.
Menurut Zak, seorang perkerja melayan dengan buruk menyebabkan dia sukar untuk melupakan insiden itu.
Photo from Booking
Malaysia Jauh Lebih Under-Rated!
Photo from IG | zakattackcalii
"Perkerja di situ tidak mesra betul dan sangat biadap. Saya pula jenis yang suka pergi ke negara untuk mengenali dan melihat budaya sebuah tempat," kata Zak.
Tambahan pula Zak menyatakan pelancong luar patut pertimbangkan Malaysia sebagai destinasi percutian utama. Walaupun terdapat banyak negara Asia Tenggara dan Asia yang lain, negara kita patut diambil berat.
Dia juga menyebut Malaysia sebagai sebuah negara "underrated" (dipandang rendah). Beliau meneruskan bandar Kuala Lumpur sungguh unik. Terdapat banyak lokasi menarik boleh dilawati dengan berjalan kaki sahaja.
"Ia sepuluh kali lebih baik berbanding Singapura. Kuala Lumpur sangat tersusun berbanding bandar di Thailand. Namun saya suka keadaan bandar Thailand yang agak hiruk-pikuk," katanya.
Orang Malaysia Peramah Dan Makanan Sedap!
Photo from iStock
Sebelum menghabiskan video, Zak turut menyebut dan puji tentang makanan di negara kita. Menurutnya makanan di negara kita sangat menyelerakan dan sedap. Warga Malaysia juga peramah dan baik.
Walau bagaimanapun terdapat insiden buruk turut berlaku ketika Zak bercuti di sini. Beliau mendakwa menjadi mangsa scam ketika menaiki sebuah teksi namun menganggap ia bukan sebuah masalah besar.
Photo from Michael Breitung Photography
"Orang sini (Malaysia) baik sahaja. Saya tidak ada sebarang masalah dengan sesiapa kecuali dengan seorang scammer. Tetapi biasalah di mana-mana sahaja ada kes seperti ini."
Berbaloi Serta Rugi Jika Tidak Memilih Malaysia
Photo from IG | zakattackcalii
Pengalaman bercuti di negara kita telah membuka mata Zak. Dia merasakan kerana Singapura sebuah negara kecil, ia terasa seperti DisneyLand. Ibarat sebuah taman tema yang segalanya terlalu 'sempurna'.
Oleh demikian, Malaysia dapat menawarkan pengalaman percutian lebih menyeronokkan walaupun berkongsi identiti lebih kurang sama. Daripada bandar Kuala Lumpur yang tersusun, makanan melazatkan sehingga budaya yang pelbagai.
Photo from IG | zakattackcalii
Para pelancong luar akan rasa rugi jika tidak memilih negara kita untuk menghabiskan masa bercuti. Walaupun Singapura mungkin kurang dari segi budaya menurut mat salleh, Malaysia pula wajib singgah untuk mencari pengalaman menyeronokkan.