download Jom Explore app
Jom! Terokai 4 Resorts Dengan Pemandangan Lautan Awan Yang Mengagumkan

Jom! Terokai 4 Resorts Dengan Pemandangan Lautan Awan Yang Mengagumkan

Jom! Cuti
By Anthony Teo on 14 Dec 2022
Deputy Managing Editor

Pernah keh anda melihat keindahan alam semulajadi seperti di syurga? Hamparan putih awan karpet yang memayungi kawasan hijau di sekitar puncak bukit menawarkan panorama alam semula jadi yang menakjubkan.

Fenomena laut awan yang menakjubkan!Photo from Fenomena laut awan yang menakjubkan!

Lautan awan, atau awan karpet, ia terbentuk melalui pantulan sinaran cahaya matahari pada hablur ais yang terampai di atmosfera. Ia yang kelihatan sebagai selimut putih di atas langit biru kita.

Jom Explore membawa anda menerokai 4 Resorts Dengan Pemandangan Lautan Awan Mengagumkan!

?The Jerai Hill Resort | Kedah

Ini adalah salah satu hotel bintang 3 yang terletak di Gunung Jerai yang harus anda cuba. Resort ini sangat strategik kerana berada di tengah-tengah Gunung Jerai, di antara bandar baru dan lama.

Dikelilingi oleh kehijauan semula jadi, resort ini menyediakan suasana yang selesa dan mendamaikan. Berkeluasan 5 ekar, resort ini menawarkan 75 bilik gaya chalet dengan pemandangan bandar dan pulau-pulau berdekatan. Terutama dengan pemandangan lautan awan mempersonakan

The Jerai Hill Resort Photo from The Jerai Hill Resort

The Jerai Hill Resort Photo from The Jerai Hill Resort

The Jerai Hill ResortPhoto from The Jerai Hill Resort

? Jalan Kaki Bukit, Lebuhraya Utara - Selatan, 08300 Gurun, Kedah 

? 04-466 7777 

? https://thejerai.com.my

?Kuak Hill Resort |  Perak

Kuak Hill Resort merupakan sebuah pusat penginapan bertemakan  villa dan glamping yang terletak di Kampung Kuak, Lengging, Kuala Kangsar. Anda pasti dapat Relaks minda seketika sambil menikmati pemandangan indah alam semulajadi yang memukau pandangan.

Dengan keluasan yang cukup besar, pusat penginapan yang dibuka sejak Disember 2021 ini menyediakan pelbagai penginapan, fasiliti dan aktiviti yang menarik buat seisi keluarga.

Antara fasiliti utama di sini ialah infinity pool atau kolam renang infinity mereka.Selain dari itu, anda juga disediakan dengan KHR Cafe atau Kuak Hill Resort Cafe yang merupakan kedai makan untuk anda menjamu selera.

Kuak Hill Resort PerakPhoto from Kuak Hill Resort

Kuak Hill Resort PerakPhoto from Kuak Hill Resort

Kuak Hill Resort PerakPhoto from Kuak Hill Resort

? Lot 3538 Kg. Lata Papan, Kampung Kuak, 34200 Lenggong, Perak 

?013-870 5101 

?https://kuakhillresort.com

?Dolomite, by iO Home at Templer Park | Selangor

IO Home Dolomite Templer adalah rumah penginapan berkonsep rumah kaca yang terletak di Rawang, dan hanya 45 minit memandu dari Kuala Lumpur.

Homestay ini berdekatan dengan Bukit Anak Takun dikelilingi oleh pelbagai flora dan fauna menarik yang sesuai bagi anda yang ingin tenangkan fikiran pada hujung minggu. Kedudukannya bersebelah dengan  air terjun Kanching, bolehlah anda rancang untuk berkelah kalau menginap di sini nanti.

Dolomite, by iO Home at Templer Park SelangorPhoto from Dolomite, by iO Home

Dolomite, by iO Home at Templer Park SelangorPhoto from Dolomite, by iO Home

Dolomite, by iO Home at Templer ParkPhoto from Dolomite, by iO Home

?48000 Rawang, Selangor 

? 014-679 0636

? http://iohome.my

?Pulaithree Retreat | Selangor

Terletak di Kuala Kubu Bharu, vila ini dibina di tengah-tengah hutan hujan tropika. Semestinya tempat ini sangat menenangkan jiwa. Dengan lokasinya yang agak terpencil di kawasan kawasan bukit, lebih menambahkan lagi ketenangan yang dicari-cari.

Di sini juga terdapat infinity pool di mana anda dapat melihat seluas luas pemandangan sambil berenang di situ. Anda juga boleh mengadakan malam BBQ. Segala peralatan dapur sudah disediakan di dalam rumah ini.

Pulaithree Retreat KBBPhoto from Pulaithree Retreat

Pulaithree Retreat KBBPhoto from Pulaithree Retreat

Pulaithree Retreat KBBPhoto from Pulaithree Retreat

?No. 3, Jalan Harmonian 2, Off Jalan Padang Golf, Tinggian, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

?03-7880 9477

?https://3nitydesign.com/pulaithree/home.html 

?Sumber Foto: Facebook, Instagram, Airbnb

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok