download Jom Explore app
Eid Radiance: Jom! Panduan Kecantikan Lengkap Bersama Sa Sa

Eid Radiance: Jom! Panduan Kecantikan Lengkap Bersama Sa Sa

Lifestyle Kecantikan
By Muhammad Aliff on 22 Mar 2024
Digital Editor

Semua perempuan ingin memiliki kulit cantik yang sempurna, aura menyerlah dan penampilan memikat supaya setiap lelaki melihatnya pasti terjatuh hati pada hari raya. Tetapi ramai menghadapi masalah untuk memiliki rahsia kecantikkan ini kerana tidak mengikut panduan yang betul.

Kemeriahan suasana Aidilfitri melihat keluarga berkumpul meraikan kegembiraan bersama. Menjelang hari raya ramai perempuan akan melakukan persiapan dari segi kecantikkan, penampilan dan pakaian.

Ini amat penting kerana bila sanak saudara dan jira berkumpul. Takkan nak nampak kusam dengan kulit tidak bermaya yang akan menjejaskan penampilan pagi raya mengurangkan tahap keyakinan diri kita.

Bila dah jumpa ramai orang macamni mesti nak nampak menawanPhoto from Utusan Sarawak

Nasib baik min ada untuk memberikan kunci rahsia kecantikkan. Ada 3 kategori yang perlu difokus bakal membuatkan korang tampil berseri sekaligus membuatkan penampilan kalah artis tempatan.

Nak Kulit Sihat, Berseri Kena Mula Dari Bulan Ramadan Dengan Dr. G & Methode SWISS!

Sebenarnya kulit sihat berseri ini bergantung kepada banyak faktor. Antaranya ialah gaya hidup, bagaimana persekitaran hidup korang? Selalu hadap stress dan mempunyai pemakanan tidak sihat serta kurang bersenam?

Makan jangan terkejut kalau kualiti kulit jadi lemah. Bukan itu sahaja, tekstur kulit pula akan merosot termasuk pelbagai masalah kulit muka akan mula muncul. Persekitaran kotor pun memainkan peranan untuk menggiatkan pertumbuhan jerawat.

Tetapi tak semua produk yang korang boleh beli dan guna macam itu sahaja. Ada individu mempunyai kulit amat sensitif dan pemilihan produk yang salah hanya menambah kerosakan bukan membaikinya.

Hanya Dr.G dan Methode SWISS boleh selesaikan masalah kulit mukaPhoto from JomExplore

Sebaliknya min sarankan korang guna 2 jenama ini iaitu Dr.G dan Methode SWISS. Fungsi mereka ialah seperti berikut:

  • Koleksi R.E.D BLEMISH telah menghasilkan pelbagai produk khas untuk individu memiliki kulit sensitif. Bersihkan muka dengan pH CLEANSING. Bertujuan untuk bersihkan muka dari sel kulit mati, menjaga penghasilan sebum dan amat sesuai kulit mudah berjerawat
  • Guna Clear Soothing Toner yang dapat membersihkan, melembutkan serta memberi perlindungan kepada kulit sensitif.
  • Seterusnya boleh cuba Clear Soothing Active Essence. Ia merupakan pati pelembap untuk kulit sensitif.
  • Thermal Mineral Infusing Face & Neck Mask diperkayakan dengan mata air Swiss, pembaikian kulit muka serta mengunci kelembapan dengan kandungan Pentavitin & Vitamin B5
  • Selain itu, boleh cuba Thermal Mineral Infusing Serum & Cream yang mudah diserap kulit kita! Ia bertujuan untuk memberikan kelembapan sehingga ke dalam lapisan kulit supaya kulit terasa lebih segar dan berseri pada jangka masa lama

Produk kegemaran min pula ialah: Methode SWISS Thermal Mineral Infusing Serum, Dr.G pH CLEANSING

Makeup Yang Sesuai Pada Hari Raya

Dah tahu nak makeup macam mana hari raya nanti? Jangan main taram sahajaPhoto from JomExplore

Selain daripada menjaga kulit muka, pemilihan makeup bersesuaian amat penting untuk menambah keyakinan. Dalam dunia makeup ada pelbagai produk dan idea untuk pilih 'makeup raya' untuk tampil lebih menawan.

2 gaya makeup yang min rekomen untuk korang cuba. Yang pertama ialah gaya fresh makeup look sesuai untuk individu inginkan kecantikan semulajadi, elegan dan paling penting adalah natural. Gaya ini memang dapat pikat banyak lelaki pulak tu!

Seterusnya ialah gaya smokey eyes yang lebih sesuai kepada sesi beraya lewat petang ke malam. Warna gelap seperti hitam dan seangkatannya untuk hasilkan penampilan lebih dramatik pada mata korang. Seimbangkan dengan lipstick berwarna nude untuk tambah sedikit elemen berwarna.

Kalau nak beli barang makeup, apa kata korang cuba jenama Cyber Colors hanya ada di Sa Sa. Pembelian sebanyak RM170 di kedai dan berpeluang untuk menang baucher dan produk makeup Cyber Colors bernilai sehingga RM14,900, bestnya!

Pembelian sebanyak RM170 produk Cyber Colors boleh berpeluang untuk menang baucar tau

JomExploreAntara produk yang boleh dicuba seperti:

  • Ultra Stay Fine Liner membolehkan korang lukis eyeliner cantik lebih mudah setiap hari
  • Air-Soft Matte Lipstick ialah gincu tekstur lembut dan berkrim yang amat mudah digunakan. Ia memberikan warna tahan lama serta kemasan baldu seperti kain sutera
  • Prime Fix untuk bantu korang cipta kemasan solekan lebih halus dan ringan dengan kandungan 80% air & 20% essential oil
  • Nak dapatkan bulu mata lentik dan cantik wajib pakai All Hours Extreme Curly Mascara baru dapat hasilkan bulu mata menawan

Kemudian tak semua foundation sesuai dengan kulit kita. Min sarankan korang cuba RIVERA COVER IT ALL Matte Foundation, ia sangat sesuai kalau kulit korang jenis berminyak dan sensitif.

RIVERA Matt Foundation dapat menutup cacat cela tanpa memberatkan muka korangPhoto from JomExplore

Ia mampu bertahan sehingga 12 jam dan memberi rasa seperti lapisan kulit kedua. Akhir sekali, nak makeup korang kekal lama di bawah panas terik cuaca boleh cuba RIVERA Luminous Micro Powder.

Ia diformulasikan untuk tidak menggumpal, mengurangkan minyak berlebihan serta meratakan warna kulit bagi menghasilkan rupa lebih menawan.

Produk kegemaran min pula ialah: Cyber Colors Prime Fix, RIVERA Luminous Micro Powder

Lengkapkan Aura Kecantikkan Dengan Wangian Sempurna

Haa.. perfume pun kena pilih mengikut personaliti diri kitaPhoto from JomExplore

Ramai orang sering memakai wangian yang tidak beberapa sesuai dengan personaliti mereka. Keserasian perfume akan mengeluarkan aura kecantikan membuatkan kita lebih yakin ketika beraya di rumah orang.

Contohnya, perempuan bersifat ayu, lemah lembut sesuai memakai wangian segar, bunga dan juga manis. Cadangan daripada min ialah untuk pilih perfume berjenama TOUS yang terkenal dengan menghasilkan pelbagai wangian khas untuk perempuan.

Antaranya seperti:

  • TOUS LOVE ME akan menarik perhatian lelaki dengan menghasilkan bau bunga dan buah-buahan. Sesiapa yang suka bau manis min gemar pilih ini!
  • Jangan lupa untuk ambil bau MARINA DE BOURBON Style, yang memiliki haruman campuran bunga dan buah-buahan. Ia memberi bau gourmet yang melazatkan
  • Kalau korang wanita sophisticated min sarankan untuk cuba MARINA DE BOURBON Royal Style menampilkan wangian oriental mewah. Sangat sesuai kalau korang ingin menambah keyakinan diri serta menggoda crush idaman!

Korang perempuan sophisticated boleh cuba perfume MARINA DE BOURBONPhoto from JomExplore

Photo from JomExplore

Tingkatkan Kecantikkan Sempena Hari Raya Sekarang!

Tunggu apa lagi, tingkatkan kecantikkan korang sekarang bersama Sa SaPhoto from JomExplore

Takkan selepas ini korang akan nampak kusam dan tidak bermaya di pagi raya?  Nak cari produk yang min sarankan tak susah pun. Sebab semuanya ada di SaSa.

Bukan khas untuk perempuan sahaja malah barang lelaki pun ada. Layari laman web rasmi mereka di sini untuk melakukan pembelian secara online sahaja. 

Jangan lupa untuk follow platform sosial media Sa Sa untuk dapatkan info baru. Menariknya korang berpeluang untuk menang Green Packet iaitu baucar diskaun sebanyak RM10 untuk pembelian seterusnya dan kotak hadiah dengan pembalut kain bento!

 

Beli belah di laman web rasmi Sa Sa: Sa Sa Malaysia - Making Life Beautiful

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok